CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Mohon Maaf, Saya Hanya Manusia Biasa Yang Tak Terlepas Dari Dosa" – Shuib Tunai Umrah

28-10-2024 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38048| Komen: 43

 


Sedar diri penuh kekhilafan, pelawak Shuib memohon maaf daripada orang ramai sebelum berangkat mengerjakan umrah ke Mekah bersama anak dan isteri, malam tadi.

Ujar Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhamad, 40, berkata, dia hanya manusia biasa yang penuh dengan dosa.

“Salam semua, saya mohon maaf kepada semua jika ada kekhilafan sepanjang perkenalan kita.

“Saya hanya manusia biasa yang tak terlepas dari dosa,” katanya menerusi hantaran video dalam Instagram ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam hantaran sama, bapa kepada empat orang cahaya mata itu turut meminta orang ramai mendoakan agar segala urusan mengerjakan umrah dipermudahkan dan diredai Allah.

“Doakan perjalanan umrah kami sekeluarga dipermudahkan dan dikurniakan umrah yang mabrur.

“Semoga kalian juga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat,” pintanya.



Semakan menerusi ruangan komen, selain menitipkan doa, rata-rata netizen juga berharap agar Shuib terus istiqamah dan sedikit sebanyak berubah ke arah yang lebih baik sejurus pulang mengerjakan umrah kelak.

“Semoga semuanya berjalan lancar, harapnya dapat umrah yang mabrur, balik nanti harap perangai tidak semenggah dicampak jauh-jauh,” komen seorang netizen.

“Pergi sana muhasabah diri, cuci hati moga tak terbit idea konten pelik-pelik yang boleh mengundang amarah orang ramai. Selamat mengerjakan umrah Shuib dan keluarga,” demikian komen pengguna media sosial.

Terdahulu, Shuib dihambur kecaman teruk netizen yang mempertikai tindakannya menjemput Abah Hayat yang sebelum ini terlibat dalam kes bunuh kerat lapan sebagai tetamu jemputan podcast.

Menurut segelintir netizen, Shuib disifatkan tidak menghormati sensitiviti pihak yang terlibat selepas menjemput individu tersebut. 


SUMBER : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 28-10-2024 10:08 PM
Buat senyap2 x boleh ke ibadat ni..ke mmg ke update kat medsoc dan warwarkan?
Quote MisXoXo 28-10-2024 10:15 PM
Pilihan masing2.tu socmed dia.mcm kita guna medium ni nak kecam sapa kita xsuka.begitulah dia..dia nya pilihan.d rest tu dia dan Allah aja.
Quote pocongkiutss 28-10-2024 10:36 PM
Dh bayo kwsp ke
Quote zuriey 28-10-2024 10:47 PM
Bukan je umrah ko patut pg soeb
Ko pg la belajar cara jadi manusia berotak
Quote pocongkiutss 28-10-2024 10:57 PM
noor2 replied at 28-10-2024 10:08 PM
Buat senyap2 x boleh ke ibadat ni..ke mmg ke update kat medsoc dan warwarkan?

Retis kaka..jarang nk jumpa jenis mcm amy Mastura tu..dh siap settle balik haji br bgtau..kalau yg lain semua tak menyempat nk announce
Quote Perawankota 28-10-2024 11:21 PM
Kata nama blacklisted dah.. tu elok je pi umrah
Quote slyfynx 29-10-2024 12:06 AM
Harap2 dah selesai la semua hutang dengan manusia.
Sbb nk ke tanah suci ni patut kene selesai dulu urusan dengan manusia.
Jgn pergi utk nmpk suci.
Pergi untuk sucikan diri.
Quote kerani_je 29-10-2024 12:29 AM
zuriey: Bukan je umrah ko patut pg soe ...


Belum..Klau dah bayar mcm mne nk g umrah bawak sekeluarga pulak tu..pastu mcm mne nk up nafkah byk2 kat watek tu..Sbb nk dpt layanan double triple mlm2..So better die x pyh bayor kwsp..
Quote nolya 29-10-2024 01:09 AM
zuriey replied at 28-10-2024 10:47 PM
Bukan je umrah ko patut pg soeb
Ko pg la belajar cara jadi manusia berotak

Tak baik merendah d memperlekehkan orang sebegitu. Itu rezeki dia Allah berikan. Mungkin dgn berumrah Allah akan kurniakan dia dgn fikiran yg lebih jernih, bernas serta menjadi insan yg lebih baik lagi.

Semoga Shuib sekeluarga selamat menjalani ibadah umrah, sehat selalu dn kembali ke M'sia dgn tekad yg baru. Selamat.
Quote missyL 29-10-2024 01:53 AM
Untung nye ade duit.
Bole pg umrah bile2 masa.
Quote cmf_jeangrey 29-10-2024 03:43 AM
Semoga dibukakan hati bayar kwsp pekerja..



Quote hokeypokey 29-10-2024 03:55 AM
amboii watie siap berpurdah
Quote LaskarHijayu 29-10-2024 04:47 AM
Ayyash tak ikot ehh? Ayyash tak duduk ngan dia ke? Paling jarang nampak
Quote L.U.S.M 29-10-2024 05:51 AM
Ni rombongan sendiri ke tajaan PMX?
Quote rbmy 29-10-2024 07:26 AM
pocongkiutss replied at 28-10-2024 10:57 PM
Retis kaka..jarang nk jumpa jenis mcm amy Mastura tu..dh siap settle balik haji br bgtau..kalau yg ...

lepas tu OOTD sambil bisnes tudung..

Quote Glass_shoes 29-10-2024 07:32 AM
LaskarHijayu replied at 29-10-2024 04:47 AM
Ayyash tak ikot ehh? Ayyash tak duduk ngan dia ke? Paling jarang nampak

Ayash duduk dgn mak Soeb
Quote IzzahF 29-10-2024 07:36 AM
sesi penyucian, haruslah kena announce
Quote ezzreee 29-10-2024 07:53 AM
zuriey replied at 28-10-2024 10:47 PM
Bukan je umrah ko patut pg soeb
Ko pg la belajar cara jadi manusia berotak

betol!
semua benda nak ditunggangnya hah
dia tunggang org boleh.org cuba tunggang kes dia
amboiii ngamuk teros
kwsp dia da settle blm heh.

Quote nisako 29-10-2024 08:00 AM
whatever la

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.644845 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top