|
PETALING JAYA – Tular seorang lelaki yang didakwa menipu orang ramai dengan menggunakan modus operandi sama sejak beberapa tahun dengan menyasarkan orang luar iaitu yang menggunakan nombor plat kereta dari luar Terengganu. Menerusi video yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang lelaki bermodalkan muka kesian dan ayat sedih meminta bantuan wang sebanyak RM40 kepada dua orang wanita untuk membayar bilik hotel. Lelaki itu memberitahu dia menginap di sebuah hotel bajet bersama isteri dan anak. Mereka sedang menunggunya di hotel tersebut. “Dengan izin Allah boleh tak tolong saya? Isteri dan anak saya ada kat hotel bajet. saya memerlukan RM40 untuk membayar penginapan. Saya sekarang ada RM1. “Saya bukan pengemis, saya tak paksa orang tapi kalau tak keberatan saya nak minta tolonglah,” katanya. Simpati dengan rayuan lelaki itu, kedua-dua wanita itu yang berada di dalam sebuah kerera kelihatan memberikan sejumlah wang kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendedahkan penipuan lelaki itu dan meminta orang ramai agar jangan terpedaya. “Kepada pelancong yang datang ke Kuala Terengganu, Elakkanlah bagi derma kat abang ni. Dia ni ‘kaki barang’, dapat duit beli ‘barang’. Elok sedekah kat orang yang betul-betul memerlukan,” kata h4kim3. “Pernah kena dengan dia. Masa tu dia guna cerita yang sama macam ni. Kita sedih pula bagilah duit dan beli makanan untuk dia dan keluarga. Haha rupanya kena tipu,” Kongsi QueenRaaa. “Aku pernah kena dengan orang tua ni kat depan Pasar Payang Terengganu. Ayat dia kau cairlah. Siap guna nama Allah,” kata Ayum. SUMBER : Kosmo |
Supersirap replied at 28-10-2024 08:35 AM
Muka jgnlah diblurkan, apa-apa pun, thanks for the info
done luahan hatimizruncing replied at 28-10-2024 10:23 AM
sebut pasal isu mintak sedekah ni kan.. saja la aku nak suarakan pendapat aku alang2 tengah isu pasa ...
mizruncing replied at 28-10-2024 10:23 AM
sebut pasal isu mintak sedekah ni kan.. saja la aku nak suarakan pendapat aku alang2 tengah isu pasa ...
shernazz replied at 28-10-2024 07:33 AM
Iols mmg tak layan..
Sebab iols datang nak makan makanan kat kedai..
Takde nak bg derma2 bagai neh ...
ngan org oku jual keropok 3 rm10.. padahal 1 kopok tu x smpai 2 hengget pon. tp ku support jelahh. ngan adik2 yg jual rojak 2 3 kali dtg kat aku.. aduhhh kacau sungguh nak healing2 tepi pantaisukacactus replied at 28-10-2024 07:40 AM
Potong kan
Ntah la taraf empathy aku tak berapa nak tinggi kot, selalu aku geleng je ckp sorry kal ...
mizruncing replied at 28-10-2024 10:23 AM
sebut pasal isu mintak sedekah ni kan.. saja la aku nak suarakan pendapat aku alang2 tengah isu pasa ...
sumpah akak tak rasa apa2 sis. 
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.113069 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.