CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlalu ramai anak muda Kelantan ke Golok setiap kali malam Jumaat dan Sabtu untuk berhibur - Polis

5-11-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5392| Komen: 69

 


KOTA BHARU – Jumlah anak muda dari Kelantan yang terlalu ramai di Golok, Thailand menyebabkan mereka perlu menunggu ‘syif’ atau giliran untuk memasuki kelab malam di kawasan tersebut pada setiap kali malam minggu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat itu disampaikan sendiri oleh rakan sejawatannya yang mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat itu, golongan muda dari Kelantan terlalu ramai di sekitar Golok terutamanya pada malam Jumaat dan Sabtu.

“Saya dapat maklumat, orang dari Kelantan perlu tunggu ‘syif’ (giliran) untuk masuk ke kelab atau pub. Perlu tunggu orang keluar dahulu, baru boleh masuk.

“Memang penuh dan terlalu ramai. Hari biasa pun ramai apa lagi hujung minggu. Semua pihak tidak boleh buat apa kerana kerajaan Thailand tidak sekat,” katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Perjumpaan dan Suai Kenal Ketua Polis Kelantan Bersama Rakan Media di IPK Kelantan, di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, sekiranya perkara itu berlaku di Malaysia (rakyat asing datang berhibur), pihak berkuasa boleh menangkap mereka mengikut Akta Imigresen.

Menurutnya, sehubungan itu, sukar untuk menghalang perbuatan rakyat Malaysia khususnya Kelantan untuk berhibur di Golok.

“Kebanyakan anak muda yang berkunjung ke negara jiran itu dipercayai menggunakan laluan haram malah ada dalam kalangan mereka baru berusia belasan tahun.

“Mereka ke Thailand pada petang Khamis sebelum pulang semula ke Kelantan pada hari Sabtu,” ujarnya.

Mohd. Yusoff berkata, golongan yang gemar berhibur di kelab malam itu juga disyaki meletakkan kenderaan mereka di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke negara berkenaan.

Tambah beliau, siasatan awal turut mendapati, tidak ramai anak muda yang pergi Golok untuk berhibur menggunakan laluan sah melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) untuk ke Thailand. 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 4-11-2024 09:56 PM
i tgk kt tt  yg tnjk retis tempatan tu kena bwk dr balai ke makhamah..so kg com la golok..i xpernah pergi situ..even my family xpergi..ayah i ckp xselamat..nnti kena tembak..ni dr kecik i dgr momokan psl tembak
kalau nk cikcur bangkok,phuket ada la pergi tp dr naik. flight..kalau naik sampan xpernah
selamat ke ek sana? tgk org pergi sana rilek je tp kaum kerabat i semua bkn jnis pergi sana..
even i tgk kazen kazen lopa pun pergi sana jgk kn kjp kalau dorg nk mkn mknn sana...xbahaya ke?
Quote manop 4-11-2024 10:17 PM
Coldpelir tersenyum sinis, yg nak jd serambi lobai je...
rakyat tetaplah bernafsu...
Quote pocongkiutss 4-11-2024 10:36 PM
Hiv tertinggi kt negeri mana yach?
Quote Thunderclouds 5-11-2024 06:42 AM
Lumrah la.
Maknosia.
Keinginan nk berhibur tu hada.
Lain la lobai.
Maqam tinggi.
Fefeeling malaikat.
Quote sukacactus 5-11-2024 07:37 AM
Tersekat2 sgt, skali terlepas gitu la jdnya
Quote delsmomm 5-11-2024 07:59 AM
pernah dengar katanya kalau time air surut, diorg boleh cross gitu je sg golok ni.. xyah sampan2 dah..
xtahu la betul x..
Quote sagiman91 5-11-2024 08:24 AM
bullshit la cakap anak muda kelantan jer yang pergi sana... kalau org yang tak pernah pergi, mmg percaya la cakap org kelantan jer pergi. tapi hakikat yang dah pernah pergi sana tiap2 mggu dulu, segenap pelusuk penduduk malaysia ni ada jer yang lepak kat Sg. Kolok mlm2 jumaat ngan sabtu.
Quote IzzahF 5-11-2024 08:30 AM
lahh bukan benda baru pun. dulu lg dah mcm tu
Quote rain2169 5-11-2024 08:38 AM
I percaya je berita ni....
Quote tripleid 5-11-2024 08:41 AM






Quote Nurdianah 5-11-2024 08:48 AM
Dr yg atas sampai yg bawah ramai hipokrit!

IMG_8588.gif

Quote Firenzza 5-11-2024 09:08 AM
Tukar je la nama serambi mekoh tu
Quote melekaifc 5-11-2024 09:55 AM
kepada anak muda kelamtam jangan lupa bawak dan pakai stoking ke sana ya.
Quote sranua 5-11-2024 10:11 AM
Zaman dulu lagi cerita negeri yg berjiran dengan siam, habis je musim bendang..nak cuci miang pergilah ke negara jiran. Jiran kampung aku sorang meninggal kena tembak kat sana. Balah aje sikit bamm.....sana kan takde halangan nak pistol, dadah..perempuan lg lah...yg ori ada jadi-jadian pun ada. Kwn tpt keje budak KL pun pegi sana nak test tongkat ali..Dia kalau nak berjahat ni tak payah tgk negeri.
Quote monreyes 5-11-2024 10:19 AM
edayildiz replied at 4-11-2024 09:56 PM
i tgk kt tt  yg tnjk retis tempatan tu kena bwk dr balai ke makhamah..so kg com la golok..i xpernah  ...

sama lah dgn arwah my father...x bagi masuk Siam...nanti buta2 je kena tembak..dia 12 thn attach kat PDRM sana...dia pesan masa nak study kat Sintok dulu...even adik beradik kalau bercuti di Kelantan pun xde yg nak cross border..
Quote edayildiz 5-11-2024 11:01 AM
monreyes replied at 5-11-2024 10:19 AM
sama lah dgn arwah my father...x bagi masuk Siam...nanti buta2 je kena tembak..dia 12 thn attach k ...


aah kn tu i pelik jgk bila tgk kelantanese lain yg ulang alik p golok tu rilek tilek je..sbb my family tkde yg mcmtu..i oernah pergi belah pengkalan kubur, ramtai pjg...sekali je ikut ayh i bwk kenduri...vibe sana mcm kt thai..sheram ..lgpun ayah i ckp org belah sana perut hijau..mcm jht kot hehe..ampun kalau salah
Quote zafira 5-11-2024 11:12 AM
Edited by zafira at 5-11-2024 11:14 AM
edayildiz replied at 4-11-2024 09:56 PM
i tgk kt tt  yg tnjk retis tempatan tu kena bwk dr balai ke makhamah..so kg com la golok..i xpernah  ...

Pernah stay kat salah satu hotel kat Sg. Golok.  Hotel memang cantik, luas tapi bukan kat main road lah.. belah dalam kt celah2 rumah banglo.. Dinasihatkan jangan keluar lepas jam 8 malam.  Kita orang pegi pun sebab nak makan konon.  Mujur stay 1 malam aje.  Next day sebelum kul 10 dah cabut.  Cuak juga jam tu.  Rasanya tak masuk dah kot...  Dah la kita orang dari KL.. hahaha.. berani sangat konon...
Quote Kitty_catz 5-11-2024 11:17 AM
Thunderclouds replied at 5-11-2024 06:42 AM
Lumrah la.
Maknosia.
Keinginan nk berhibur tu hada.

ujung2 cari bughit sedappp jugak
Quote green~tea 5-11-2024 11:20 AM
Ada orang i kenal masa kelaa mengaji masa i kekecik dulu umur 5-7 tahun...

Bila dah remaja2 camtu dlm umur lepas SPM camtu.... heols bunuh orang dekat golok ok.. mabuk2 and bunuh orang..

Ayah mak dia orka kat daerah i duduk dulu2... sayang anak tak menjadi..

Tp kes bunuh kat golok mmg byk.. pusat maksiat.. bunuh, judi, dadah, arak, pelacuran

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.060443 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top