CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak menangis nampak hantu dalam rumah – Ayda Jebat

30-10-2024 10:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24625| Komen: 29

 

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami anak sulungnya, Ana Nayla yang didakwa berdepan gangguan makhluk halus.

Ujar Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, insiden pelik itu berlaku di bilik air rumah mereka ketika anaknya sedang mandi sebelum menjerit perkataan ‘hantu’.

“Kejadian berlaku awal pagi, Nayla pergi tandas tiba-tiba menjerit cakap ada hantu. Selalunya dia mandi okey sahaja macam biasa.

“Dia tunjuk arah atas iaitu dekat siling tandas. Sebelum ini tak pernah dia beritahu ada apa-apa dalam tandas,” katanya menerusi sebuah hantaran dalam TikTok miliknya.

Dalam hantaran sama, Ayda juga menyatakan kemungkinan makhluk tersebut telah mengikut suaminya, Nabil Mahir, pulang ke rumah selepas membuang sampah di sebuah kawasan sekitar kediaman mereka.

“Malam sebelum kejadian, Nabil kemas stor dan ada beberapa barang yang kami buang. Nak dijadikan cerita, Nabil pergi buang dekat satu tempat yang tak pernah kami buang.


‘Masa buang sampah-sampah itu, Nabil kata dia rasa tidak sedap hati di situ. Berkemungkinan ‘benda’ (makhluk halus) ikut balik rumah,” kongsinya.


Pun begitu, pelantun lagu Memerang itu mendedahkan kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku kepada puteri kesayangannya apabila sebelum ini pernah mengadu melihat entiti ketika mereka menginap di sebuah hotel

“Ini bukan kali pertama dia nampak, sebelum ini pernah melihat sesuatu dekat hotel yang kami pernah menginap.

“Ada beberapa hotel di Kuala Lumpur yang kalau baru masuk bilik, anak saya akan berhenti dan cakap dekat ayah dia dekat tempat itu ada hantu,” jelasnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berharap agar kejadian serupa tidak berulang lagi selain memohon perlindungan Tuhan agar keluarganya terlindung daripada sebarang gangguan.

Rata-rata netizen menyarankan Ayda supaya membuat solat hajat dan memasang zikir dalam rumah selain memberi salam sebelum masuk ke dalam kediaman mahupun tempat lain yang ingin dihuni. 


Sumber — KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikHasanah 30-10-2024 10:26 PM
Monitor la kelaku anak tu terutamanya bila dah remaja. Takut schizo.
Quote lotionmilo 30-10-2024 10:37 PM
CikHasanah replied at 30-10-2024 10:26 PM
Monitor la kelaku anak tu terutamanya bila dah remaja. Takut schizo.

Betullllll.bukan hijab terbuka ke apa.Ini berkaitan mental
Quote rayna_raynes 30-10-2024 10:41 PM
Hmm duduk bandar di zaman moden tapi percaya hantu. what a waste of space
Quote fazila17 30-10-2024 11:00 PM
Anak nampak memerang kot
Quote siasia 30-10-2024 11:33 PM
Mungkin masa tu kau tak pakai mekap
Quote anilanil 30-10-2024 11:54 PM
Ngaji la. Bukan ke laki dia tu cucu ustazah dr gigi egypt ke?
Quote primarikey 31-10-2024 12:33 AM
Dorg berdua ni sesuai berjodohan
Dedua perangai mcm terencat dan x tau malu
Quote pocongkiutss 31-10-2024 12:49 AM
Kesian..kalau anak patah amon ni musti ramai simpati
Quote awenda507 31-10-2024 01:14 AM
Igt comel ke buat muka gitu laki bini ni?
Quote hokeypokey 31-10-2024 06:14 AM
anak retis nampak hantu pun bleh jadi gosip ye skrg.. layan jer lahhh.. cian nayla..
Quote SANKURIANG 31-10-2024 06:22 AM
siasia replied at 30-10-2024 11:33 PM
Mungkin masa tu kau tak pakai mekap

Kalau ada butang Like...dah beribu Like aku bagi kau....kelakar tul komen kau...
Quote Hoola 31-10-2024 06:57 AM
mak pak pun post media soc  utk tatapn seluruh rkyt msua pun dh serupa hantu
mna ank pun xkinfius
Quote DukunSentet 31-10-2024 06:59 AM
primarikey replied at 31-10-2024 12:33 AM
Dorg berdua ni sesuai berjodohan
Dedua perangai mcm terencat dan x tau malu

Itulah..boleh pulak bergambar mcm terencat mcm tu dan post ke public..tak malu ke..sekugu sungguh laki bini..i syak anak deyoll ni bukan nampak hantu sebenarnya..tapi nampak mak pak yang perangai hantu.. Lol



Quote siasia 31-10-2024 07:06 AM
SANKURIANG replied at 31-10-2024 05:22 AM
Kalau ada butang Like...dah beribu Like aku bagi kau....kelakar tul komen kau...

Terlalu putih kan dia mcm x cukup darah
Quote Dorotheas 31-10-2024 08:50 AM
anilanil replied at 30-10-2024 11:54 PM
Ngaji la. Bukan ke laki dia tu cucu ustazah dr gigi egypt ke?

Quote Glass_shoes 31-10-2024 09:15 AM
awenda507 replied at 31-10-2024 01:14 AM
Igt comel ke buat muka gitu laki bini ni?

Ingat dah jd mak bapak kuranglah perangai terencatnya
Quote Skuau 31-10-2024 09:42 PM
sebelum ni pernah tak bgtau/ajar dia berkenaan dgn h.a.n.t.u.???(rupa,sifat dan perangai).
Quote dua_chzy 31-10-2024 10:28 PM
Skuau replied at 31-10-2024 01:42 PM
sebelum ni pernah tak bgtau/ajar dia berkenaan dgn h.a.n.t.u.???(rupa,sifat dan perangai).

Aiol nyampuk.

Kalau aiol, masa anak2 under 2, memang tak cerita or takutkan dengan hantu.

Meka nampak pun, aiol tak kata tu hantu. Aiol soh jangan takut ja. Bila dah masuk SK, dah reti tengok Youtube dah reti membaca etc, macam baru deol tau apa tu hantu. Pehtu dari tu juga meka dah jarang/tapenah nampak hantu.
Quote syakuntala 31-10-2024 10:54 PM
Pegi jupe ustaz la... Kesian kat anak tu


Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.057894 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top