Pelakon Alya Iman berkata dia memohon doa untuk diberikan hidayah bertudung semula apabila dia sudah bersedia. Memetik Ohmymedia, Alya turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang sentiasa mendoakan buat dirinya. “Siapa yang sentiasa doakan saya tu, terima kasih banyak-banyak. Yang tak sokong apa yang saya buat sekarang pun, takpe terima kasih juga. “Sudah tentu, satu hari nanti saya nak juga pakai hijab semula. Setiap hari, saya berdoa satu hari nanti saya akan dapat hidayah untuk betul-betul pakai tudung bila saya dah sedia,” katanya. Sementara itu, Alya enggan mengulas lanjut mengenai pakaiannya ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tempoh hari.
|
ADVERTISEMENT