CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Golongan kaya Malaysia perlu RM3.61 juta untuk bersara selesa – Laporan HSBC

4-11-2024 09:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4609| Komen: 65

 


KUALA LUMPUR: Purata simpanan persaraan yang diperlukan golongan kaya di Malaysia adalah sebanyak AS$830,000 (RM3.61 juta), demikian menurut hasil Laporan Kualiti Hidup 2024 HSBC.

Menurut laporan yang mengkaji hubungan antara kecergasan kewangan, kesihatan fizikal dan mental serta peranan perancangan itu menunjukkan jumlah purata simpanan itu lebih rendah berbanding yang ditinjau di Hong Kong (RM4.73 juta) dan Singapura (RM4.29 juta), tetapi lebih tinggi berbanding India (RM1.71 juta) dan Indonesia (RM1.49 juta).

Laporan itu, yang meninjau lebih 11,000 individu kaya di 11 pasaran termasuk Malaysia, juga mendapati bahawa 73 peratus daripada golongan kaya di Malaysia mengatakan bahawa mereka berada di landasan kewangan untuk mencapai matlamat persaraan mereka.

Tinjauan itu mentakrifkan individu kaya sebagai mereka yang mempunyai aset boleh dilabur sebanyak AS$100,000 hingga AS$2 juta.


Hampir separuh (48 peratus) daripada golongan kaya di Malaysia yang ditinjau mengatakan mereka mahu bekerja selepas bersara, iaitu lebih tinggi sedikit daripada purata tinjauan sebanyak 47 peratus.

Mengenai tiga kebimbangan utama mereka terhadap persaraan, golongan kaya di Malaysia menyebut kemerosotan dalam kesihatan fizikal (44 peratus), kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi (40 peratus) dan inflasi akan menjejaskan simpanan persaraan mereka (38 peratus).

Memandangkan penjagaan kesihatan adalah kebimbangan utama, tidak hairanlah 44 peratus daripada golongan kaya di Malaysia mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi sebagai matlamat kewangan utama.

Sebanyak 72 peratus daripada golongan kaya di Malaysia juga adalah perancang yang bijak dalam

pengumpulan kekayaan, lebih tinggi berbanding Singapura (61 peratus), Taiwan (61 peratus) dan Hong Kong

(60 peratus).

Perancang yang bijak dalam pengumpulan kekayaan sentiasa menyemak pelan kewangan mereka, mendapatkan nasihat profesional, serta mempunyai portfolio pelaburan yang dipelbagai merentas jenis produk, kelas aset, sektor, tema dan geografi.

Mengulas mengenai dapatan tinjauan itu, Ketua Bahagian Kekayaan dan Perbankan Peribadi, HSBC Malaysia, Linda Yip, berkata menikmati persaraan yang selesa adalah aspirasi ramai dan kunci untuk mencapainya ialah dengan membina penampan kewangan yang mencukupi untuk mencapai matlamat itu.

Beliau berkata, simpanan saja mungkin tidak mencukupi dan di sinilah peri pentingnya perancangan kewangan dan membuat keputusan pelaburan dan perlindungan yang betul, itulah yang ditekankan oleh Laporan Kualiti Hidup 2024.

"Dengan semakin berkembangnya ekonomi Malaysia dan usahanya ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi, adalah wajar responden yang kaya di Malaysia mengatakan bahawa mereka memperuntukkan 24 peratus daripada pendapatan bulanan mereka untuk pelaburan, sekali gus menekankan kepentingan perancangan kewangan untuk masa hadapan.

"Apabila kecergasan kewangan adalah terkawal, ini akan memberi kesan berganda positif ke atas kesejahteraan mental dan fizikal, dan seterusnya membawa kepada Kualiti Hidup yang baik," katanya.


SUMBER: Berita Harian 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrseller 4-11-2024 11:27 PM
Cantik. Pencen dkt yindon  konoha lah mcm ni
Quote cm_vungtau 4-11-2024 11:32 PM
Selesa is subjektif. Pesen Terbelit rilek je habis 43 juta dalam beberapa tahun
Quote lanacondor 5-11-2024 01:01 AM
Ngam2 dpt duit epf kene scam dgn scammer.. tiba2 jd B40. Byk je kes
Quote green~tea 5-11-2024 07:54 AM
3.61 mil, kalo kira 5% dividen kutip annual.. dpt le 15k sebulan.. ok la kot buat belanja.. provided takde loan keta and rumah
Quote lurve82 5-11-2024 07:59 AM
aku xde epf..selalu bising dkt laki..epf nanti jgn pegi joli..padahal lambat lg nk pencen ...aku laki bini epf+gratuiti pun maybe 2mill je dpt achieve pun...adoi jauh la nk jd kaya lepas pencen nk bandingkan 3.61mill tu...anak bongsu pun blm abis blaja lg...harapkan aku punya pencen je la bulan2...epf kena simpan..baru nk bercikcuran...
Quote reenz013 5-11-2024 08:17 AM
org kaya xdenya nk bersara...haha
Quote seri_mawr 5-11-2024 12:52 PM
lepasn retired kena pindah indonesia or india baru jadi kaya....huhu...
duk sini dok cecah kaya lah jawabnya lepas pencen.....
Quote midori888 5-11-2024 01:03 PM
green~tea replied at 5-11-2024 07:54 AM
3.61 mil, kalo kira 5% dividen kutip annual.. dpt le 15k sebulan.. ok la kot buat belanja.. provided ...

byk tu kalu dpt RM15k sebulan...lebih dari cukup for me...
Quote Samerosie 5-11-2024 01:04 PM
Gambar hiasan pun maserati trident.  Kalau mahakaya yg boleh beli keta ni tak yah kata 3 juta dia punya reta 5 keturunan pun tah habis.  3 juta tu rega cucu dia kawin semalam ja.

Kalau setakat lower to mid middle class biasa mungkin la boleh privided anak2 semua dah hidup sendiri. Ini dpt je pencen kuar epf time tu la belikan anak keta bayarkan anak kawin tolong letak deposit rumah anak..... Last2 kau masuk paper lak menagih simpati.
Quote Tinot7 5-11-2024 01:09 PM
Golongan marhaen perlu baper byk?
Quote nw111 5-11-2024 01:19 PM
green~tea replied at 5-11-2024 07:54 AM
3.61 mil, kalo kira 5% dividen kutip annual.. dpt le 15k sebulan.. ok la kot buat belanja.. provided ...

Kalau masuk asb kena tolak zakat u...taknak byr zakat masuk th..dpt la 3%...dpt rm9k je sebulan...kalau hutang dh habis, takde sakit chronic yg tak mau mati2.. bole lah hidup..
Quote adeqbun 5-11-2024 01:26 PM
lurve82 replied at 5-11-2024 07:59 AM
aku xde epf..selalu bising dkt laki..epf nanti jgn pegi joli..padahal lambat lg nk pencen ...ak ...

kalau umur pendek mgkin cukup..kalau umur smpi 80 thn tu mmg struggle la jugak..ai plan nak invest utk helper jaga time dh tua dan x mampu bergerak nnt..xmau susahkan anak2..zaman kite pon dh susah,balik lmbt hari2..lepas ni ntah mcm mana pulak..anak2 dtg ziarah skali skala or tggal rumah anak2 then amik hleper uruskan ai sepenuh masa..ai pay the helper pon xpe..if anak2 rezeki bermiliyun, then ok la ank2 disusahkan..hahahaa
Quote asmurai 5-11-2024 01:31 PM
Edited by asmurai at 5-11-2024 01:57 PM
lanacondor replied at 5-11-2024 01:01 AM
Ngam2 dpt duit epf kene scam dgn scammer.. tiba2 jd B40. Byk je kes


Selalu yang kena scam ni sejenisnpersonaliti mudah kesian, lembut hati, mudah cair ataupun sejenis penakut tak melawan, mudah ditakut takutkan kenkonon ada kes la dll. Kalau sejenis personality keras hati, tak mudah sangka baik, bengkeng/ garang insyaAllah tak mudah terpedaya. Tapi kan lelaki selalu suka mencari perempuan yg lembut hati, tak garang tak outspoken/berani, so kebanyakan orang perempuan diajar dari kecik supaya jadi lembut hati, kesian kat orang dan tidak melawan.
Quote green~tea 5-11-2024 02:16 PM
nw111 replied at 5-11-2024 01:19 PM
Kalau masuk asb kena tolak zakat u...taknak byr zakat masuk th..dpt la 3%...dpt rm9k je sebulan... ...

TH aje la kot tempat yang kita tak perlu bayar zakat... or AHB.. tp AHB limited
Quote lurve82 5-11-2024 02:51 PM
adeqbun replied at 5-11-2024 01:26 PM
kalau umur pendek mgkin cukup..kalau umur smpi 80 thn tu mmg struggle la jugak..ai plan nak invest ...

tu la..klu epf laki dgn gratuiti habis..mmg guna pencen iols je la...lg 30thn klu hidup lg masa tu..rm7k sebln blh ke nk survive..dgn medical card dh xblh guna...sbb max umur medical card iols 70 thn je...nk renew mcm xblh je......tgk rumah org2 tua paling ok dan best pun rm10k sebln fee dia...tu harga skrg ye...30 thn lg xtau mcm mana.....anak3 ada kehidupan dorg sndr...iols kagum tgk mak iols..umur 80thn..masih sihat..tp tak sekuat dulu la...mkn pencen arwah abah je rm3k..ni nak naik lg pencen tu...duduk sorg2 rumah banglo besar...xsusahkan anak2...kitaorg yg susah kan dia...sbb selalu ngusik dia...
Quote nw111 5-11-2024 05:07 PM
adeqbun replied at 5-11-2024 01:26 PM
kalau umur pendek mgkin cukup..kalau umur smpi 80 thn tu mmg struggle la jugak..ai plan nak invest ...

Ada my friend cakap..dia x pernah doa mintak umur pjg..sbb ajal tu Allah dh tetapkan..tapi kalau  blh mintak dia nk hidup sampai umur 70 je..sbb lbh tua dr tu takut dh x mampu nk urus diri..
Quote strawberrymerah 5-11-2024 05:37 PM
woww.. 3.61j???
Quote kepompong 5-11-2024 07:09 PM
reenz013 replied at 5-11-2024 08:17 AM
org kaya xdenya nk bersara...haha

sebab dorang mmg "tak bekerja" pun... nak bersara apanya duit kerja utk dia
Quote kepompong 5-11-2024 07:15 PM
Tinot7 replied at 5-11-2024 01:09 PM
Golongan marhaen perlu baper byk?

marhean ada byk kategori
B40 sedar diri
B40 taste T20
M40 perasan kaya
M40 yg dah biasa sederhana expenses rendah
M40 hidup sederhana tapi wajip makan angin obesi
M40 hidup sederhana betul2 sederhana
:
:
:
:

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.186940 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top