CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banjir di Sepanyol: Rakyat baling lumpur dan telur pada Raja, Ratu Sepanyol

4-11-2024 03:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11728| Komen: 10

 
  


VALENCIA: Penduduk di wilayah Valencia menunjukkan kemarahan terhadap Raja Felipe dan Ratu Letizia dengan membaling telur serta mengejek pasangan diraja Sepanyol itu semasa mereka melawat kawasan yang dilanda banjir besar yang mengorbankan lebih 200 nyawa.

Raja Felipe disambut dengan laungan ‘pembunuh’ sewaktu baginda bersama Perdana Menteri, Pedro Sanchez dan Gabenor Valencia, Carlos Mazon, mengunjungi Paiporta, kawasan yang paling terjejas di pinggir bandar Valencia, akibat banjir.


 

Penduduk setempat menuduh pihak berkuasa bertindak lambat dalam menangani bencana tersebut.


Ketika pasangan itu bergambar bersama, orang ramai mula mengeluarkan kata-kata kesat kepada Raja, Mazon, dan Sanchez sehingga keadaan semakin tegang apabila penduduk menghampiri Raja Felipe sehingga pihak keselamatan terpaksa membuka payung untuk melindungi para pemimpin daripada objek yang dilemparkan.

Raja Felipe, yang tetap tenang, menurunkan payungnya untuk mendengar keluhan seorang penduduk, manakala polis bersiap-siaga mengawal situasi.

Jumlah korban akibat banjir kini meningkat kepada 214 orang, dan angka itu dijangka bertambah dengan mayat seorang wanita berusia 70 tahun ditemukan lebih 12 kilometer dari rumahnya.

Reaksi lambat dan koordinasi lemah daripada pihak berkuasa merupakan antara isu yang menimbulkan kemarahan orang ramai di Valencia.

 
Amaran teks banjir hanya dikeluarkan beberapa jam selepas pihak perkhidmatan cuaca memberi amaran mengenai risiko banjir.

Sabtu lalu, Sanchez mengarahkan 5,000 anggota tentera tambahan untuk membantu operasi penyelamatan di kawasan banjir, menyifatkan ribut itu sebagai ‘bencana alam terburuk’ dalam sejarah Sepanyol.

Beliau mengakui kelemahan dalam respon awal pihak berkuasa yang ‘tidak mencukupi’. -AGENSI

SUMBER: Utusan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 4-11-2024 03:31 PM
harap2 geng2 payung kuning kat mesia tak kena baling telur tembelang gak la
Quote matamata 4-11-2024 03:33 PM
Woi babi
Thread dah ada la
Quote monsterwife 4-11-2024 03:36 PM
Kitty_catz replied at 4-11-2024 03:31 PM
harap2 geng2 payung kuning kat mesia tak kena baling telur tembelang gak la

Kita doakan jelah moga2 tak
Quote afie_m 4-11-2024 03:45 PM
berani betul rakyat dia org
Quote Kitty_catz 4-11-2024 04:09 PM
monsterwife replied at 4-11-2024 03:36 PM
Kita doakan jelah moga2 tak

kohhhhhhhhhhh
Quote dua_chzy 4-11-2024 07:33 PM
Kita bila nak buat begini?

Ke korang masih percaya raja2 tu sakti ada tulah, bayangan Tuhan (khuuaaaakkkk tuiihhhhhh!!!) bagai?
Quote Carcosa 4-11-2024 11:20 PM
Padan muka. Aku setuju je Spanish2 tu buat gitu.
Ah Lancau lah melawat Kawasan bagai. Wayang je.
Buat muka kerut2 sikit, angguk2 sikit, pegang bahu sikit lebih kurang, balik mansion togok champagne.
Hanjing. Kalau aku Spanish, bkn je telo aku baling. Dgn reban2 ayam aku lontarkan.
Quote nisako 5-11-2024 08:00 AM
hahaaaaaaaa ambik ko
Quote zuriey 5-11-2024 08:04 AM
Azmee is watching
Quote Herlina 5-11-2024 08:07 AM
Tapi kalau dia bawak si Leonor dan anak dia tu kena baling telur, maunya pensokong princess lawa tu pulak meroyan dan memberontak
pastu bergaduh sesama sendiri...isu banjir pun malap

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064577 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top