MOSCOW – Seekor kucing paling gemuk di dunia mati beberapa minggu selepas dibawa ke sebuah pusat perlindungan haiwan di Perm, Russia untuk menurunkan berat badannya, lapor akhbar The Sun Uk semalam. Kucing jantan diberi nama Kroshik itu memiliki berat hampir 17.23 kilogram, menyamai berat seorang kanak-kanak. Ia mempunyai berat badan luar biasa kerana sering diberi makan biskut dan sup semasa menetap di ruang bawah tanah sebuah hospital. Menurut pakar veterinar tempatan, Kroshik tiba-tiba jatuh sakit dan mati beberapa jam kemudian. “Kroshik jatuh sakit dan mula tersedak. Kami bertindak segera dengan membawanya ke dalam bilik oksigen. “Keadaannya bagaimanapun semakin merosot dan gagal diselamatkan,” kata pakar berkenaan. Punca kematian Kroshik masih belum diumumkan tetapi doktor haiwan mengesahkan kucing oren itu mati akibat ‘ketumbuhan dalam limpa dan metastasis pada organ dalaman lain’. – AGENSI
Sumber : Kosmo |
Tinot7 replied at 29-10-2024 10:35 PM
Takziah kpd owner
B40tastePosh replied at 29-10-2024 11:01 PM
Stray cat dalam hospital kan.
doktor haiwan mengesahkan kucing oren itu mati akibat ‘ketumbuhan dalam limpa dan metastasis pada organ dalaman lain’
dua_chzy replied at 29-10-2024 11:06 PM
Boleh kasik makan sekampung kalau masak kari ka lemak pedas ni.
Decaffeinated replied at 29-10-2024 03:40 PM
sebuah kampung di Ho Chi Minh city
dua_chzy replied at 29-10-2024 11:51 PM
I bet rasa daging kucing mace ghaso daging arnab. Both hewan berbulu penuh lemak kan. Sebab tu had ...
mejaputih replied at 30-10-2024 01:07 PM
Rip oyen...sian dia..kalau iols nk salahkan pekerja2 hospital yg asyik bg makan kat oyen sampai oyen ...
supernaturalee replied at 30-10-2024 01:15 PM
saman pekerja hospital
nk tuduh cleaner2 tu boleh?
nurse dgn doktor xde masa nk pi basement semata ...
dua_chzy replied at 29-10-2024 11:51 PM
I bet rasa daging kucing mace ghaso daging arnab. Both hewan berbulu penuh lemak kan. Sebab tu had ...
ADVERTISEMENT