CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prabowo mahu ubah Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'

5-11-2024 10:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30900| Komen: 49|Original author: maklukpenggoda


 

PRESIDEN Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".


Beliau menyatakan perkara ini di hadapan tokoh-tokoh dan calon ketua daerah yang disokong oleh Parti Gerindra sempena Pilihan Raya Kepala Daerah (Pilkada) Bali 2024 di Kota Denpasar, Bali, pada Ahad, lapor Kompas.


Prabowo berkata, pemerintahannya komited membina sebuah lapangan terbang di Bali Utara, khususnya di Kabupaten Buleleng.


Katanya, dengan pembangunan ini, kawasan Bali Utara diharapkan menjadi pusat ekonomi seperti Singapura dan Hong Kong.


"Saya telah menyatakan komitmen saya untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Utara," katanya pada Ahad.


Katanya, dengan pembangunan ini, kawasan Bali Utara diharapkan menjadi pusat ekonomi seperti Singapura dan Hong Kong.


"Saya telah menyatakan komitmen saya untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Bali Utara," katanya pada Ahad.


"Kita akan jadikan Bali mungkin sebagai Singapura baharu, Hong Kong baharu, sebagai pusat bagi kawasan ini,” tambah beliau.


Sehubungan itu, beliau menggesa calon ketua daerah Bali yang bakal terpilih untuk bekerja keras dan berani berfikir besar, walaupun dianggap mustahil oleh orang lain.


Sumber : Astro Awani

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote delsmomm 5-11-2024 08:14 AM
pasni Prabowo bkk la border kat tawau tu.. nak ke nusantara smart city tu..
Quote maklukpenggoda 5-11-2024 08:59 AM
[youtube]tXUeo8BxhbI[/youtube]
Quote ezacbee 5-11-2024 09:15 AM
Baiklah pak..
Quote Firenzza 5-11-2024 09:16 AM
Dia nk jual tnh bali kt spore & hk kot?
Quote AnBulisia 5-11-2024 09:28 AM
kalau meniru
tak maunya akan jadi seperti yang asal
baik kekalkanlah Bali tu pusat pelancongan dengan kebudayaan yang hindu
itu pun dah tersohor tanpa meniru sesiapa
Quote kakikuDibibirmu 5-11-2024 09:38 AM
Ummah manuskrip kuno
Quote lurve82 5-11-2024 11:35 AM
rindu bali..dulu beli 2 lukisan besar..masih elok dlm stor...
Quote Denco 5-11-2024 12:22 PM
lurve82 replied at 5-11-2024 11:35 AM
rindu bali..dulu beli 2 lukisan besar..masih elok dlm stor...

iol ada beli sarung kusyen, masih elok smpai skrg wp dh lebih 10 thn
beli kat tepi kedai bodoh2 je, tp kualiti elok ye
Quote plywood 5-11-2024 12:35 PM
kenapa pilih bali. bali ni orang datang sebab keindahan pemandangan, pantai, kebudayaan, adat istiada dan kemudahan peloncongan .... hongkong dan singapore sinonim dengan pembangunan, dua keadaan yang sangat berbeza

pembangunan besar-besaran spt singapor dan hk tidak bersesuaian dengan identiti bali sekarang.. mungkin akan sampai dimana pembangunan akan hancurkan semua identiti bali tersebut.

kenapa pak, banyak pulau lain kenapa pilih bali?
Quote Samerosie 5-11-2024 01:13 PM
Lepas tu habislah revenue dri pelancongan....
Quote ninja boy 5-11-2024 02:13 PM
Bali pusat patung berhala dan jauh baik buat kat batam riau, ini spt memberi membenarkan penjajahan negara jiran dan penduduk negara berperang
Quote alesandra 5-11-2024 02:21 PM
Yg skrg pun local dah bising.byk tanah dah jual kt foreigner especially aussies
Quote lurve82 5-11-2024 02:46 PM
Denco replied at 5-11-2024 12:22 PM
iol ada beli sarung kusyen, masih elok smpai skrg wp dh lebih 10 thn
beli kat tepi kedai bodoh2 je ...

iols ada beli jgk pinggan kaca tu...tp pecah anak langgar...mcm kena repeat je nmpk gayanya...
Quote green~tea 5-11-2024 02:53 PM
lurve82 replied at 5-11-2024 02:46 PM
iols ada beli jgk pinggan kaca tu...tp pecah anak langgar...mcm kena repeat je nmpk gayanya...:lol ...

Gitu korang justify nak pi bali lagi


Btw.. bebek crispy bali sedap tau.. any kedai jual bebek semua SEDAPPPPPPPP
Quote green~tea 5-11-2024 02:54 PM
Kat Bali sebenarnya tak dibenarkan buat bangunan yang lebih tinggi dari pokok kelapa...

Takleh lebih tinggi dari their deities...


Mencabar hukum alam, kata depa.. ni hindu majapahit punya penceritaan lah
Quote lurve82 5-11-2024 03:04 PM
green~tea replied at 5-11-2024 02:53 PM
Gitu korang justify nak pi bali lagi  

hahaha...dah 10thn xpegi bali..mesti dh byk berubah...dulu xmkn bebek...kitaorg mkn apa ntah dkt kintamani tu..
Quote Denco 5-11-2024 03:53 PM
lurve82 replied at 5-11-2024 03:04 PM
hahaha...dah 10thn xpegi bali..mesti dh byk berubah...dulu xmkn bebek...kitaorg mkn apa ntah dkt k ...

Kann.. skrg mesti dh lain sgt. Sama mcm Bandung Jakarta x..skrg sudah ada macem²
Quote Denco 5-11-2024 03:54 PM
green~tea replied at 5-11-2024 02:53 PM
Gitu korang justify nak pi bali lagi  



Bebek crispy tu cmne sis...ala² kopok ke atau bebek digoreng crispy.
Paling sedap bebek mkn kat Jogja
Quote nw111 5-11-2024 05:26 PM
Susah..mentality hindu bali ni mana sama dgn cina..sgt2 supersticious...susah nk maju..
Tapi kalau betul jadi aku gumbira..harap2 indon2 kat msia ni berambus balik pegi duduk bali sana..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054937 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top