CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang miskin beli barang murah kena cukai, orang kaya beli barang mahal tak kena - Tan Sri Muhyiddin

25-10-2024 12:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39608| Komen: 18

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas dasar kerajaan yang disifatkan songsang ketika mempersoalkan status pelaksanaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT).

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional membangkitkan status HVGT yang sepatutnya dilaksanakan tahun ini.

"Kita tak dengar apa-apa berita lagi mengenainya. Adakah ditangguh atau dibatalkan? Sedangkan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barangan bernilai rendah sudah dilaksanakan sejak Januari lalu.

"Ini seolahnya orang miskin yang membeli barangan murah dikenakan cukai, orang kaya yang membeli barangan mahal tak dikenakan cukai. Ini satu dasar yang songsang," katanya.

Pelaksanaan HVGT sebelum ini dirancang untuk dikuat kuasa pada tahun ini seperti diumumkan dalam Belanjawan 2024 tahun lalu, bagaimanapun ia dilaporkan ditangguhkan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Julai lalu dilaporkan berkata penangguhan itu memberi ruang bagi memperkemas dasar dan perundangan berkaitan supaya pelaksanaannya nanti teratur, cekap, dan selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.

Sementara itu Muhyiddin turut menggesa kerajaan mempertimbangkan semula keputusan penyasaran subsidi petrol RON95.

Katanya, keputusan itu dikhuatiri menyebabkan harga barangan meningkat.

"Dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang tinggi dan harga barang melambung, kerajaan tarik subsidi dan naikkan cukai.

"Kesan langsung daripada tindakan ini ialah harga barang akan menjadi lebih mahal dan beban yang ditanggung oleh rakyat

semakin berat," katanya.

Beliau berkata dengan kadar inflasi dijangka meningkat antara dua hingga 3.5 peratus pada tahun hadapan, kerajaan perlu menimbang semula dasar rasionalisasi subsidi.

"Jika subsidi petrol RON95 ditarik pada tahun hadapan, saya pasti kesan berantainya akan dirasai oleh rakyat. Walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa hanya golongan T15 yang akan membayar lebih.

"Tetapi siapakah golongan T15 ini? Berapa jumlah mereka? Adakah mereka ini golongan maha kaya?" katanya.

Muhyiddin turut membantah penarikan subsidi pendidikan di sekolah berasrama penuh terhadap keluarga T15, jika kerajaan meneruskan rancangan penghapusan subsidi RON95.

"Sudahlah mereka terpaksa membayar harga petrol yang lebih mahal bermula tahun depan, mereka juga terpaksa membayar lebih untuk pendidikan anak-anak di asrama penuh.

"Seeloknya, hal pendidikan untuk anak-anak ini janganlah diganggu," katanya.

Sumber: Berita Harian

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 25-10-2024 12:20 PM
Contoh org kaya beli brg xkena cukai? Aku rasa diaorg beli brg basah kena cukai mcm kita jugak kan?
Quote Buritan 25-10-2024 01:54 PM
Sama laa kome  dua dua pihak jahak.. dua dua pihak penipuu..laki aku naik pgkt adele lebih skit duit.. cdg nak beli toka second hand utk anak pi u.. bg moto lg aku takut..ujung ujung kensel sbb petrol udah nak naik rege . Subsudi dah nak tarik.. time kacihlaa nuart nyusahkan aku
Quote jebatmaspunyer 25-10-2024 03:23 PM
Iolls still x faham apa y si Nuar ni dengki dengan golongan "maha kaya". Golongan ni jugak kan y byk bayar cukai. Biarlah nak merasa subsidi petrol.. Yang kerajaan kena fokus betul2 adalah control pergerakan warga asing. CIpta mekanisme yang membolehkan hanya warganegara saja y boleh merasa subsidi.

Yang golongan 2juta yang masuk tak keluar2 tu apa tindakan? Tu pun makan subsidi banyak tu, mostly bukan taxpayer.

Once dah dapat tangani isu ketirisan subsidi kepada warga asing, barulah fokus internal issues.

Quote green~tea 25-10-2024 03:59 PM
Aku tak paham la apa yang muhyidin cuba merintih ni...
Quote fanaz82 25-10-2024 04:06 PM
define dulu golongan T15 ni
Quote gangerina 25-10-2024 04:55 PM
comel je pagi tadi TS amik gambar dgn player kat tee box lpga...
Quote Firenzza 26-10-2024 06:57 PM
Ko pun sama la wak yidin, time pkp ko pi naikan cukai tnh, pintu, iwk, ....tu pun org miskin terjejas juga ko buat x kisah
Quote zuriey 26-10-2024 07:20 PM
Firenzza replied at 26-10-2024 06:57 PM
Ko pun sama la wak yidin, time pkp ko pi naikan cukai tnh, pintu, iwk, ....tu pun org miskin terjeja ...

Jgn di lupa ayam 14/kg
Minyak botol rm50
Quote green~tea 26-10-2024 07:22 PM
fanaz82 replied at 25-10-2024 04:06 PM
define dulu golongan T15 ni

Deme kata... income household 22k sebulan T15
Quote RosieRosie 26-10-2024 08:22 PM
Udahnya masing2 malu nak uturn ke GST. Hakikatnya, GST plg simple boleh mencukai sugar baby dan mereka yang tiada income tapi berbelanja like no tomorrowww serta nunjuk2.

Pengakhirannya, terpaksa le mencipta kaedah lain utk lifestyle tax demi nak menambah kantung negara selaras dgn formula pakar ekonomi terpaling ekonomi negara
Quote najib888 26-10-2024 08:30 PM
msdummy.2018 replied at 25-10-2024 12:20 PM
Contoh org kaya beli brg xkena cukai? Aku rasa diaorg beli brg basah kena cukai mcm kita jugak kan?


Beli EV kan dapat tax exemption. Orang miskin tak mampu beli kereta EV yang berharga 100k lebih.
Quote emera 26-10-2024 08:33 PM
green~tea replied at 26-10-2024 07:22 PM
Deme kata... income household 22k sebulan T15

Quote green~tea 26-10-2024 09:06 PM
emera replied at 26-10-2024 08:33 PM

Sian kan... belum potong tax keperluan  anak2, rumah plak mahal.. MPV mesti 100k.. tiba2 kena tuduh as mahakaya
Quote rainbowrainz 27-10-2024 05:45 AM
Apa nak heran zaman mulkan jabariyyah...
Quote ultra78 27-10-2024 08:02 AM
najib888 replied at 26-10-2024 08:30 PM
Beli EV kan dapat tax exemption. Orang miskin tak mampu beli kereta EV yang berharga 100k lebih.

Lagi satu bil elektrik rate sama utk semua orang. Bezanya cuma pada penggunaan sahaja. Kerajaan buat assumption bahawa golongan mahakaya mesti pakai banyak elektrik sebab rumah besar. Tak semestinya. Dan golongan mahakaya ini juga dapat subsidi elektrik. Bila pasang charger sendiri di rumah,mereka juga dapat nikmati subsidi elektrik untuk kereta EV mereka to a certain point.
Quote najib888 27-10-2024 09:28 AM
ultra78 replied at 27-10-2024 08:02 AM
Lagi satu bil elektrik rate sama utk semua orang. Bezanya cuma pada penggunaan sahaja. Kerajaan bu ...

Ya.. rate TNB sama je utk semua semenanjung ni.. the best is, kalau betul2 nak bagi dan tak nak bagi subsidi bahan api ni, salah satu kaedah adalah review balik rate electricity charge per kWh. Rumah besar bak istana sama je rate kWh dengan rumah kampung. Yang untungnya orang2 kaya, sebab (1) depa mampu untuk pasang solar photovoltaic untuk generate energy. (2) depa mampu untuk beli peralatan yang jimat elektrik, rating 5 Star ST (inverter technology etc) yang mana energy efficient appliances ni mahal dari biasa.

Tapi kesannya, besar jugak. Ntah la, biar la depa2 yang ada kuasa tu berpikir pulak.. Jilat balik la ludah tu, laksanakan ABCD GST
Quote Decaffeinated 27-10-2024 07:16 PM
Misleading giler statement wak ni.

Yang dibeli oleh orang miskin spt barang2 keperluan tu seperkara, yang juga dibeli oleh orang kaya.

On top of that orang kaya beli lagi barang2 mewah lain macam beg LV, jam Rolex etc sambil merancakkan ekonomi yang orang miskin tak buat.

Apa masalah?
Quote fatinandreanna 27-10-2024 11:52 PM
jebatmaspunyer replied at 25-10-2024 03:23 PM
Iolls still x faham apa y si Nuar ni dengki dengan golongan "maha kaya". Golongan ni jugak kan y byk ...

Cara PMX ni nampak macam his policy is to punish them.

Betul point u tentang ketirisan subsidi oleh warga asing. Yg ni PMX patut cari jalan untuk settlekan. Saya fikir mungkin dah sampai masa each of foreign workers dikenakan cukai dengan rate yg berbeza dgn local. Patut bila lulus je application work permit tu, terus ada no file income tax. Yg kerja illegal tu, dakwa atas tuduhan tak declare income. Kalau tak boleh bayar denda, hukuman kerja berat.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.127451 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top