CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya akan jernihkan keadaan sebab sayang keluarga" - Farid Kamil tidak berhenti memujuk

30-10-2024 12:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 21092| Komen: 26

 


Tidak berhenti memujuk, pelakon Farid Kamil berjanji akan menjernihkan kemelut rumah tangganya dengan isteri Diana Danielle selepas aktres itu menyuarakan hasrat untuk bercerai semalam.

Farid atau nama lengkapnya, Farid Kamil Zahari, 43, menerusi satu hantaran Instagram mengambil maklum mengenai perkara tersebut selain menegaskan masih sayangkan keluarganya.

“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan seperti semua maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya.

“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali.

“Insya-Allah doakan yang terbaik,” katanya.

Hari ini, Diana ketika dihubungi meminta orang ramai memberinya ruang.


Dalam masa sama, peguam yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan Diana sudah menberi arahan untuk meneruskan proses memfailkan perceraian terhadap Farid dalam tempoh terdekat.

Semalam, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk malah berkata janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak tertunai.

Bagaimanapun, hantaran dalam akaun media sosial itu sudah dipadam olehnya.


Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikannya adalah tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun.
 
Sumber : Hibglam, Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rainbowrainz 30-10-2024 12:06 PM
Iols ke yang purtama Komen..ehek ehek
Quote rainbowrainz 30-10-2024 12:08 PM
Dia camnilah senang cerita...x susah jugak..camtu ke...eh ye ke...ehek ehek..tacang mana tacang ..ehek ehek
Quote anilanil 30-10-2024 12:09 PM
Hang janji apa la parid? Bilik healing kembali beroperasi ke? Duit ansuran MPV sangkut ke?
Quote noor2 30-10-2024 02:40 PM
Sila bg bunga dan duit 800k pulak..double dari dulu..dan jgn lupa tunjuk kat medsoc...mesti bini ko mau terima balik untuk sementara waktu
Quote prince_marhaen 30-10-2024 03:44 PM
dah takde orang jaga line time tengah melayang ke tuwwwwwww
Quote prince_marhaen 30-10-2024 03:46 PM
nombor satu kena nasihatkan tu adik & adik ipar rempit kau yang 24jam main social media acah2 terpaling komen top fan semua pages tu....suruh dia DIAMMMMMM!!!
Quote luvcomot87 30-10-2024 03:50 PM
Ko ambik brg balik ke haaa parid!
Quote renko 30-10-2024 03:52 PM
pe masalah lagi bipolar 2 ekor ni
Quote Lily_Elizabeth_ 30-10-2024 06:49 PM
Petak muka DD.
Quote TomyamPuteh 30-10-2024 09:10 PM
Nk cepat jernih pakai tawas kalau ikut petua org dulu dulu
Quote Qatrunnadaain 30-10-2024 09:20 PM
Geli la tgk pared ni. Duk kacip mcm orang tua padahal muda je lagi. Dd better la get away from this guy once and for all. Kalau haritu dia just stay strong dgn decision dia, by now mesti dia dah move on and start healing dah. Ni kena hadap benda ni all over again.
Quote cm_vungtau 30-10-2024 09:25 PM
Takyah la offer duit dah. Kang duit habis mintak cerai balik. If it is not meant to be it is not meant to be
Quote gekkou 30-10-2024 10:35 PM
Hari ini, Diana ketika dihubungi meminta orang ramai memberinya ruang.
Bagaimanapun, hantaran dalam akaun media sosial itu sudah dipadam olehnya.



bakalan episode uturn balik ke guane?
Quote fazila17 30-10-2024 10:58 PM
noor2 replied at 30-10-2024 02:40 PM
Sila bg bunga dan duit 800k pulak..double dari dulu..dan jgn lupa tunjuk kat medsoc...mesti bini ko  ...

Farid bagi duit ke masa pujuk kali pertama dulu? Ingat bagi cincin dn bunga je
Quote CikHasanah 30-10-2024 11:43 PM
Dah tua masih tak financially stable.
Quote noor2 31-10-2024 12:29 PM
fazila17 replied at 30-10-2024 10:58 PM
Farid bagi duit ke masa pujuk kali pertama dulu? Ingat bagi cincin dn bunga je

Kaka baca mcm.ada bg duit...x pasti kut kaka salah
Quote DeLuna85 31-10-2024 12:32 PM
Awas DD kalau termakan pujuk. Jangan sia2kan kecantikkan itew
Quote kucim 31-10-2024 06:27 PM
DD ...jgn ko kena bantai sudah..kalau ya eloklah angkat kaki
Quote imanjannah 31-10-2024 07:10 PM
ahak ahak..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.111301 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top