CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda gaji RM1,700, minta ‘nego’ Honda Civic daripada RM163,000 kepada RM63,000

5-11-2024 12:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5164| Komen: 41

 


PETALING JAYA – Seorang pemuda dengan gaji bulanan RM1,700 mencuba nasib menawar harga sebuah Honda Civic daripada RM163,000 kepada RM63,000 dalam perbualan bersama seorang ejen hartanah.

Melalui sebuah perkongsian oleh seorang ejen hartanah, Syakir Zainol di Facebook, dia yang menerima mesej daripada pemuda itu yang bertanya sama ada harga Honda Civic itu boleh dirunding kepada RM100,000 atau lebih rendah dengan bayaran ansuran selama sembilan tahun.

Pemuda tersebut turut memaklumkan bahawa dia mempunyai wang simpanan RM6,000 sebagai wang pendahuluan. Namun, usahanya gagal apabila ejen tersebut menolak permintaan disebabkan harga yang diminta tidak masuk akal.

“Tak dapat dik. Dari RM163,000 terus junam jadi RM100,000,” balas Syakir dalam tangkap layar mesej tersebut.

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja permintaanya ditolak oleh ejen hartanah itu, Syakir juga didakwa telah mengugut dengan mengatakan dia tidak akan mengesyorkan ejen itu kepada rakan-rakannya.


“Kalau semua pun spesies macam dia, tak ‘recommend’ pun tak apa, buat sakit kepala melayan,” tulis Syakir di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, dia juga menasihati pemuda itu agar lebih bijak dalam mengatur kewangan dan membuat perancangan yang lebih realistik untuk masa depannya.


“Saya cuma ada ‘modicum of respect’ terhadap dia sebab ada usaha simpan duit untuk dijadikan deposit sebanyak RM6,000,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, ramai pengguna media sosial yang menyarankan agar dia mempertimbangkan kenderaan yang lebih sesuai dengan kemampuan.

“Patut downpayment (bayar muka) tu kena naikkan kepada RM60,000. Baru dapat beli dengan harga RM100,00,” komen Aizuddin Ibrahim.

“Bagitahu dia, kalau bayar deposit RM6,000 secara ansuran 9 tahun, jadi permulaan ni dia dapat ekzos dulu, bulan berikut side mirror (cermin sisi), kemudian stereng,” ujar E-yan. 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 5-11-2024 01:02 AM
Simpan duit beli second je la dik..
Quote pocongkiutss 5-11-2024 01:09 AM
Nmpk mcm hassanah tp realitinya mmg ada yg mcm ni
Quote B40tastePosh 5-11-2024 06:07 AM
Kawan dia pun sama miskin laknat, scammer macam dia.
Quote Thunderclouds 5-11-2024 06:18 AM
Kuatnya bau hasanah
Sale sendu letteww
Quote imransulaiman 5-11-2024 08:05 AM
163K ke 100K rasanya. Bukan terus 63K. Dia minta diskaun 63K...

Adoiiiii!! Kalaulah boleh beli kereta nego harga, tak payah sampai 63K...dapat diskaun 10K pun saya dah gumbira!
Quote BoongaKertas 5-11-2024 08:10 AM
hahaha! diskaun sampai 63k doh. ko serius lah dikkkkk
Quote seri_mawr 5-11-2024 09:18 AM
budak2 skrg mmg selera mereka tinggi.......
susah nak cakap.....
Quote BungaKencana 5-11-2024 09:20 AM
pkai jela axia bezza saga iriz dik...belajau dulu membela kete punye sakit pening dgn birthday dia... dia bersin je kau blh demam belum lg civic tu punye bersin..
Quote ifanonline 5-11-2024 09:25 AM
aku respect sesape yg usaha nak beli kereta idaman...ini menunjukkan determination yg tinggi utk mendapatkan kereta idaman, walaupun duit tak brape ada

harap ia menjadi motivasi yg sangat kuat utk mana2 individu utk bekerja dgn lebih keras lagi
Quote nazzse 5-11-2024 10:14 AM
BungaKencana replied at 5-11-2024 01:20 AM
pkai jela axia bezza saga iriz dik...belajau dulu membela kete punye sakit pening dgn birthday dia.. ...

ini kelakar..

seram fikir bila sampai birthday dia wlpun setahun sekali je. Yg 4 bulan sekali tu pun mengagau nak membayarnya
Quote BungaKencana 5-11-2024 10:19 AM
nazzse replied at 5-11-2024 10:14 AM
ini kelakar..

seram fikir bila sampai birthday dia wlpun setahun sekali je. Yg 4 bulan sekali tu  ...



tapi kalau mampu tak slh pun cuma jgn smpai membebankn diri sndr demi kete.. gitewwww.. kang mmber ajak lepak mula laaa busy manjang pdhl takde duit
Quote Perils 5-11-2024 10:19 AM
Kesian salesman kereta dah takde modal,cara gini pun jadi la marketing katanya.so yesteryears fake conversation cmni.dah nak 2025 ni get a life la cari cara lain utk marketing.boring okeh
Quote cikatilia 5-11-2024 10:44 AM
gaji gitu ko nak beli axia pon entah2 kena ada guarantor dek.
Quote Weller 5-11-2024 10:55 AM
created content ajer....
Quote cap_ayam 5-11-2024 11:21 AM
Agen hartanah pun buat dua kerja.
Quote fanaz82 5-11-2024 12:58 PM
soalan aku, kenapa budak ni nak beli kereta kat agen hartanah?
Quote vespa_oren 5-11-2024 01:55 PM
Bukan setakat salesman kereta honda, ejen hartanah pun dah slow down sekarang
Quote brainbiru 5-11-2024 02:41 PM
HAHAHAHAHHAHAHAHAHA ADA HATI NAK REKEMEN KAT KAWAN2 B40 DIA... AMBIK HONDA DGN SELLER TU... VAAAAA VIIIII BETOL
Quote brainbiru 5-11-2024 02:43 PM
ifanonline replied at 5-11-2024 09:25 AM
aku respect sesape yg usaha nak beli kereta idaman...ini menunjukkan determination yg tinggi utk men ...

Usaha dgn cara mintak diskaun sampai 63k... hahahahahahahah

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.178260 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top