|
MUMBAI – Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan membuat pengumuman mengejutkan apabila mendedahkan bahawa dia telah berhenti merokok, lapor portal berita India Today semalam. Pelakon ikonik itu sudah lama bersikap terbuka tentang tabiat merokoknya “Ada perkara yang baik, saya tidak merokok lagi kawan-kawan,” kata Shah Rukh kepada peminat pada majlis meraikan hari lahir ke-59 di rumahnya di Mumbai, Sabtu lalu. “Dengan izin Allah, saya akan baik-baik sahaja,” katanya sambil menambah, dia akan segera menangani kesan sampingan akibat berhenti merokok. Dalam temu bual bersama akhbar India Today pada 2011, Shah Rukh berkongsi butiran tentang gaya hidupnya. “Saya menghisap kira-kira 100 batang rokok (sehari). Lupa hendak makan. Saya tidak banyak minum air,” katanya ketika itu. – AGENSI SUMBER: – KOSMO! ONLINE.
|
Thunderclouds replied at 5-11-2024 06:28 AM
Mulut mesti busuk giler

Saya menghisap kira-kira 100 batang rokok (sehari)

...syabas datukcattiecute: SRK sapkok SKL kot. yang peris ...
jebatmaspunyer: Pernah jumpa komen org y perna ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.111429 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.