Pelakon Datin Lisa Surihani menzahir rasa kagum melihat usaha penghijrahan rakannya, Nora Danish memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Lisa, 38, mendoakan agar Nora diberikan kekuatan untuk kekal istiqamah melakukan kebaikan bagi mendapat reda Allah. Pemilik nama lengkap Lisa Surihani Mohamed itu turut memuji kecantikan Nora, 42, yang kini berhijab. “Berasa sangat bertuah apabila berpeluang bertemu dengan rakan baik saya yang cantik. Sentiasa nampak jauh lebih muda daripada saya. “Sangat mengharukan apabila dapat menjadi saksi kepada perjalanan yang indah anda mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya dalam Instagram. Pelakon filem Cicakman 3 itu turut mendoakan Nora diberikan keteguhan iman agar dapat melakukan kebaikan ikhlas kerana Allah. Pada masa sama, dia juga tidak menyangka sudah lebih dua dekad mengenali pelakon yang popular dengan drama Puteri itu.
“Tidak sangka, pejam celik kita sudah 24 tahun saling mengenali antara satu sama lain. “Semoga Allah menempatkan kita semua bersama dalam kalangan orang beriman. Diberikan kekuatan iman agar dapat menjalankan ibadah dengan sifat ihsan,” katanya. Sekadar info, Lisa dan Nora pernah bergandingan dalam filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2 pada 2010. Sumber – KOSMO! ONLINE |
DARSITA replied at 27-10-2024 04:27 AM
tak minat lisa but suka Nora punya style bertudung dan bergaya dgn baju muslimah. Aii follow Nora d ...
Rogue98 replied at 28-10-2024 07:34 AM
Diaorang ni elok jer baik dgn artis lain. Takde nak gaduh sana sini.
dua_chzy replied at 26-10-2024 03:00 PM
Mesti golongan berdosa nak mampus hidup meretis ni kan. Hanya meka yang tau. Sebab tu benda gini pun ...
noor2 replied at 26-10-2024 05:14 PM
Dah bertudung terus jd terpaling...padahal nitizen yg dah lama bertudung pun rasa nothing....masih t ...
ADVERTISEMENT