CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KKM siasat anggur Shine Muscat Thailand ada racun perosak berlebihan melebihi kadar maksimum

29-10-2024 07:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29017| Komen: 3

 


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum berhubung laporan The Thai Pesticide Alert Network (Thai-PAN) serta beberapa media tempatan berkaitan anggur Shine Muscat yang mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL).

KKM menerusi kenyataan memaklumkan pihaknya melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan keselamatan makanan termasuk makanan import berdasarkan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Katanya di Malaysia residu racun perosak dikawal di bawah Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang turut merujuk kepada standard antarabangsa Codex.

"Berdasarkan data KKM, sepanjang tempoh 2020 sehingga September 2024, sejumlah 5,561 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan import telah dianalisis bagi residu racun perosak dan sejumlah 165 (2.97 peratus) sampel telah didapati tidak mematuhi MRL.


"PKKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sayur-sayuran dan buah-buahan import yang tidak mematuhi MRL termasuk arahan penarikan balik produk di seluruh negara, pelupusan, re-eksport atau pendakwaan kes," menurut KKM.

Menurut kenyataan itu bagi buah anggur pula, sejumlah 234 sampel anggur telah dianalisa dalam tempoh tersebut (2020-September 2024) di mana 4 (1.71 peratus) telah dikesan tidak mematuhi MRL dan ia tidak melibatkan anggur Shine Muscat.

"Tindakan pemeriksaan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) pada kemasukan seterusnya dikenakan, di mana konsainan makanan tersebut wajib ditahan dan pensampelan perlu dijalankan.

"Dalam hal ini, kelulusan pelepasan di pintu masuk hanya akan diberikan sekiranya keputusan analisa mematuhi MRL yang ditetapkan.

"Larangan pengimportan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran yang berulang," katanya. 


SUMBER : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 29-10-2024 10:10 AM
Buah dari siam memang banyak diperam dgn mcm2 chemical, tapi ummah meleis hadap sgt masuk siam makanan sedap katanya. Org tua2 tak lalu masakan siam sebab apa? H
Quote fanaz82 29-10-2024 10:19 AM
banyak je supermarket jual shine muscat skrg, sebekas rm10. berebut org beli
Quote kotakbaju 31-10-2024 12:46 PM
doubleA: Buah dari siam memang banyak d ...


Lagi satu yang buah2 kering yang dijerukkan tu. Jeruk asam ke apa yang jual dalam bekas balang kecik tu. macam2 jenis ada. Dulu penah makan, memang sedap la. Tak lama tu cirit birit..serik nak makan dah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.034413 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top