CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya kenal ramai lelaki Malaysia. Mereka baik tapi ‘senang’ toksik" - Ameera Khan senang dengan cowok Indonesia

24-10-2024 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45554| Komen: 66

 

Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan mengakui dia lebih tertarik dengan lelaki Indonesia.

Menurut Ameera atau nama lengkapnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, lelaki Indonesia lebih romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.

“Saya kenal ramai lelaki Malaysia. Mereka baik. Tetapi lelaki Indonesia mereka sangat ‘soft spoken’, sangat penyayang, sangat memahami dan sangat mengambil berat.

“Mereka tidak bersikap toksik. Jika lelaki Malaysia, berdasarkan pengalaman saya, bila mereka mula mencintai dan melindungi, mereka mula menjadi toksik.

“Tetapi lelaki Indonesia ‘best’. Mereka sangat menghormati. Malah cara mereka panggil kita pun sangat romantik.

“Hai cinta. What are you doing (apa anda sedang lakukan) cinta hatiku. Oh my god I really love that (saya sukakannya),” katanya sambil ketawa girang.

Ameera berkata demikian sewaktu sesi siaran langsung dalam akaun media sosialnya baru-baru ini.


Tambah adik kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa itu lagi, dia belum menemui cinta sejati dan masih mencari sehingga sekarang.

“Saya masih muda. Umur saya baru 23 tahun. Saya tak boleh jumpa seorang lelaki dan terus berkata he’s the one (dialah jodoh saya).

“Anda perlu bertemu dan mengenali dengan beberapa orang lelaki dan menilai siapa yang mempunyai potensi sebagai teman. Dan siapa yang tidak boleh pakai langsung.

“Ada sahaja lelaki yang saya kenal tak boleh pakai langsung. Zero effort (tiada usaha langsung),” katanya.


Ameera sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelakon kacak, Meerqeen dan juga pelakon terkenal dari Indonesia, Jefri Nichol.

Namun baru-baru ini dia dilihat berkongsi foto mesra bersama seorang jejaka di London. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 24-10-2024 06:35 PM
Family ko yg toksid lagi menyeramkan
Quote apedehal 24-10-2024 06:37 PM
Jejaka kat london tu indonesian kut
Quote makadek 24-10-2024 06:50 PM
asik citer pasal punai konek je dia ni apa citer pasl perkembangan lain tkde ..lembam
Quote apedehal 24-10-2024 07:06 PM
makadek replied at 24-10-2024 06:50 PM
asik citer pasal punai konek je dia ni apa citer pasl perkembangan lain tkde ..lembam

Hahhahaha..adoiii mak
Quote missyL 24-10-2024 07:10 PM
Dah ex nti konoha plk toxic
Gitulaa
Lmk ni sesuai ngn omputeh yg open minded or European
Tp tula
Kokosen suke yg muke melayu tanned tp bijak
Quote lolipopmanish 24-10-2024 07:15 PM
Miang betul lemaks ni
Asyik psl jantans jeeeeeee
Quote makadek 24-10-2024 07:15 PM
apedehal replied at 24-10-2024 07:06 PM
Hahhahaha..adoiii mak

marah plak mak rase merata menjaja citer pasal punai yg tk kesampaian nk cakar pintu yistana jauh sekali khuenssss
Quote Rogue98 24-10-2024 07:16 PM
Ramai jer Indon kat KL....kau pergi jer zoo atau KLCC berlambak jejaka Indon....pilih jer nak yg mana satu....aku punye contractor baiki paip lampu ..tangkap tikus pun Indon gak....
Quote DukunSentet 24-10-2024 07:24 PM
Dia ni artis ke..bukan adik artis je ke..ko sapa hahh
.asyik citer pasal jantan tak habis2..citer kena ada 8 boipren la..kena cari konoha boipren la..semakkk..sekian akak kuntet melahar sebab stress dengar ceramah kat tt pasal solat..serba serbi tak boleh..semua tak kena..adusss susah jugak ye.."ye ibu puan2" setazah tu bagi gelaran kat weoll2 yang ikut kuliah beliyau kat tt..suruh tap2 screen kasi puluh k like..suruh share banyak2 sebab tangan nie nanti jadi saksi amalan kita kat akhirat kelak..
Quote Hoola 24-10-2024 07:51 PM
jejaka2 malaya tersenyum sinis

hbislah kooo
Quote hashashes 24-10-2024 07:54 PM
Kalau artikel ni kua kt fb, syok meols nak baca komen2 abang2 meleyzier hehe
Quote cmf_premierleag 24-10-2024 08:00 PM
apedehal replied at 24-10-2024 06:37 PM
Jejaka kat london tu indonesian kut

Oh ingatkan stok2 indon buruh binaan angkat batu bata simen td
Quote cmf_premierleag 24-10-2024 08:01 PM
Asal bukak mulut je citer psl jantan
Ye la..otak pun bodoh kan..x tau nk borak topik lain
Quote caprisonne 24-10-2024 08:02 PM
Ni lagi sekor. Asik cerita pasal jantan jantan jantan
Quote doubleA 24-10-2024 08:03 PM
Konfiden je sheols lelaki meleis yg taknak sheols. Ex2 dulu pun meleis gak
Quote talia 24-10-2024 08:04 PM
Laa baru 23 rupanya
Quote PULANGKAN 24-10-2024 08:11 PM
ekceli kan, Iols suka bab ni

elok la dia berlakikan warga konoha, selamat lelaki Malaysia camni
Quote naisyahmh 24-10-2024 09:05 PM
Nampak sgt kel dia tu.  
Quote Tiggybiru 24-10-2024 09:11 PM
Untungg jd org lawa tinggai pilih ja hat mana berkenan, goyang kaki ja suruh laki bela
Tp tara tu ka kita sbg wanita ni? Hanya utk laki bela? Cari jantan kaya yang boleh tanggung kita ?
Hmmmmmmmm berpikiiirr aku sejenakk

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.142276 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top