CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak malukah? Gerai warung macam nak roboh, kotor – Perdana Menteri

2-11-2024 07:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 70598| Komen: 16

 


SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua kerajaan negeri memberi tumpuan kepada usaha menambah baik warung, gerai dan penjaja kecil sekali gus dapat meningkat tahap kebersihan premis serta keselesaan pengunjung.

Beliau berkata, ini berikutan lebih 80 peratus rakyat di negara ini memilih untuk menjamu selera di premis-premis berkenaan berbanding di restoran besar.

“Tak malukah kita? Bukan main hebat (pembangunan di) Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru (sebagai contoh). Tapi, bila tengok gerai warung yang hampir 80 peratus rakyat kita pergi makan macam nak roboh, lampu tak menyala, tandas busuk dan kotor. Banggakah kita begitu?

“Sebab itu saya kena tumpu bidang itu bukan sahaja di Kuala Lumpur. Bagi saya, penting untuk memperbaiki infrastruktur seperti tandas, bumbung dan lampu di kawasan perniagaan kecil bagi meningkatkan pengalaman rakyat,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan (HPPK2024) di Pusat Konvensyen PICCA, Butterworth Arena di sini, hari ini.


Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Datuk Zainal Abidin Abd. Majid

Pada majlis tersebut, Anwar turut membuat Peluncuran Dasar Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Negara 2030 (D3PKN2030) selain menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Penjaja dan Penjaja Kecil 2024.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, pengagihan pembangunan ketika ini perlu lebih holisitik dengan memberi fokus terhadap warung dan pusat penjaja kecil di kawasan sekitar perindustrian dan kawasan perumahan.

Hal ini demikian kerana katanya, majoriti atau kira-kira 70 peratus pekerja dalam sesuatu organisasi itu adalah pekerja biasa sahaja.  

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 2-11-2024 07:21 PM
Jamban roboh tersenyum sinis
Quote ipanimanz1 2-11-2024 07:50 PM
wat mai la duit. bisnes pun suam2 suku skrg ni
Quote Skuau 2-11-2024 07:59 PM
Edited by Skuau at 2-11-2024 08:01 PM

"Saiya sini negara TADA MALU meniaga tada lesen...tengkiu pirdana mintri..tada kacau kita worang"-BANGLA
Quote kaseh80 2-11-2024 09:08 PM


Quote edayildiz 2-11-2024 09:12 PM
sorry la i gerai buruk i xmkn wpn i ni marhaen je
jenis susah nk mknn...
even i pergi rumah sedara i kt kg pun sbb ayah i paksa...pdhl  marhaen je..perangai mcmtu dr kecik
Quote supernaturalee 3-11-2024 12:52 AM
Bnyk gerai mkn asal boleh je
Xyah toilet, tgk gelas, pinggan yg dorg guna dah lh
Again...kebanyakkan, bukan semua

Quote ultra78 3-11-2024 01:04 AM
Mcm ni la kan. Siap ada sangkar ayam.

kotorr_1730337531.jpg
Quote Dovahkiin 3-11-2024 06:59 AM
'gerai setinggan' tu tak payah bayar sewa. Nanti bila robohkan, suruh berniaga dalam food court kena bayar sewa, bisnes kena saing dgn lot sebelah.

Tapi tak dinafikan 'gerai setinggan' ni ada tarikannya yang tersendiri. Tak sama macam makan kat food court.
Quote Samerosie 3-11-2024 07:58 AM
Memangla x malu sbb still ada pembeli walaupun gerai tepi longkang busuk.  Apa nak malu esok2 apa2 blame je pmx mcm x biasa pmx ni.
Quote Dwdrum 3-11-2024 08:30 AM
Edited by Dwdrum at 2-11-2024 04:31 PM

Ini yang unique asia.. Traveller akan makan saja food dari street vendor tetapi di negara sendiri hygiene concious..

Bukan sindir
Quote B40tastePosh 3-11-2024 08:59 AM
Jamban dia kat penjara dulu lagi berkualitas.
Quote B40tastePosh 3-11-2024 09:00 AM
ultra78 replied at 3-11-2024 01:04 AM
Mcm ni la kan. Siap ada sangkar ayam.

Cikgu aku dulu tak sabar pindah kampung halama dia di Bachok sebab ni la

Rindu bau dapur mek mek.
Quote dubuk 3-11-2024 09:05 AM
Saya tahu.. ini sepupu Bachokk mari Bachokk
Quote nisako 4-11-2024 08:58 AM
teruknye
Quote bulalof 4-11-2024 09:08 AM
benda dah lama x kan la x buat apa2 lagi?
Quote imanjannah 4-11-2024 09:39 AM
ini iols sokong pmx..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.037823 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top