CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Khairul Aming dedah banyak terima mesej mahu jadi teman hidup

4-11-2024 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19431| Komen: 11

 


Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming ingin mencari pasangan hidup yang bersedia berdepan dengan perhatian serta kritikan daripada masyarakat terutama di media sosial.

Menerusi sebuah siaran langsung di TikTok baru-baru ini, dia berkongsi cabaran hidup sebagai seorang tokoh media sosial.

Menurut Khairul Aming, sejak kebelakangan ini, dia menerima banyak mesej dari pengikut di Instagram yang menyatakan minat untuk mengenalinya dengan lebih dekat, malah ada yang menawarkan diri untuk menjadi pasangan hidupnya.

“Bila aku buka profil akaun tu, mereka semua akaun peribadi. Jadi soalan aku adalah, ‘Adakah anda bersedia untuk didedahkan kepada umum?’ kalau korang kahwin dengan aku,” katanya.

Dia menegaskan bahawa keputusan untuk bersama seseorang yang dikenali ramai memerlukan persiapan untuk berdepan dengan kritikan yang sering kali tidak dijangka.


“Sebab media sosial semua akan judge kita. Aku buat live ni pun orang judge. Kenapa muka penat? Kenapa pipi makin besar? Kenapa muka hangus?” tambahnya, merujuk kepada pelbagai komen yang pernah diterima.

Selain itu, beliau juga mengakui bahawa kekurangan privasi menjadi cabaran besar dalam kehidupannya.

“Aku rasa tak semua orang bersedia nak jawab soalan tu. Pertama sekali, sebab dunia ni memang kasar, sebab tu orang nilai kita dari kiri, kanan, atas, bawah.

“Kedua, tak ada privasi. Nak pergi makan atau bercuti sekalipun, tak ada privasi,” kata Khairul Aming.  

 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leftenanhensem 4-11-2024 09:51 AM
Masalahnya geng KB gak ni, mcm mana tu hehe
Quote HoneyManjer 4-11-2024 11:02 AM
entahla nok....
mmg la calon menantu idaman mak mak seantero malaya...
tapi.....
entahla nok....
Quote Orix 4-11-2024 12:01 PM
Brp byak benang psal ni ? Penat iols nk senyum sinis tiap kali baca tajuk
Quote L.U.S.M 4-11-2024 03:09 PM
Edited by L.U.S.M at 4-11-2024 03:11 PM

1.Wajib Kelantan
2.Wajib influencer/tiktoker/celebrity
3.Wajib terima kawan2 nonok KA yang mostly selfish cthnya si Fad cosec katik tu dgn Azfar yang ntah apa orientation dia

KA tu extra baik n xselfish tp aku tengok kawan2 KA semua jenis baik ada makna n kekal kawan sbb KA tu berpengaruh..tu je..

Ni je dah cukup pening mana2 kepala perempuan if bukan pilihan mak KA sendiri

Quote minahgempal 4-11-2024 04:42 PM
L.U.S.M replied at 4-11-2024 03:09 PM
1.Wajib Kelantan
2.Wajib influencer/tiktoker/celebrity
3.Wajib terima kawan2 nonok KA yang mostly se ...

kan i pun notice kawan2 yg melekat dkt dia sbb duit jek..dia ada pengaruh..
Quote ihtisyam1 4-11-2024 04:57 PM
kalau dia tak nak nikah pun takpe
Quote OyaTonggek 4-11-2024 05:14 PM
Meols aritu jumpa heshe kt bukit jelutong dgn geng dia makan siap bergambar ngan heshe, heshe mmg tinggi chuols...tp tulah...tulahhh...rasanya lamberttttt lg nk kawin tu..

Quote lanacondor 4-11-2024 06:13 PM
Mentang jantan kaya. Ramai la serah diri.
Quote 311gurl 4-11-2024 06:53 PM
bukan dia umah umah mcm nazim othman ke? ya ya nak kawin tapi we know erk....
Quote hungryhenry 4-11-2024 07:07 PM
Jangan la kawen semata2 nk kekal dlm lemari. Kesian pompuan tu
Quote rifaa 5-11-2024 11:41 AM
ni mesti kawen pilihan mak..opkos wajib klate
senang beraya umah dekat2

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.059728 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top