CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu sijil halal: Teresa saman Dr. Akmal

25-10-2024 11:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 67910| Komen: 123

 

KUALA LUMPUR – Naib Presiden DAP, Teresa Kok Suh Sim memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berhubung isu sijil halal.

Teresa selaku plaintif mengemukakan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners dengan menamakan Dr. Muhamad Akmal selaku defendan tunggal di Mahkamah Tinggi Melaka pada Isnin lalu.

Sebelum ini kemelut antara mereka timbul selepas Teresa mendakwa, pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran, bukan dilaksanakan secara paksa.

Beliau dipetik mendakwa, cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan serta beban kepada perniagaan kecil.

Ekoran itu, menerusi satu hantaran video di Tik Tok, Dr. Muhammad Akmal melabelkan Teresa sebagai ‘nyonya tua’ dan tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.


Beliau turut meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampal di dahi pemimpin DAP itu.

Sebelum ini, peguam Datuk Sankara Nair yang mewakili plaintif berkata, berdasarkan dokumen surat tuntutan (LOD), kenyataan fitnah dalam video di aplikasi sosial, telah merujuk anak guamnya secara langsung dan tidak langsung, dengan gelaran yang jelik.

Katanya, pemimpin DAP itu mendakwa, setakat September lalu, rakaman tersebut telah ditonton lebih 720,500 kali, dengan tanda suka sebanyak 75,000, 9,314 komen, 6,162 kegemaran dan sejumlah 8,784 perkongsian.

Kenyataan itu kemudian diterbitkan semula melalui pelbagai saluran media sosial termasuk portal berita.

Beliau berkata, ulasan berkenaan adalah palsu, melampau, keterlaluan, keji dan mengelirukan termasuk mencemarkan nama baik anak guamnya secara serius.

Justeru Teresa menuntut pampasan, ganti rugi am, teruk dan teladan terhadap Dr. Muhamad Akmal selain memohon injunksi untuk menghalang Akmal daripada terus menyebut, menulis atau menerbitkan perkataan yang memfitnahnya serta relif lain yang difikirkan adil serta sesuai oleh mahkamah.

Terdahulu Teresa dilaporkan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang selepas mendakwa Dr. Muhamad Akmal mahu menampal logo tidak halal pada dahi ahli Parlimen daripada DAP tersebut.

Kemudian Dr. Muhamad Akmal dalam satu hantaran media sosialnya pula menyatakan beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucim 26-10-2024 12:37 AM
Bila bercakap mengikut emosi..
Quote nolya 26-10-2024 11:42 PM
I sokong bila Ms T Kok nak saman Akmal.  Melayu Islam tapi sombong-angkuh, mulut celupar tidak perlihatkan akhlak seorang pemimpin Islam yg boleh dibanggakan. Khayal ke dgn jawatan, pangkat dn gelaran?
Quote Skuau 26-10-2024 11:48 PM
nolya replied at 26-10-2024 11:42 PM
I sokong bila Ms T Kok nak saman Akmal.  Melayu Islam tapi sombong-angkuh, mulut celupar tidak perl ...

Teresa kok pon 'tak ikut' Islam...
Quote nurshima 27-10-2024 12:04 AM
Nyonya tua bercakap benar, yg Dr Akmal tu cakap mcm org mabuk dah kenapa, memalukan org Islam lain.
Quote likilu 27-10-2024 12:15 AM
Teresa bijak, bermutu, cantik, serba boleh, sentiasa betul, disayangi ramai dan kebanggaan negara

Done reply hehe
Quote terma2nkondisi2 27-10-2024 01:28 AM
akmal saleh dan teresa kok ni asyik bergaduh je.. entah2 boleh jadi berjodohan nanti
Quote nolya 27-10-2024 03:34 AM
Skuau replied at 26-10-2024 11:48 PM
Teresa kok pon 'tak ikut' Islam...

T Kok bukan  muslim,  of course dia tak ikut Islam lah.
Quote nolya 27-10-2024 04:02 AM
likilu replied at 27-10-2024 12:15 AM
Teresa bijak, bermutu, cantik, serba boleh, sentiasa betul, disayangi ramai dan kebanggaan negara

D ...

Everybody must remember to treat people the way U want to be treated. Talk to people the way U want to be talked to. Respect is earned, not given or demanded. Itu rukun akhlak yg harus diikuti semua.
Quote cmf_jeangrey 27-10-2024 04:50 AM
Celupar sgt dan emotional mcm org meroyan ..wpun kau x setuju, argue la dgn cara terpelajar sesuai gelaran doctorate kau..she was just giving her opinion, bukan terus kena execute budak sekolah pun faham benda ni..belajar dari Tun M tu ha, kena serang lagi hebat dulu, kini selamanya tapi cool dan charismatic all the time





Quote rainbowrainz 27-10-2024 05:07 AM
Dasar kapir laknatullah..agama die x ade sekor pun nak bz body..agama islam pulak ko sebokkan..dasar kapir laknatullah..ko pergi mandilah Teresa.. busuk semacam je iols tengok ko
Quote espri6006 27-10-2024 07:51 AM
selayaknya nyonya Tua tu dihambur kata2, asyik nak mencampuri urusan islam je...Islam tak pernah mancampuri urusan budha,,terpaling budha lah sangat
Quote TomyamPuteh 27-10-2024 07:54 AM
Moga cock Theresa makin membesar
Quote RosieRosie 27-10-2024 07:59 AM
Apa tuntutan dlm LOD tu?adakah minta ganti rugi sebab terminologi 'nyonya tua'
Quote Skuau 27-10-2024 09:04 AM
nolya replied at 27-10-2024 03:34 AM
T Kok bukan  muslim,  of course dia tak ikut Islam lah.

"wa suka u cakap...manyak betul...wa tak payah ikut islam...suka wa punya cara cakap,buat,wa bukan islam...tapi u mesti mau cakap,buat serupa islam olang...harap semua Mulayu islam ikut u punya cakap"-Ah So Lor.
Quote MissYouSayang 27-10-2024 09:13 AM
Ahso tua ni mmg dari dulu anti halal..padahal halal tu dituntut dalam islam...walanon yg beragama islam mmg bangang dok bekap ahso tua ni. Halal haram pon x reti nak beza...
Quote TomyamPuteh 27-10-2024 09:40 AM
Time nk pancing undi reti pulak letak tudung atas kepala, pakai baju kurung. Cock betul la
Quote nolya 27-10-2024 10:45 AM
Skuau replied at 27-10-2024 09:04 AM
"wa suka u cakap...manyak betul...wa tak payah ikut islam...suka wa punya cara cakap,buat,wa bukan ...

Sila faham, non-muslims tidak terikat dgn aturan Islam akan tetapi jika mereka mau mengamalkan kerukunan Islam dlm kehidupan, itu sangat dialu2kan. Pun begitu, aturan hidup perlu diperhati agar tidak mencetuskan huru-hara, memporakperandakan perpaduan dn kedamaian. Muslim or non-muslim, keyakinan beragama adalah hak masing2 yg perlu dihormati. Allah sendiri pun tidak memaksa, maka jgnlah ada yg merasakan mereka lebih perkasa. Didikan Islam tidak mengajarkan sedemikian.

Islam is a Way of  Life. Kenapa dikatakan begitu kerana pada setiap hubungan dn interaksi, Islam dahulukan niat yg berbekal baik sangka, muhibbah dn sikap bersilaturahim. Islam melarangnya sesuatu yg boleh mencetuskan perbalahan, persengketaan, pergaduhan, mengejek2 apalagi mengaibkan seseorang. Dlm ilmu Tasauf dn juga Akhlak, (perkara Suluhan Budi), ada ditekankan untuk menjaga lidah: Jagalah Lidahmu kerana sayatanya lebih tajam dn pedih dgn kalimat yg tidak cermat. Tak ada manusia yg suka disakiti dgn ucapan yg menghina, mencela, memperlekehkan, maka apa yg kita tak suka, jgn pula kita lakukan kpd yg lain. Kenapa tak ingin terapkan rasa  segan, hormat dn bersahabat sesama insan. U tak perfect, so do I,  maka tak wajar merasakan diri lebih baik, lebih pintar, lebih bernas drp orang lain, apa lagi menggelar2 di khalayak ramai. Namun, kononnya merasakan diri sbg orang yg bijak, bersijil/berijazah, bergelar, semurni mana nilai pekerti yg mau diperlihatkan. Sesama manusia saja banyak yg dislike, apakah Tuhan juga sudi?




Quote B40tastePosh 27-10-2024 10:56 AM
Keturunan Nair dengan Kok tu...dua dua keturunan yang diberikan Neutralisasi oleh Sultan2.
Quote Samerosie 27-10-2024 11:05 AM
Si akmal ni makin lama iols tengok pipi makin pau mukut mata huding makin kecil.  Badan dah naik mcm tilam.

Sikit2 nak sentap sikit2 nak royan, dia kut yg nyonya tua.

Lihat semua komen(123)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 1.296677 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top