CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thailand Bakal Kenakan Cukai Sebanyak 300 Baht (RM39) Seorang Kepada Pengunjung Yang Gunakan ‘Air Travel’

26-10-2024 12:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 94947| Komen: 14

 


Thailand telah merancang untuk mengenakan cukai kepada para pengunjung yang ingin memasuki negara itu bermula dengan pengunjung yang menaiki penerbangan.

Memetik dari BFM News, Kementerian Pelancongan Dan Sukan negara itu telah mengeluarkan kenyataan berkenaan cukai yang bakal dikenakan iaitu sebanyak 300 Baht atau sekitar RM39 seorang.

Menterinya, Sorawong Thienthong berkata cadangan ini akan dibawa ke mensyuarat kabinet pada Januari 2025 untuk mendapatkan kelulusan dari semua pihak.

Cukai tersebut dijangka akan mengambil masa enam bulan untuk diperhalusi dan sekiranya mendapat kelulusan, maka kerajaan akan membina satu sistem yang mana pengunjung perlu membayar seara atas talian terlebih dahulu sebelum memasuki negara tersebut.

Dikhabarkan, fasa pertama akan melibatkan pengunjung yang menaiki kapal terbang untuk memasuki Thailand dan fasa kedua pula melibatkan pengunjung yang memasuki negara itu melalui jalan darat.


Menurut kementerian tersebut, pengunjung yang memasuki Thailand dengan jalan udara akan menyumbang kepada 70 peratus jumlah pelancong yang memasuki negara jiran itu pada tahun ini.


SUMBER : BFM NEWS, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 26-10-2024 11:12 AM
Yg ramai g sana naik bas rombongan cik kiah.. ikut darat  x yah bayo rm39...selamat ..alhamdulillah ..kata travel agency percutian2 budget hi hi
Quote dua_chzy 26-10-2024 11:47 PM
rosmahisham: Yg ramai g sana naik bas rombo ...


Deol is considering fasa 2 untuk mintak cukai kemasukan darat skalik.
Quote ninnamina 26-10-2024 11:59 PM
Masuk ikut jalan darat pun kene ‘cukai’ jugak sekepala rm1@2 baru dia pulangkan passport kita.
Quote Imkhai 27-10-2024 12:58 AM
Nasib dh gi sana sblm covid ari tu puas la jln2 sana huhu
Quote green~tea 27-10-2024 01:07 AM
Tak pernah masuk telen ikut jalan darat.. teringin sebenornya tp mcm leceh je..

39 inggit tu kira ok je lah
Quote TeropongThaico 27-10-2024 11:04 PM
Merempan le SIL aiol nnt
Quote Tinot7 27-10-2024 11:27 PM
Ok la.. asalkan bkn caj setiap hari di sana..

Quote axl_bach 28-10-2024 12:03 AM
rosmahisham replied at 26-10-2024 11:12 AM
Yg ramai g sana naik bas rombongan cik kiah.. ikut darat  x yah bayo rm39...selamat ..alhamdulillah  ...

Jalan darat 50% x salah.... So maybe dlm rm20
Quote B40tastePosh 28-10-2024 12:58 AM
rosmahisham replied at 26-10-2024 11:12 AM
Yg ramai g sana naik bas rombongan cik kiah.. ikut darat  x yah bayo rm39...selamat ..alhamdulillah  ...

Meols antara yg pergi rombongan Cik Kiah ke Thailand tahun lepas
Quote jejaka_hensem 28-10-2024 04:54 AM
Iols masih lagi belum tergerak hati utk ke thai sana.
Tengok cara dorang masak mcm kotor je,takut sakit perut cirit birit muntah hijau
Quote pokokmeranti 28-10-2024 08:44 AM
PERTAHANKAN PALESTIN.....jgn subahat dgn Thailand....xkan setakat boikot McD, KFC dan setaranya je berani
Quote lurve82 28-10-2024 09:02 AM
aku nk g nanti naik train dr butterwoth-bangkok
Quote Dwdrum 28-10-2024 09:12 AM
Travel tax ini bukan baru... Cuma care enforce saja berbeza malaysia juga.. Ada departure tax sebagai travel tax...
Quote fanaz82 29-10-2024 10:38 AM
org malaysia kaya. setakat rm39 celah gigi diorang bayar..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.183717 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top