Sejak tampil berhijab beberapa bulan lalu, rata-rata netizen memuji penghijrahan pelakon Nora Danish yang kini menutup aurat dengan sempurna. Baru-baru ini, menerusi Richman Coffee podcast, Nora ada berkongsikan pendapatnya mengenai soal cinta dan perkahwinan kerana Allah. “Bila kita kahwin kerana cinta, cinta itu yang akan melukakan anda. Kalau kita kahwin kerana Allah, jalan menuju ke Allah itu lebih indah. Kalau kita kahwin kerana cinta, cinta pada manusia itu tidak akan kekal,” katanya. Menerusi podcast itu juga, Nora berkata dia tidak pernah memandang harta kedua-dua bekas suaminya sebaliknya tertarik dengan pertawatakan mereka.
Nora berkata sebelum dia berkahwin teman lelakinya hanya orang biasa sekaligus menepis tanggapan bahawa dia wanita materialistik. “Tetapi, kalau tengok sebelum saya kahwin, teman lelaki saya semua orang biasa. Cuma kerana perwatakan mereka (bekas suami) yang buat saya tertarik. “Malah kedua-dua bekas suami yang ajak saya kahwin, bukan saya. Saya tak pernah ada kriteria untuk memilih, tak ada..dia datang sendiri,” katanya. Nora juga berkata tidak pernah mengharapkan wang daripada kedua-dua bekas suaminya sepanjang perkahwinan kerana sudah diajar dari kecil untuk tidak meminta. “Kedua-dua bekas suami saya pun boleh setuju yang saya satu sen pun tak pernah minta duit mereka. Dari kecil ibu saya ajar saya untuk jangan minta duit orang. Saya suka manjakan diri dengan duit saya sendiri,” katanya. SUMBER : Rotikaya |
OsHiN_hOnEy replied at 28-10-2024 04:20 PM
sumber one podcast
berapa thread nak bukak to cover it?
ADVERTISEMENT