CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Belasah Sampai Koma & Terbaring, Anak Pula Disahkan OKU… Netizen Bengang Bekas Suami Jahidah Masih Bebas

4-11-2024 09:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6366| Komen: 84

 

Ramai menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap kes penderaan dilakukan seorang lelaki terhadap isterinya, Jahidah Nordin, 46, sehingga menyebabkan wanita itu koma.

Kini selepas selepas tiga tahun berlalu, kes tersebut masih belum selesai dan mangsa belum mendapat keadilan, membuatkan ramai netizen naik angin.

Menerusi laman sosial X, netizen meluahkan rasa berang selepas tular berita bahawa Jahidah kini masih terlantar dan anaknya Eshan Nufail, 3 tahun pula berstatus OKU.

Adik Jahidah, Fauziah baru-baru ini ada berkongsi perkembangan terbaru kakak dan anak buahnya itu. Katanya keadaan Jahidah masih sama, hanya terbaring atas katil dab diberikan susu menerusi tiub serta perlu diuruskan keluarga sepenuhnya.

"Eshan Nufail, disahkan sebagai OKU kerana pertumbuhan yang perlahan termasuk masih tidak boleh bercakap serta berjalan selain memiliki berat hanya 9.5 kilogram. Eshan juga perlu jalani rawatan fisioterapi dan amat memerlukan perhatian rapi dari keluarga."


Menerusi X, ramai netizen meluahkan rasa berang kerana bekas suaminya, Rosmaini Abd Raof, 41, yang menjadi penyebab terhadap semua itu kini masih bebas dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Rata-ratanya berasa marah kerana Rosmaini masih bebas dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa selepas apa yang dilakukannya terhadap bekas isterinya malah dikatakan sudah berkahwin lain.


Terdahulu, pada Ahad lalu Mahkamah Sesyen Johor Baru menangguhkan keputusan kes selepas peguam Rosmaini, Mohd Salleh Togimin memaklumkan anak guamnya dimasukkan ke Hospital Pendang, akibat sesak nafas, petang Sabtu.

Pada 17 Jun 2021 dahulu, Rosmaini, dilaporkan tidak mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, itu.

SUMBER: Awani, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 4-11-2024 10:10 PM
Siap relax main bola..bodoh punya jantan x guna..undang2 malaysia pulak, laki xbayar nafkah,relax je ye
Quote Akalditipumata 4-11-2024 10:18 PM
Itula la dia. Bila isteri senyap dihenyak smpai mampos xde pn yg mngelupur nk tag team. Bila isteri2 bersuara.. pakat mencapap memasing kata sebar aib..
Quote AJENALI 4-11-2024 10:31 PM
Edited by AJENALI at 4-11-2024 10:44 PM

Lama sungguh 3 tahun. Nampak lemah betul pengurusan. Dah viral pun pun xde susulan pantas.

Pukul orang sampai lunyai masih boleh bebas lagi. Kemudian pura2 alasan sakit, X boleh ke tangkap pahtu masukkan je kat wad kurungan / tahanan?
Quote nono86 5-11-2024 01:12 AM
Dia pesalah satu hal, yang aku heran, penguatkuasa/hakim dah kenapa duk biar lama2 xselesai lagi? Menjawab la korang, konon nak menegakkan undang2, tapi apa pun tak dak
Quote pocongkiutss 5-11-2024 02:30 AM
See .lelaki jahannam mcm ni pun ada betina lain masih sudi menerima..bongok tak???
Quote B40tastePosh 5-11-2024 04:06 AM
Sebab mamat ni orang Silat.

Tak tahu la dia tuntut ilmu apa, sepatutnya orang silat tak boleh memukul sesuka hati.

Kena kat isteri darah daging sendiri jadi macam tu lah....cacat kalau tak mati.
Quote B40tastePosh 5-11-2024 04:07 AM
Edited by B40tastePosh at 5-11-2024 04:08 AM
nono86 replied at 5-11-2024 01:12 AM
Dia pesalah satu hal, yang aku heran, penguatkuasa/hakim dah kenapa duk biar lama2 xselesai lagi? Me ...


Mahkamah Malaysia dan Peguam2 Malaysia level cikai, lousy, pemalas, biased. Scammer Anjirrrr.

Kata je Kedaulatan Undang²...my asss

Quote lilacomot 5-11-2024 04:39 AM
Sial btul jntan ni... Ade gk betina bodoh nk wat laki slps kejadian mcm ni...
Quote makita 5-11-2024 07:57 AM
Adakah kes ni dianggap sekadar hal dalaman rumahtga sahaja?

Bakal2 isteri, sila la pilih suami dan bapa yg baik utk bakal anak2 kamu. Dunia ni mmg tak akan adil.
Quote delsmomm 5-11-2024 08:04 AM
Luluh hati tgk mangsa ni..
semoga Allah turunkan siksa yg x mampu pelaku tu gambarkan sbg balasan apa yg dia buat kpd isteri & anak yg x berdosa tu..
anak tu survive walaupun hanya beberapa mggu dlm kandungan sblm ibunya koma..
Quote zuriey 5-11-2024 08:09 AM
lilacomot replied at 5-11-2024 04:39 AM
Sial btul jntan ni... Ade gk betina bodoh nk wat laki slps kejadian mcm ni...

Syed perogol tu pun ada ppuan bodoh bangga jadikan laki..
Bangsa2 bodo ni akan ckp "dah jodoh"
Quote BoongaKertas 5-11-2024 08:17 AM
pompuan mana yg sggup memperlakikan heols? ya ampun.
Quote IzzahF 5-11-2024 08:20 AM
ini yg banyak bini tu kan, selalu yg perangai ngalahkan jin iprit ni rajin nk membilang kepala bini mcm bilang paku susun. dan ppuan mcm ni mcm mana la ko boleh su'udzon nk jadi bini ke 3, takkan takde satu red flag awal2 tu yg buat terasa nk lari..hadap smpai kena balun teruk mcm ni
Quote Thunderclouds 5-11-2024 08:23 AM
Ni suma salah lobai yg gagal didik kaum sendiri.
Ehh.. Hujung² yg salah pompuan jugak katanyehh
Quote wadiunong 5-11-2024 08:27 AM
pocongkiutss replied at 5-11-2024 02:30 AM
See .lelaki jahannam mcm ni pun ada betina lain masih sudi menerima..bongok tak???

asalkan jangan kes curang je sis. selain dari tu kalo jantan tu biawak, pembunuh, penagih pompuan tak kisah ok. sanggup terima buat laki
Quote IzzahF 5-11-2024 08:27 AM
BoongaKertas replied at 5-11-2024 08:17 AM
pompuan mana yg sggup memperlakikan heols? ya ampun.

3 bini nya tu...mmg ramai la yg menadah. dah kena dera lama pun diam tak reti2 nk buat report. dah tu mcm mana org nk tlg kalo diri sndiri pun tak mau ditolong? dah jadi mcm ni menyesal pun tak guna. masa nk jadi no 3 takkan tak rasa pelik. zaman skrg ni mcm2 kemudahan ada...takkan dia tak tau jantan tu dah ada bini 2
Quote Supersirap 5-11-2024 08:29 AM
Semoga si pelaku mendapat hukuman yang setimpal
Quote BoongaKertas 5-11-2024 08:31 AM
Edited by BoongaKertas at 5-11-2024 12:32 AM
IzzahF replied at 5-11-2024 12:27 AM
3 bini nya tu...mmg ramai la yg menadah. dah kena dera lama pun diam tak reti2 nk buat report. dah ...

mungkinkah prinsip dia #asalkanberlaki? sbb ada jiran iols dulu mcm tu gak prinsip sheols sampai kali kedua kena cerai baru dia ada akal. laki mendadih pastu biawak. baik bela biawak betul, ada gak hasil kan.
Quote sagiman91 5-11-2024 08:32 AM
kalau perempuan aku tak pelik sbb ramai jer perempuan yang jenis minat kat laki ala2 badboys ni.... bagi ayat sikit terus basah.

yang aku pelik, ada lagi kawan2 dia yang nak berkawan dgn mamat ni. siap boleh join ride2 motor besar...ni duk main bola pulak. kalau time main bola tu ada yang tahu perangai dia katok bini...mmg masuk wad lah dia...

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.263637 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top