|
LANGKAWI – Seorang peniaga yang juga pempengaruh media sosial membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan perniagaan laksa diusahakannya setelah menerima komen negatif di media sosial. Syed Muhammad Shah Hasif, 32, atau dikenali sebagai Prince Syed yang menjual makanan itu di sebuah karnival di pulau ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada pukul 5.40 pagi tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Samsulmuddin Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat lelaki terbabit. “Tujuan laporan dibuat pengadu adalah bagi menafikan tohmahan dan tuduhan ke atasnya dan perniagaannya. Pengadu juga tidak puas hati dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya,” katanya di sini, hari ini. Sementara itu, Syed Muhammad dalam video miliknya di Facebook berkata, laporan itu dibuat bertujuan mempertahankan diri dan menjernihkan keadaan selepas ada pihak membuat tohmahan berkaitan perniagaannya.
“Kami minta maaf dan ampun kepada seluruh warga Langkawi sebab kehadiran kami. Kepada semua yang buat hantaran video dan sebut nama kami yang tidak tahu cerita apa, kami berbesar hati sebenarnya jika mahu berjumpa untuk tahu apa yang jadi. “Saya harap perkara ini kita hentikan dan kita tutup cerita, kami akan keluar dari sini jangan risau. Terima kasih kerana memberi kami tumpang niaga di Langkawi,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
ihtisyam1 replied at 4-11-2024 09:26 AM
lapar perhatian


Piramida replied at 4-11-2024 01:59 AM
Mcmana hantaran tu? Teruk sgt ke org tu tulis?
Bab sedap tak sedap ni subjectif.... Sedap kat org, t ...
zuriey replied at 4-11-2024 08:21 AM
Hodoh sgt ke muka ko lakibini sampai filter 400%
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.186666 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.