Boleh dikatakan pekerja berasal dari Bangladesh sering kali dipandang serong oleh rakyat Malaysia kerana didakwa hanyalah ‘kuli’ apabila bekerja di negara ini. Bagaimanapun, realitinya ada diantara mereka yang raih pendapatan jauh lebih banyak jika hendak dibandingkan atau disangka orang ramai. Baru-baru ini, melalui platform TikTok, seorang individu berkongsikan angka gaji bulanan yang diraih oleh sejumlah warga asing yang bekerja di Malaysia dan dapat dilihat, purata gaji minimum mereka sebanyak RM2,600 hingga RM3,500. Pendedahan yang dibuat oleh individu itu telah meraih perhatian warganet, di mana rata-rata berasa terkejut dengan angka pendapatan yang diperoleh oleh majoriti warga asing yang bekerja di Malaysia. Biarpun terkejut gaji warga asing lebih tinggi daripada mereka, ada yang berpendapat selayaknya mereka menerima jumlah sedemikian kerana kerja yang dilakukan tidaklah mudah. SUMBER : Beautifulnara |
Decaffeinated replied at 28-10-2024 11:33 PM
Ya, aku terkejut. I thought it is more.
Tinot7 replied at 29-10-2024 06:22 AM
Keje deme berat.. long hours.. rakyat mesia sanggup ka?
ADVERTISEMENT