CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kemelut rumah tangga hanya perselisihan faham kecil – Farid Kamil

31-10-2024 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27987| Komen: 34

 


Tenang menghadapi ujian bertimpa, pelakon Farid Kamil menyifatkan kemelut rumah tangga bersama isterinya, Diana Danielle hanya perselisihan faham yang sangat kecil.

Menyifatkan apa yang berlaku sebagai asam garam perkahwinan, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 43, berkata, apa yang berlaku antara mereka berdua adalah perkara biasa dilalui pasangan suami isteri lain.

“Alhamdulillah saya dapat perkhabaran (keputusan bercerai) itu dengan baik dan saya masih sayangkan isteri dan anak-anak saya. Jadi bagi saya ini adalah isu biasa dalam rumah tangga. Apa yang penting sekarang ini mahu fokus pada penggambaran filem Bisikan Dosa.

“Saya akui fokus saya terganggu tapi apa yang saya boleh jelaskan di sini ada berlaku perselisihan faham sedikit dan perkara itu berlaku pada bulan mengambang.

“Tapi saya ambil perkara ini sebagai perkara yang positif. Biasalah, Tsunami pun dua kali berlaku, inikan ombak cinta dalam perkahwinan,” katanya kepada Kosmo! Online.


Farid berkata demikian ketika ditemui pada lawatan media ke lokasi filem berkenaan yang kini sedang menjalani penggambaran di Kuang, Selangor selepas lima jam menunggu.

Kekal positif, pelakon filem Anwar Ibrahim: The Untold Story menerima dengan baik keputusan Diana untuk memfailkan perceraian malah bersedia memberikan komitmen terhadap proses yang bakal didepani kelak.

Masalah perkahwinan saya sama dengan perkahwinan sesiapa di Malaysia ini tapi bezanya mereka tak ditemubual begini,” jelasnya.

Farid juga mengakui dia dan Diana masih lagi berhubung dan tinggal sebumbung.

Pun begitu, dia memberitahu anak-anaknya tidak mengetahui apa yang berlaku antara dia dan Diana.

“Kami baru bercakap di telefon semalam, baru berhubung semalam dan baru bermesej semalam cuma malam saya tidur di lokasi penggambaran sebab shooting sampai pagi.

“Fasal anak-anak, mereka tidak tahu menahu, lagi pula untuk apa mereka tahu? Anak-anak saya tak baca benda gosip semua ini,” tegasnya.


Sejak Isnin lalu nama Farid kembali menjadi sebutan selepas isterinya, aktres Diana Danielle kembali nekad untuk memfailkan cerai.

Difahamkan, Farid berada di lokasi penggambaran tatkala Diana meluahkan hasrat tersebut menerusi satu hantaran dalam media sosial.

Pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 31-10-2024 09:32 AM
Bagi je la serai farid.  Kalau sekarang baik balik next yr same drama juga.
Quote ezacbee 31-10-2024 09:34 AM
DD dah max meluat dgn ko agaknya.

Lepaskanlah abam dodit.. Eh abam parid..
Quote manjalara_01 31-10-2024 10:43 AM
Lagu ni is from DD to FK

[youtube]n0Bh67osLyU[/youtube]
Quote suri33 31-10-2024 11:02 AM
Patutlah bini hesitate nk register rujuk yeh.
Quote Minami2013 31-10-2024 12:27 PM
Senang je blame time bulan mengambang. 1000051079.gif
Quote DukunSentet 31-10-2024 02:14 PM
Minami2013 replied at 31-10-2024 12:27 PM
Senang je blame time bulan mengambang.

Terkojut hakak tgk lobang idung budak nie..
Quote Minami2013 31-10-2024 08:45 PM
DukunSentet replied at 31-10-2024 06:14 AM
Terkojut hakak tgk lobang idung budak nie..

Nah satu lagi special utk kaka

1000049079.gif
Quote eyansss 1-11-2024 11:45 AM
suri33 replied at 31-10-2024 11:02 AM
Patutlah bini hesitate nk register rujuk yeh.

diorang tak register lagi ke?  tapi kan, walau tak register, kan diorang dah annouce gegila babeng here n there...  so still kena failkan cerai gak...  sebab dah clear case dah rujuk (walau tak register)...
Quote eyansss 1-11-2024 11:46 AM
Minami2013 replied at 31-10-2024 12:27 PM
Senang je blame time bulan mengambang.

gaslighting...  aku benci manusia camni...  nak cover salah diri, terus gaslight...  angkat kaki je la diana weih...
Quote Minami2013 1-11-2024 12:19 PM
eyansss replied at 1-11-2024 03:46 AM
gaslighting...  aku benci manusia camni...  nak cover salah diri, terus gaslight...  angkat kaki j ...

Itu la pasal. Gaya dia mcm bagus sgt. Melalut ckp dia jenis tak terima rasuah. Otak dah ding dong agaknya.
Quote sukanyanyi 1-11-2024 02:42 PM
Nape parid mcm delulu.. dd dah tanak tu. Nyesal sblm ni suruh fa ikot fk pujuk minik. Skrg rasanya fk yg patut ikot fa, jalan terus sbb minik dah tanak.
Quote likilu 1-11-2024 03:09 PM
Aurora petik cili ke
Quote Joysparta 1-11-2024 03:12 PM
Minami2013 replied at 1-11-2024 12:19 PM
Itu la pasal. Gaya dia mcm bagus sgt. Melalut ckp dia jenis tak terima rasuah. Otak dah ding dong  ...

Tu yg kompius tu. Termasuk roh bang non the untold story barangkali..
Quote anony-mous 1-11-2024 03:17 PM
Xpe jgn risau, walafaz mesti bekap laki mcm parid. Yg penting ada effort. KAN?? sesuai la kalau padan kan farid dgn faz. #FAFAZ #ZURID sbb depa aritu memuji2 farid ni fight utk DD katanya
Quote weezerfan 1-11-2024 03:29 PM
Psaiko je korang dua laki bini ni.dua2 aku menyampah
Quote zallama 1-11-2024 03:30 PM
Yg si dd n netizen x nk kecoh lak..nk  cerai pon drama
Quote sharlenetexas 1-11-2024 03:36 PM
Gambar kat depan nampak busuk kepam.

Quote Minami2013 1-11-2024 03:48 PM
Joysparta replied at 1-11-2024 07:12 AM
Tu yg kompius tu. Termasuk roh bang non the untold story barangkali..

Aah.. tiba2 into the character politikus
Quote airmineral 1-11-2024 04:07 PM
Mula² kecil lama² jadi besar!

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.401600 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top