CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raih Pendapatan RM12k Sebulan, Pihak Imigresen Tahan Pengemis Warganegara Pakistan, Thailand Dan Kemboja Di Pasar Malam

4-11-2024 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12180| Komen: 29

 


Baru-baru ini, empat orang warga asing yang mengemis di pasar malam yang terletak di Taman Nusa Perintis, Gelang Patah, Johor telah ditahan oleh pihak Imigresen.

Difahamkan dari laporan Kosmo, antara empat individu pengemis yang ditahan itu berjaya meraih RM12,000 sebulan dengan hanya melakukan aktiviti mengemis di pasar malam.

Empat pengemis yang ditahan itu ialah seorang lelaki warganegara Pakistan, dua orang warga Thailand dan seorang lagi lelaki asal daripada Kemboja.



Pihak Jabatan Imigresen telah menjalankan tugasan menahan pengemis-pengemis itu setelah menerima laporan daripada orang awam tentang kegiatan mereka.


Sebelum ini pihak Imigresen pernah menyerbu kawasan berkenaan bagi menahan warga asing yang mengemis tetap mereka masih melakukan aktiviti itu lagi tetapi dilakukan oleh individu yang lain.

SUMBER: Kosmo, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 4-11-2024 03:40 PM
Pengemis T20

Quote afie_m 4-11-2024 03:46 PM
wau, duit simpan mana, bank ke umah
Quote tungkai 4-11-2024 03:48 PM
Please buat aktiviti camni dgn kerap.Take iniative bukannya tunggu report baru nak jalan...
Quote prince_marhaen 4-11-2024 03:52 PM
Edited by prince_marhaen at 4-11-2024 03:54 PM

Kat uptown jalan reko ada pak aji mana ntah muka macam orang indon, jubah putih, setiap hari sejak 15 taun lepas meols kerja area Bangi, tiap2 hari tiap tiap malam, sampai skrg masih ada, dia pegang tabung nak buat tahfiz ke masjid ntah...'waktu kerja' dalam kul 8-12malam gitu lah... dah 15 taun ye.. agak2 belum cukup duit agaknya kot....... ke dah ada 2-3 bijik banglo? hehehe.. orang yang sama...
Quote mejaputih 4-11-2024 03:57 PM
same old, same old...malaysia syurga pendatang...
Quote jfq 4-11-2024 04:03 PM
Serbu. Lepaskan. Serbu. Lepaskan.
SAJM
Quote cutieslilies 4-11-2024 04:06 PM
ni kat area opis plaza sentral tu ada jugak.. yg cina mualaf (xtau laa betul ke x).. pastu ada pakcik main seruling (oklaa jugak ada keje dia buat).. ada cina x buat apa2 sambil jual tisu .. dan yg x boleh tgk ada sorang acik tua ngan budak lelaki dalam umur 4 or 5 tahun kot...

aku x boleh laaa budak2 mcm2 tu.. pernah dibelikan makanan..tp esok lusa ada balik.. xtau laa anak dia ka..cucu dia ka.. atau anak sapa..tp mmg xde laa muka local sgt...

aihhhhh..camana nak buat haa....sian sgt tgk budak tu...
Quote green~tea 4-11-2024 04:20 PM
Hati kena keras and firm to say no.. jangan buat eye contact dgn peminta sedekah..
Quote seri_mawr 4-11-2024 04:42 PM
rakyat malaysia kena berubah.....jgn derma klu dok saja xde buat apa2 selain tadah tngan......walaupun rm1...huhuhu...

aku klu jenis yang menyanyi ke....kurang2 jadi statue tu masuk duit baru gerak tu.. nak juga la hulur singgit dua...nmpk juga usahanya...
Quote tri-max 4-11-2024 04:46 PM
kat pasar tani shah alam, kalau yg slalu gi mesti perasan
sorang mamat ni minta derma untuk mak dia
dia menjerit without mic ya.. "sedekah untuk ibu saya" ulang, ulang
masalahnya da hampir bertahun2 dia kat situ minta sedekah
apa masalah mak dia, tak dinyatakan
mesti collection dia level vivik ngan fadza
Quote Skuau 4-11-2024 04:46 PM
bagi jer dia mengemis..tapi duit tu amik la..amik SEMUA tau...
Quote talapia 4-11-2024 04:50 PM
jenuhla tiap kali ada orang jual tisu la.. mintak sedekah la.. jual muffin la.. kat meja time makan dengan anak2..
biasanya mmg aku tak layan.. tolak elok2..
tapi nanti mestila anak2 aku tergoda dengan muffin keras tu.. biskut la.. entah apa2 dia jual dr meja ke meja..
ada yg bagi alasan support sambung belajar la..
mcm2 alasan..

pastu nnti anak2 aku mula pandang aku kedekut tek idong masin.
jenuh pastu explain ..
ujung2 aku kata.. imagine 1 meja bagi RM1 je..
1 jam dia dapat 30 meja..
1 hari dapat keje 5 jam la konon sakit kan..
RM150 per day.. takde cuti2.. public holiday lagi lebat income kot
RM150 x 30 hari... senang2 dia dapat income kalah budak degree ok..
tak payah dia penat2 belajar mcm korang kena buat homework segala.
hehe..
Quote silance 4-11-2024 05:57 PM
"Difahamkan dari laporan Kosmo, antara empat individu pengemis yang ditahan itu berjaya meraih RM12,000 sebulan dengan hanya melakukan aktiviti mengemis di pasar malam."

RM12,000 should be total collection of these empat orang ke? Kalau pendapatan sorang tak tau nak kata apa la.

Bulan puasa tahun Lepas Di area masjid India kl, beberapa perempuan arab awal 20an, bawa kertas A4 printed I am from palastine, please help (tak ingat apa lagi wording dia) Diorang tunjuk kertas tu pada orang ramai (mostly lelaki) dan aku tengok banyak dapat duit hijau /merah dan oren. Tak tau berapa total collection sehari.
Quote edayildiz 4-11-2024 06:25 PM
byknya org bg..untong la..
tp i xpernah derma walau itk kesian ke apa..i kenis yg xcaya..
i lg rela beli mknn kucing i derma kt stray cat
Quote Butterfly41 4-11-2024 06:40 PM
Kenapa orang awam boleh rasa nak bagi sedekah pada orang2 macam ni ye. Sampai sekarang aku tak faham.
Quote sapeka 4-11-2024 06:43 PM
Wow
Quote ninja boy 4-11-2024 06:51 PM
Mo yg sama pergi kedai makan org kudung org buta kanak2 jual tisu kugiran jalanan dtg, terus mkn di kedai bertutup, dekat market pun ada wargasing ronghiya dtg
Quote ninja boy 4-11-2024 06:55 PM
Edited by ninja boy at 4-11-2024 06:58 PM

Sedekah sepatutnya utamakan famili dulu baru org luar, time raya kemain tabur duit raya sana sini sampai 3-6k padahal family sendiri berkais2 hidup, disebabkan berkais hidup mereka x minta famili mereka minta duit rakan2 x bayar hutang kununnya jaga siraturahim kunun sesama famili. Sepatutnya kewajipan famili tolong sesama sendiri supaya hidup x meminta2
Quote makita 4-11-2024 06:57 PM
prince_marhaen replied at 4-11-2024 03:52 PM
Kat uptown jalan reko ada pak aji mana ntah muka macam orang indon, jubah putih, setiap hari sejak 1 ...

Meols rasa lah..org yg niaga pasar mlm ni mmg baik. Sebab apa? Sbb masa dorg nak setup kemah, yg mntak derma ni akan setup tempat gak. Jadi dorg tahu yg mana acah2 buta, acah2 xde kaki tu. Dorg tetap niaga n usaha malas kacau org2 mintak sedekah ni.
Masa kat Maluri ada atok berjubah ni tngn dan lidah tu mcm anjing mintak air. Ya Allah kesian gila. Nak jdkan cerita..masa meols nak abes blajar, hujam renyai2. Nampak atok ni lalu kat blkg khemah2 helok pgg payung berjalan. Sgup atok tu menyamar mcm anjing lapar. Tapi bg meols tu usaha gak tu hahaha

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.114543 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top