Pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan menitipkan pesanan buat suami di luar sana untuk menghargai pengorbanan isteri masing-masing. Menerusi hantaran di TikTok, Jalaluddin berkata betapa besarnya pengorbanan isteri dalam rumah tangga dan kesetiaan mereka terhadap suami. “Kepada suami di luar sana, jasa dan pengorbanan isteri ni besar sebenarnya berganda-ganda daripada kita. “Kita bagi sedikit kasih sayang dia balas lebih daripada itu, jadi kepada suami di luar sana jangan lah ambil mudah, faham perasaan isteri,” katanya. Sementara itu, pelakon berusia 70 tahun itu berkata para isteri hanya mahukan kasih sayang suami dan jangan sampai kepercayaan mereka hilang.
“Isteri tak minta apa-apa daripada suami, yang dia mahu hanya kasih sayang kita. Dan apa yang kita beri itulah tanggungjawab kita, dapat pahala lagi. “Jangan sampai mereka hilang kepercayaan pada kita, bila orang perempuan ni hilang percaya dia nampak buruk,” katanya. Sumber - Rotikaya |
ADVERTISEMENT