Susulan topik nafkah dalam podcast baru-baru ini yang dibincangkan bersama Neelofa dan Natasha Ozeir, pelakon Nora Danish turut menjadi mangsa kecaman netizen. Malah, ada netizen mendakwa perkongsian itu dibuat seolah sindiran terhadap perceraian pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura. Memetik BH Online, Nora berkata podcast berkenaan dirakam sekitar Julai lalu selepas dia baru saja bercerai. Tambahnya, pihak mereka sudah membuat kajian terlebih dahulu tentang punca perceraian dan punca utama adalah masalah kewanan. “Kalau ikutkan memang nak keluar awal, tapi disebabkan sibuk dengan kerja, barulah sekarang podcast dapat disiarkan. “Sejujurnya, masa podcast hendak disiarkan, saya bimbang juga ada yang tersinggung. Namun, pasukan kami berpendapat topik dibincangkan sangat umum dan tak ditujukan kepada sesiapa. “Sebelum perbincangan dibuat, saya terlebih dahulu membuat kajian mengenai punca perceraian dan kami dapati masalah kewangan adalah punca utama,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata perkara yang dibincangkan di dalam podcast itu adalah untuk mendidik kaum lelaki mengenai soal nafkah isteri yang boleh menjurus kepada isu lain. “Kami nak didik orang lelaki supaya tidak pandang remeh soal nafkah kerana ia boleh membawa kepada isu yang lebih rumit seperti curang, tidak sefahaman dan sebagainya. “Segala bil dan keperluan dapur menjadi tanggungjawab suami. Perbincangan dibuat berdasarkan tiga sudut pandang berbeza mengikut status kami. Ia memang tiada kaitan dengan mana-mana pihak seperti yang didakwa,” katanya. Sumber – Berita Harian, Rotikaya |
prince_marhaen replied at 4-11-2024 09:04 AM
Knowing Jahlop...... tak pelik timing tu... hehehehehe.. betina narsis khenssss...
kepompong replied at 4-11-2024 09:40 AM
i gosok2 mata cari mana jahlop dalam artikel ni.
Msambitious replied at 4-11-2024 10:23 AM
Podcast beliau lah ni.
ADVERTISEMENT