CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sekarang ini saya pergi mana-mana, semua orang panggil saya tauke kambing" - Fattah Amin

25-10-2024 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 52060| Komen: 17

 


Muncul buat kali kedua dalam siaran langsung produk kambing perap, pelakon Fattah Amin tidak kisah apabila ada pihak yang menggelarnya sebagai tauke kambing.

Kata pemilik nama penuh Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, bukan sahaja gelaran, ada juga yang menyangka dia kini sudah bekerja sepenuh masa sebagai usahawan kambing perap.

“Sekarang ini saya pergi mana-mana, semua orang panggil saya tauke kambing. Mereka siap tanya malam ini saya tak jual kambing ke (dalam TikTok).

“Mereka puji sebab jual kambing perap laku.

“Sehingga hari ini, saya pergi mana-mana, orang ingat saya kini jual kambing perap sepenuh masa,” katanya dalam siaran langsung TikTok hari ini.

Dia bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan tanggapan orang ramai malah menegaskan menjual kambing perap adalah satu kerja yang halal.

“Tapi saya tak kisah. Asalkan saya cari rezeki yang halal.



“Jangan kisah apa yang orang fikir. Kena jual kambing, lembu atau ayam, tak mengapa, asalkan penting saya cari rezeki,” ujarnya.

Dalam pada itu, bintang filem Mat Kilau itu memberitahu tugasnya dalam siaran langsung hanya untuk membantu menaikkan jumlah jualan bisnes kambing perap tersebut.

“Saya pun tidak tahu bila akan muncul dalam siaran langsung lagi. Mereka jemput saya untuk naikkan jumlah jualan.

“Kalau stok tak habis, mungkin tak akan panggil lagi dan mungkin sampai di sini sahaja,” katanya lagi.

Fattah juga memberitahu dia enggan muncul terlalu kerap dalam siaran langsung tersebut kerana risau orang ramai bosan.

“Ini adalah sesi siaran langsung terakhir saya. Saya takut anda bosan tengok saya ‘live’ kerap sangat.

“Nanti ada pula yang kata, ‘tak payah la tengok lagi, asyik-asyik Fattah je,” tuturnya.

Difahamkan, identiti pemilik jenama kambung perap tersebut iaitu Pak Mat juga akan didedahkan pada malam ini.


Hari ini, siaran langsung tersebut mencatat 76,000 jumlah tontonan dan 18 juta tanda suka.

Menerusi siaran langsung pertama pada 17 Oktober lalu, mereka berjaya meraih 100,000 tontonan dan 44 juta tanda suka. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Miss_LoveLeen 25-10-2024 11:47 PM
Memanchor bersinor muka duda hot ni. Filter ke ori nih?
Quote bottompro 25-10-2024 11:54 PM
Miss_LoveLeen: Memanchor bersinor muka duda h ...


Sekilas pandang dh tahu filter chuols. Gigi putih sepuk mcm pakai venerr
Quote apedehal 25-10-2024 11:58 PM
Knp bintang filem mat kilau knp xtulis bintang filem Awang..lols wartawannya pun xbuat research ke...btw regsa betul kat mana2 tiktok filter muka da mcm rupa alien
Quote MatDeghem 26-10-2024 12:06 AM
Jual muka..hiburkan acik2 tiktok keledek. Dapat kaup pulohan ribu ringgit. Syabbasss...

Kalau sales drop tak di jemput lagi. Apa lagi ayohh beli jgn tak beli.
Quote OyaTonggek 26-10-2024 01:49 AM
Masa live tt dgn ex-wife mencari rezeki xde pulak extrovert mcm ni...chighitttt!
Quote miss_strangers 26-10-2024 02:16 AM
Bakal icon  Jutawan Malaysia...xlama lagi boleh jadi Menteri Perdagangan Malaysia. Haibat yahamat
Quote miracle_forever 26-10-2024 04:18 AM
oppps! salah masuk. ni benang acik3 tersakiti
TT oiiii lenkali letak kat title thread ni utk pengikut bani janda
Quote arwenlotr 26-10-2024 04:35 AM
OyaTonggek replied at 26-10-2024 01:49 AM
Masa live tt dgn ex-wife mencari rezeki xde pulak extrovert mcm ni...chighitttt!

Kannnn malu2
Quote Lampuled 26-10-2024 10:53 AM
Lepas ni cuba buat life jual ikan segar sekinchan pulak. Dah ada kelebihan boleh tarik crowd tu elok la guna betul² cari rezeki halal. Duduk diam peram pun makin hilang potensi. Rupa pun bkn selamanya kekal. Tak payah terjebak dgn gaya hidup old money.
Quote kurungpahang 26-10-2024 12:26 PM
Harap semalam last bamtah job dengan pakmat.
Tak nak la tengok bamtah terlompat lompat dengan ica una tu..dah mcm bukan bapak org dah. Lagi satu tak suka tgk bamtah rapat rapat muka kt screen sambil pujuk customer guna ayat selesa tak selesa tak saya dekat dekat muka kat screen ni tidakk bamtah. Jangan buat camtu lagi, rasa cringe bamtah bukan merqeen atau amir ahnaf tau. Bamtah tu bapak budak dah. Muka henseng elok sgt dah tu, tak payah lagi promote camtu..sorry bamtah. Jaga level bamtah as daddy nyamma tau
Quote ezacbee 26-10-2024 02:54 PM
Pedulik hapa orang kata. Sauk je selagi keledek2 suka.. Nanti bila keledek2 dah xsuka, ko dah kaya raya.. Hari2 boleh bagi duit raya..
Quote figurae 28-10-2024 09:42 AM
hidup daddy keledek
Quote MadameOnion 28-10-2024 10:53 AM
abedol kamben
Quote dua_chzy 28-10-2024 11:32 AM
kurungpahang replied at 26-10-2024 04:26 AM
Harap semalam last bamtah job dengan pakmat.
Tak nak la tengok bamtah terlompat lompat dengan ica un ...

That's the real Fattah. Kasik chan la fefeling gatal merenyam duda terhot pasaran. Baru lepas bebas kan.
Quote mamapea 28-10-2024 11:41 AM
masa dgn ex dulu malu2 nk masuk live ex...skrg ni blh pulak terkinja2...itu yg acik2 keledek nak...
Quote electricopop 28-10-2024 03:29 PM
Semoga sukses Fattah!
Quote MatDeghem 28-10-2024 04:41 PM
kurungpahang replied at 26-10-2024 12:26 PM
Harap semalam last bamtah job dengan pakmat.
Tak nak la tengok bamtah terlompat lompat dengan ica un ...

dapat pulohan ribu ringgit ok!! acik2 keledek tiktok terhibur....Semua dah block calendar ,Jumaat at 8pm. Riang ria bersama Fattah. hastag Fattah milik kami.



Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.094690 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top