Port Dickson: Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson di sini, cedera selepas dilanggar kereta dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk, hari ini. Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, mangsa sedang melintas jalan sebelum dilanggar kereta Perodua Myvi dipandu suspek. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, pemandu gagal mematuhi lampu isyarat merah dan melanggar mangsa yang sedang melintas. "Kejadian menyebabkan mangsa patah ibu jari kaki kanan serta luka di kaki dan tangan," katanya dalam kenyataan, malam ini. Susulan itu, katanya, polis menahan pemandu berusia 28 tahun itu. Menurutnya, ujian saringan alkohol yang dilakukan menunjukkan bacaan alkohol pemandu berkenaan sebanyak 230mg alkohol/100ml darah (lebihan 153mg alkohol/100ml darah). "Suspek direman selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Sumber – Harian Metro |
airfilterkotor replied at 24-10-2024 09:58 PM
7 pagi pun mabuk lagi? Dah besar panjang pun masih bodoh lagi.
Batalkan lesen, penjara cukup² sebab ...
Chah21 replied at 24-10-2024 11:44 PM
Tembak mati jela...menyusahkan
Zazama replied at 24-10-2024 09:52 PM
Warga M ke? Kalau apa2 kesalahan membabitkan warga M, jarang tak sebut. Semua latar belakang dilonde ...
airfilterkotor replied at 24-10-2024 09:58 PM
7 pagi pun mabuk lagi? Dah besar panjang pun masih bodoh lagi.
Batalkan lesen, penjara cukup² sebab ...
Skuau replied at 24-10-2024 11:55 PM
u tada baik la..wa mabuk wa mana tau..gomen pung tada cakap tak boleh minum alak...
airfilterkotor replied at 25-10-2024 09:20 AM
Sekali keluar berita susulan, yang mabok langgar budak tu type-M. How..?
krustykrab replied at 25-10-2024 09:23 AM
Kebiasaanya la kan melayu tak mabuk, tapi suka hi dadah
airfilterkotor replied at 25-10-2024 09:31 AM
Yang melayu tau, mee kari babi, anjing dan arak tu haram.
Isap dadah, makan rasyuah is okay.
otai_g replied at 25-10-2024 09:26 AM
Hukuman terlalu ringan. Da bnyk Kes org mabuk langgar org aku dgr. Rakyat msia ni kurang civilized s ...
kemaruk replied at 25-10-2024 08:40 AM
peliknya kalau melayu mabuk, jarang mabuk sampai hilang akal dan tak ingat dunia
mungkin genetik ...
ADVERTISEMENT