CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Daifnya, Tuhan Je Yang Tahu” – Bagai Tunggu Masa Nak Roboh, Dinding Kotor Air ‘Leaking’, Ramai ‘Frust’ Keadaan Jabatan Kecemasan HKL

4-11-2024 09:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4510| Komen: 37

 


Perkongsian seorang lelaki tentang Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini mendapat pelbagai respon daripada warganet di X.

Kata lelaki tersebut menerusi hantaran itu, sesiapa yang berkunjung ke jabatan kecemasan itu pasti akan membuka mata selepas masuk ke bahagian dalam.

Seorang wanita memberi respon terhadap hantaran itu dan menceritakan pengalamannya ketika dia ke jabatan kecemasan HKL sebelum ini

"Ya Tuhan, daifnya Tuhan je yang tahu. Macam tinggal masa nak roboh je dengan dinding kotor sebab air bocor dan kerusi tidak cukup untuk pesakit."


Tambah wanita itu lagi, apa yang dilihatnya menimbulkan rasa sedih apabila memikirkan sektor kesihatan di negara ini seolah-olah diabaikan.

Ramai netizen bersetuju dengan wanita itu dan meluahkan kekecewaan masing-masing terhadap tindakan kerajaan yang didakwa tidak melakukan penambah baikan sewajarnya.

"Betul, dengan meja daif kerusi daif. Laptop komputer pun tak ada. Atas kepala kotak elektrik penuh wayar. Dinding pun memang hampir nak roboh."

Seorang individu pula menyuarakan kemusykilannya tentang isu tersebut dan tertanya bagaimana menteri yang membuat lawatan ke hospital itu merasakan tiada penambah baikan perlu dibuat.

 

Seorang wanita bagaimanapun berkata penambah baikan ada juga dilakukan sedikit demi sedikit dan sudah tentu ia akan mengambil masa tetapi sekurang-kurangnya ia sudah dimulakan.

Tulis seorang individu lain, jabatan kecemasan hospital itu kini dikatakan sedang diubah suai dengan ruangan setiap zon diluaskan dan beberapa ruang lain untuk memberi keselasaan kepada orang ramai.

 

SUMBER: Hibglam, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote becir 4-11-2024 09:40 PM
yeah duit yg jibby songlap tu kalau la baikpulih tambah spital..

oh well
Quote akies 4-11-2024 11:30 PM
Masuk hkl lawat org sakit mmg menginsafkan.
Last aritu dtg lawat sedara sebelah suami.
Petang kami melawat..malam dh tkde
Quote lanacondor 5-11-2024 01:14 AM
Warga asing sila hantar swasta. Baik klinik ke hospital kerajaan jgn terima warga asing lagi. Kesian la doktor2 Pon xcukup rehat, patient ramai. Lagi nak hadap warga asing yg bhasa melayu Pon xphm.
Quote Thunderclouds 5-11-2024 06:53 AM
FashiunBelit senyum sinis patploh jota lemon dekkkkkkkkk
Quote zuriey 5-11-2024 07:03 AM
bangunan lama kan
Mmg la uzur
Dah berapa ratus tahun di situ
Arwah mak i pernah duduk dkt wad urologi tu elok sbb wad baru
Wad kanak2 pun cantik
Quote Denco 5-11-2024 07:31 AM
Pengarah hospital buat ape? X reti buat keje ke? Tak kan xde budget langsung utk naiktaraf setiap tahun
Quote Samerosie 5-11-2024 07:39 AM
La baru first time pergi ke? Berpuluh2 tahun mcm tu hokeh dr zaman GH.  Yg selalu gi A&E malam2 ni keling mabuk gaduh2.
Quote delsmomm 5-11-2024 07:48 AM
lanacondor replied at 4-11-2024 05:14 PM
Warga asing sila hantar swasta. Baik klinik ke hospital kerajaan jgn terima warga asing lagi. Kesian ...

couldnt agree more...!!!

kesian doc kita nak kena treat diorg padahal ramai yg lari x bayar pon..
dah la menyusahkan sbb xpandai nak communicate dlm bhs melayu/english..

pernah tgk doc & nurses yg tahan je marah sbb tanya soalan diorg x faham2..

waste time, waste money, drain our emotional stability.. such a hassle..!!
Quote delsmomm 5-11-2024 07:50 AM
looking at a different perspective, ini lah hosp yg dibina oleh JKR kann..

so what do u expect...
Quote johan-adx 5-11-2024 08:47 AM
mana2 hospital lama mmg gitu ler...takde major maintenance..
duit bajet turun berbillion..habis ke mana pun taktau..sibuk dgn iso,sijil itu ini..last2 kelaut
Quote grouper 5-11-2024 08:51 AM
Skang ni bahagian emergency tu tengah under renovation........paham x ni. Yg skang ni bahagian lama yg masih beroperasi mmg daif la tempat tu. Klau dia tutup semua sekali nak letak mana yg sakit tu....bukan budget xda dah ada budget la tu tengah renovate...adoii
Quote afie_m 5-11-2024 09:47 AM
HKL sekarang ni bukan ke tengah under renovation sikit2...boleh tngok sendiri ada bangunan baru yang dah bina, kalau buat semua serentak macam mana nak rawat pesakit..
Quote talapia 5-11-2024 10:01 AM
hospital2 government ni mmg daif2 belaka.. tapi nk naik taraf pon kena ada perancangan sempurna. Sementara nk naik taraf, sebahagian kawasan kena tutup.. lagila haru.. skrg pon xcukup.. xmuat..

bajet banyak digunakan utk mesen2.. selenggaraan facility kureng..
klau tgk pada kecanggihan peralatan di hospital2 kita, helok.. takdela ketinggalan ke apa.. tang tu kot dorang fokus.
Quote AznieBunnie 5-11-2024 10:06 AM
lanacondor replied at 5-11-2024 01:14 AM
Warga asing sila hantar swasta. Baik klinik ke hospital kerajaan jgn terima warga asing lagi. Kesian ...

SOKONG!
banyak sangat dah dengar citer lari tanak bayar bill.
lari tinggal anak yg baru dilahirkan pun ada...
Quote cikatilia 5-11-2024 10:48 AM
aku ada pergi HKL last year.
sesak. nak menunggu postmortem tu lama. aku xdpt imagine if aku yg sakit bring situ  diam2 and jiran jkatil sebelah dah mati baring situ dari pagi sampai lepas asar baru gerak postmortem.
Quote wadiunong 5-11-2024 11:08 AM
memang sedih facilities kt HKL ni. Bajet takde. baru2 ni melawat org sakit kt sana . visitors kena share lift dgn patient yg atas stretcher etc.  dpd 4 lift, yg ok 1 lift aje emmmm.

KKM tak nampak ke HKL tu ramai pakar2 yg jd tumpuan org nak dptkan rawatan. pegila upgrade apa yg patut
Quote sranua 5-11-2024 11:09 AM
johan-adx replied at 5-11-2024 08:47 AM
mana2 hospital lama mmg gitu ler...takde major maintenance..
duit bajet turun berbillion..habis ke m ...

Yg ni betul habis masa tenaga sebab nak siapkan report audit ISO la.....anugerah itu ini...yg cantik atas kertas..tapi secara fizikal ini lah dia. Ketua Jabatan tiap tahun isi borang minta bajet. Tapi kalau dari atas dah kena cantas...tinggal bajet emolumen. Bajet ubat pun kadang jenuh bertekak, justifikasi barulah dapat.

So memang patutlah Hospital Kerajaan bagi rawatan kepada warga negara Malaysia je. Rakyat asing sila ambil insuran dan pergi ke swasta. Biar majikan deme yg bayar.


Quote zamnie 5-11-2024 11:24 AM
Hrp2 dpt baikpulih kesian tgk spital dah nazak ni
Quote kakikuDibibirmu 5-11-2024 11:36 AM
Tuhan saja yang tahu perasaanku berperang dengan suasana



[youtube]oufDcRLfGmE[/youtube]

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.052305 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top