CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas maut disengat seekor tebuan masuk dalam telekung

5-11-2024 12:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4560| Komen: 25

 


SUNGAI PETANI – Seorang wanita warga emas maut selepas disengat seekor tebuan yang dipercayai masuk ke dalam telekungnya di Taman Semarak, di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, Rohani Mohd Shariff, 61, sedang menanti masuk waktu solat isyak di ruang tamu rumah.

Seekor tebuan dikatakan terjatuh selepas terkena kipas siling sebelum masuk ke dalam telekung dipakainya.

Difahamkan mangsa yang terkejut cuba menepis sebelum disengat serangga itu menyebabkan dia mengalami kesakitan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian disedari anak lelaki mangsa yang baru pulang ke rumah.

“Mangsa memaklumkan anaknya bahawa dia disengat tebuan sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan ambulans.

“Bagaimanapun mangsa yang merupakan isteri kepada seorang pesara tentera itu meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini,” katanya.


Menurutnya, semakan mendapati mangsa tidak mempunyai rekod kesihatan sebelum ini dan pemeriksaan pada badan mangsa menemui satu kesan sengatan sahaja.  

SUMBER: – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 4-11-2024 11:26 PM
Sakit ye kena sengat dengan tebuan.
Iols dulu sampai pegi klinik amik suntikan.
Quote mariposa. 4-11-2024 11:29 PM
tebuan ni yg ekor yellow tu kn..mmg blh bawak maut pun..lebah ok sikit.
imnalilah...
Quote lanacondor 5-11-2024 01:09 AM
Salam takziah.. Semoga khusnul khatima
Quote B40tastePosh 5-11-2024 04:20 AM
Edited by B40tastePosh at 5-11-2024 04:57 AM

Lepas solat meninggal...husnul khotimah.

Tebuan seekor terkena kipas tu cuma asbab.

Ada orang lepas mabuk minum arak mati, lepas berzina mati...itu pengakhiran yang buruk dan jelek.
Quote cap_ayam 5-11-2024 04:55 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote Thunderclouds 5-11-2024 06:28 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote Jitu 5-11-2024 06:40 AM
Takziah

teringat masa bebudak dulu ada membe kena sengat smpi bengkak muka
Quote delsmomm 5-11-2024 08:07 AM
ya allah..takutnya..
satu sengatan pun boleh membunuh ya..

dulu2 rumah kg iol selalu ada tebuan yg belang kuning hitam tu..
Quote BoongaKertas 5-11-2024 08:13 AM
sambil tggu nak solat isya...moga arwah ditempatkan di kalangan roh org2 yg beriman. amin!
Quote Supersirap 5-11-2024 08:35 AM
Salam takziah kepada keluarga
Quote talapia 5-11-2024 10:19 AM
mariposa. replied at 4-11-2024 11:29 PM
tebuan ni yg ekor yellow tu kn..mmg blh bawak maut pun..lebah ok sikit.
imnalilah...

tebuan (hornet) ni biasanya warnanya lebih 'garang'.. lebah warna kuning.. tebuan more to orange.

lebah pon kalau orang ada allergic, boleh jadi fatal jugak..
aku kena sengat lebah, habis 1 badan naik hives.. kena gi klinik amik injection baru reda..
ada tu sampai bengkak saluran pernafasan.. bole sebabkan maut.
Quote AJENALI 5-11-2024 10:39 AM
Innalillah hi wa innalillah hirajiun.

Meninggal dalam nak tunggu solat isyak

Semoga keluarga arwahyahamah sabar dan tenang
Quote midori888 5-11-2024 10:51 AM
bagus nyer meninggal semasa tunggu nak solat..pastu sakit pun tak lama, takde menyusahkan family...innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote duri_durians 5-11-2024 10:59 AM
innalillahiwainnailaihirojiun...

sekecil2 tebuan jadi asbab permergian ketika masih dalam telekung dan nak solat.

apa pula akhir pengakhiran kita...
Quote noor2 5-11-2024 11:24 AM
Innalillah..umur 61 x tua mana banding org umur 70- 80 , 90
Quote noell 5-11-2024 11:32 AM
nnalillahiwainnailaihirojiun

kes allergik ka camna??
Quote tahanie 5-11-2024 11:35 AM
Husnulkhatimah

Semoga arwah ditemparkan di kalangan orang yang beriman.
Quote aTiKah_aYuNi 5-11-2024 11:57 AM

Innalillah hi wa innalillah hirajiun.

Semoga keluarga arwahyahamah sabar dan tenang
Quote kakikuDibibirmu 5-11-2024 11:58 AM
Sudah tiba masanya RUU mufti haromkan penggunaan telekung. Lebih banyak mudarat ketimbang kebaikannya.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.057157 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top