Sekadar info buat orang ramai, kerajaan telah mewajibkan mana-mana kenderaan asing dari Singapura untuk mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) sejak 1 Oktober lalu. Peraturan tersebut dilaksanakan bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi segala peraturan jalan ketika berada di Malaysia. Difahamkan melalui penjelasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, undang-undang tersebut dilaksanakan di dua pintu masuk kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura. Dalam hantaran tular yang dimuat naik di Facebook, baru-baru ini, dapat dilihat cara tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berfungsi. Hantaran tersebut memaparkan sebuah kenderaan dikenakan denda dan rekod saman dari PDRM dipaparkan di papan tanda LED.
Biarpun ada yang menyambut baik pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan itu, tetapi ada juga sesetengah rakyat Singapura yang meluahkan rasa kesal dan berpendapat ia menyusahkan mereka untuk masuk ke Malaysia. Bahkan ada yang bersuara dengan menyatakan bilangan warga jiran yang akan berkurangan datang ke Malaysia jika sistem ini diteruskan. Sebelum ini dilaporkan sebanyak RM3.5 juta saman trafik yang tertunggak daripada warga Singapura ketika berada di Malaysia. SUMBER : Beautifulnara |
Bahkan ada yang bersuara dengan menyatakan bilangan warga jiran yang akan berkurangan datang ke Malaysia jika sistem ini diteruskan.
RosieRosie replied at 26-10-2024 11:10 AM
Tehtapppp jua korg beramai2 masuk
Cheap cheap cheap
makciktijah replied at 26-10-2024 03:14 PM
Malaysia ni baik sangat. patutnya kenakan saman kat dorang bersamaan dgn SGD. pastu kalau tak bayar, ...
ADVERTISEMENT