Buat pertama kalinya negeri Pulau Pinang menerima penerbangan terus AirAsia dari Shenzhen, seterusnya menandakan satu kejayaan bagi pembangunan pelancongan Pulau Pinang. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai, penduduk yang padat dan kuasa beli yang kukuh di Shenzhen memberikan peluang berharga untuk sektor pelancongan dan peruncitan di Pulau Pinang. "Sumber pelancongan yang kaya dan persekitaran pelaburan yang menggalakkan di Pulau Pinang akan melengkapkan lagi kekuatan ekonomi Shenzhen yang teguh, menjadikan penerbangan terus baharu ini sebagai pemangkin peningkatan kerjasama di antara kedua-dua wilayah." Untuk Pengetahuan korang, laluan terus baharu ini akan beroperasi empat kali seminggu, dengan penerbangan dari Shenzhen pada hari Isnin, Rabu, Jumaat, dan Sabtu. Manakala penerbangan dari Pulau Pinang ke Shenzhen dijadualkan pada hari Selasa, Khamis, Sabtu, dan Ahad.
Sumber : OhMedia |
ADVERTISEMENT