CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ribut Tropika Trami: Kelajuan angin meningkat sehingga 28 Oktober

24-10-2024 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6163| Komen: 1

 


PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan Ribut Tropika Kuat Trami sedang aktif di Laut China Selatan dan dijangka bergerak ke barat menghala ke Vietnam.

Menerusi kenyataan MetMalaysia, keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelajuan angin di rantau negara sehingga 28 Oktober ini.

“Ia juga berpotensi membawa hujan berterusan di barat Sabah serta pembentukan garis badai di utara dan Pantai Timur Semenanjung dalam tempoh tersebut.

“Sehubungan itu, MetMalaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) bagi negeri Sabah dan Labuan berkuat kuasa sehingga esok.

“Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 27 Oktober,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 24-10-2024 08:44 PM
Vietnam baru ni kan dah kena taufan yagi. Kali ni dijangka taufan trami pulak melanda. Kesian diorang berturut2 ditimpa musibah bencana alam. Moga baik2 saja untuk diorang.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.277447 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top