CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tidak semua penyondol itu bersalah dan tidak semua yang disondol itu juga bersalah" - Fazley Yaakob

25-10-2024 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 63507| Komen: 68

 


Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berpendapat isu orang ketiga dalam rumah tangga adalah pilihan individu sama ada mahu membenarkan masuk dalam keluarga atau menolak.

Memetik Astro Gempak, Fazley berkata gangguan itu adalah biasa namun baginya tidak semua penyondol bersalah dan tidak semua yang disondol bersalah.

“Pilihan itu ada pada kita. Kalau kita nak diganggu, kita benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tetapi jangan kita letak ketepi memang ada rumah tangga yang bermasalah.

“Tidak semua penyondol itu bersalah dan tidak semua yang disondol itu juga bersalah kerana dalam rumah tangga ada elemen-elemen yang tidak diceritakan pada orang luar.

“Jadi mungkin apabila memilih untuk mencari insan ketiga, mencari kebahagiaan, pada saya adalah penting untuk kita faham situasi tersebut secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol, yang disondol atau pun menyalahkan isteri atau suami dalam keterlibatan masalah rumah tangga tersebut,” katanya.


Sementara itu, Fazley juga menyarankan kepada pasangan diluar sana apabila berlaku masalah ambil masa untuk mengingati kembali detik indah percintaan dan mula-mula bertemu.

“Kalau yang sudah ada anak, yang sudah berkahwin lama, ingatkan tempoh percintaan pertama kenapa kita jatuh cinta dengan pasangan kita.

“Setiap pasangan ada kelemahan… tetapi kalau kita dapat cari satu titik persamaan yang pernah wujud satu ketika dulu, insya-Allah percintaan, perkahwinan hubungan itu kekal walaupun ada gangguan,” katanya.

Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 26-10-2024 12:06 AM
dia nak ckp apa sebenarnya? konpius
Quote AWEKSAMURAI 26-10-2024 12:09 AM
bintangct replied at 26-10-2024 12:06 AM
dia nak ckp apa sebenarnya? konpius

Dia nak ckp yang umahtangga dia d sondol tp penyondol x salah rela di sondol lah kot sbb dh bosan dgn bini atau bini dia bosan dgn dia hahah
Quote bintangct 26-10-2024 12:12 AM
AWEKSAMURAI replied at 26-10-2024 12:09 AM
Dia nak ckp yang umahtangga dia d sondol tp penyondol x salah rela di sondol lah kot sbb dh bosan  ...

hahaha ada je benda dia ni cuba nak up diri dia Dah la kertu
diam² je dah la fazli oii
Quote slyfynx 26-10-2024 12:13 AM
Ko sape nk sondol or menyondol?
Ewww
Quote AWEKSAMURAI 26-10-2024 12:21 AM
bintangct replied at 26-10-2024 12:12 AM
hahaha ada je benda dia ni cuba nak up diri dia Dah la kertu
diam² je dah la fazli oii

Elok lah pi masak2 je hahaa
Quote pocongkiutss 26-10-2024 12:21 AM
Penyondol sejantina bagaimana pula?
Quote cikchronology 26-10-2024 12:22 AM
luar kotak pemikiran betul kata2 hikmah ni
Quote awenda507 26-10-2024 12:23 AM
Penyondol tetap penyondol
Quote kucim 26-10-2024 12:24 AM
Ajaran sesat wak Li
Jom ramaikan penyondolan
Quote bintangct 26-10-2024 12:27 AM
AWEKSAMURAI replied at 26-10-2024 12:21 AM
Elok lah pi masak2 je hahaa

haa kan.. better la improve skill masak dia
ini tidak dok tayang peha plak adoii mcm cepwan zmn muda hehe
Quote AWEKSAMURAI 26-10-2024 12:45 AM
bintangct replied at 26-10-2024 12:27 AM
haa kan.. better la improve skill masak dia
ini tidak dok tayang peha plak adoii mcm cepwan zmn mu ...

Dulu dia masa muda menawan jgk mai tua dh mcm Charlie Chaplin aku tgok
Quote lilacomot 26-10-2024 12:52 AM
Duda ni xde sape ke nk buat content sesama
Quote hokeypokey 26-10-2024 03:25 AM
so ko cerai sbb penyondol lah eh??? Beria si misai kontot ni backup sbb dia yg buat hal kan??? Kalau bini buat hal bukan camni ayatnya.. Yg aku nk tau penyondol tu laki ke pompuan???
Quote SR4tahun 26-10-2024 04:09 AM
Iols kalau tgk dia ni iols happy dia tak kawin dgn tokti, tak kisah mmg bercinta or not. Iols rengsa tgk video bts royal albert hall siti tu ada dia senyum2 kat siti. Mcm laki gatal hahah (tp apa beza dgn tokK ye dakk)

Quote AWEKSAMURAI 26-10-2024 09:28 AM
SR4tahun replied at 26-10-2024 04:09 AM
Iols kalau tgk dia ni iols happy dia tak kawin dgn tokti, tak kisah mmg bercinta or not. Iols rengsa ...

Masa tu dia okey lagi cuma x berduit sgt sbb tok k menang kat situ
Quote RosieRosie 26-10-2024 09:36 AM
Menimbulkan isu penyondolan sedangkan sebelum ini tiada pun yg mengaitkan penyondolan di dalam kes mu? Kelihatannya menggunakan deflection tektik?
Quote imransulaiman 26-10-2024 10:18 AM
Engkau tu level TORON!


Sekian.
Quote Qatrunnadaain 26-10-2024 12:27 PM
Mmg gatal pun dia ni… ada orang cakap dia (perempuan) pergi jogging kat ttdi and si wak li ni ada sekali jogging dgn mak dia, asyik kali tgk kat perempuan yang jogging ni.. ni before dia kahwin la time tu
Quote makciktijah 26-10-2024 02:58 PM
dua perenggan akhir tu dia tak praktik ke dgn adik sayang?

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.101461 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top