Gombak: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki mencuri bateri kereta di kawasan parkir pasar raya di sekitar Batu Caves, di sini, kelmarin. Kejadian itu tular selepas satu klip video papan pemuka kenderaan mangsa yang terpasang semasa kejadian berjaya merakam suspek sedang membuat 'kerja' dimuatnaik di media sosial. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohd Nasir, berkata kejadian berlaku 8.08 malam membabitkan seorang mangsa berusia 51 tahun. "Pemilik kereta seorang lelaki tempatan cuba menghidupkan kenderaan itu kira-kira 10.30 malam tetapi tidak berjaya lalu membuat pemeriksaan dan mendapati bateri kereta sudah tiada. "Mangsa membuat semakan rakaman kamera papan pemuka mendapati seorang lelaki memakai topi hitam dan berbaju gelap membuka bonet dan mengambil bateri terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, ketika ditahan pihak polis turut merampas barang kes iaitu satu unit bateri kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan kes terbabit. "Kes disiasat mengikut Seksyen 379A (1) Kanun Keseksaan iaitu mencuri mana-mana komponen sesebuah kenderaan bermotor. "Hukuman bagi kesalahan ini boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda," katanya. Sumber – Harian Metro |
Jitu replied at 25-10-2024 06:59 PM
bateri pun kena curi ke
berapa sen sgt la dpt jual bateri
matamata replied at 25-10-2024 07:11 PM
10 thn lepas kedai besi buruk beli battery RM2 sekilo
Contohnya kalau hilux berat battry tu dlm 15 ...
ADVERTISEMENT