Wujud salah faham dalam kalangan masyarakat berkenaan had umur yang telah ditetapkan untuk menyertai PLKN, Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari telah memberi penjelasan berkenaan isu ini. "Fokus kita tahun hadapan ialah lepasan SPM… contohnya lepas SPM tak boleh hadir sebab beberapa kekangan, (maka) dia boleh hadir hingga usia 35 tahun, itu mengikut akta." "Tetapi, fokus kita ialah pelajar lepasan SPM, saya rasa di situ ada salah faham tentang kaedah pengambilan. Memang ada keresahan. Mereka kata umur 30 sudah bekerja, tidak timbul isu, kita meletakkan akta tujuannya agar mereka diberi sedikit kelonggaran." Menurut Berita Harian, beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di sini hari ini. Menteri itu turut berkata bermula Januari tahun hadapan, sebanyak 1,000 peserta terbabit dengan PLKN dan akan ditempatkan di dua kem latihan.
SUMBER : Berita Harian, Beautifulnara |
ADVERTISEMENT