Kuching: Lelaki cedera ditembak individu yang tidak dikenali di depan sebuah sekolah di Sibu, hari ini. Difahamkan ketika kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa berusia 40-an sedang menunggu anaknya balik dari sebuah sekolah di Jalan Wong King Hou. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, penyerang yang dipercayai keluar dari kawasan semak tiba-tiba melepaskan tembakan dipercayai menggunakan pistol. Beliau berkata, ketika kejadian mangsa sedang duduk di bahagian pemandu kenderaan pacuan empat roda. "Akibat tembakan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan belakang badannya. "Sejurus melepaskan tembakan, suspek melarikan diri," katanya. Menurutnya, mangsa kemudian keluar dari keretanya untuk meminta bantuan daripada orang awam. "Mangsa yang cedera di bahagian belakang kemudian rebah di tepi jalan berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Sibu," katanya.
Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan sedang menjejaki suspek. Sumber – Harian Metro |
malarky replied at 25-10-2024 09:31 AM
wait, 2.30 pagi ke 2.30 petang?
kemaruk replied at 25-10-2024 09:40 AM
Mqcam pernah berlaku jugak kan kes camni beberapa tahunl3pas
K3na tembak time tengah tunggu anak ba ...
zorrro_03 replied at 27-10-2024 08:53 AM
nak ambil alih title colombia ke iban wei???
Skuau replied at 27-10-2024 01:15 PM
"Malas cam malaya..pot pet pot pet jer...."-Iban
ADVERTISEMENT