CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Indonesia usir kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan sebanyak dua kali

24-10-2024 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37655| Komen: 13

 


JAKARTA  – Indonesia menyatakan bahawa ia mengusir sebuah kapal Pengawal Pantai China dari perairan pertikaian di Laut China Selatan sebanyak dua kali sejak beberapa hari lalu.

Kapal-kapal China sekali-sekala dikesan memasuki kawasan dituntut Indonesia iaitu Laut Natuna Utara di pinggir selatan Laut China Selatan sekali gus mengundang bantahan Jakarta.

“Kapal Pengawal Pantai China memasuki semula Laut Natuna Utara di bawah kawalan Indonesia semalam,” kata Agensi Keselamatan Maritim Indonesia dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah kapal pengawal pantai Indonesia kemudian memintas dan mengusir  kapal itu, tambahnya.

Agensi berkenaan menyatakan, kapal China itu pertama kali memasuki perairan tuntutan bertindih itu pada Isnin lepas.

Apabila sebuah kapal peronda Indonesia cuba menghubungi kapal China itu menggunakan komunikasi radio, Pengawal Pantai China menyatakan bahawa kawasan itu milik Beijing.


“Kapal China itu mengganggu aktiviti tinjauan oleh syarikat minyak milik negara, Pertamina,” jelas kenyataan sama.

Sebuah kapal pengawal pantai Indonesia kemudian mengekori kapal China itu dan mengusirnya. – AGENSI 

 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 24-10-2024 06:08 PM
Tahniah Bapak Nusaraya
Quote CikNano 24-10-2024 06:41 PM
Tahniah dgn keberanian andaaaaa
Quote PULANGKAN 24-10-2024 08:16 PM
China buat perangai dah serupa setan yahoo
Quote Skuau 24-10-2024 08:50 PM
mohon tokmoh terhebat SEA ni santau drng ni semua...
Quote ctaz 24-10-2024 09:00 PM
tak pa...kat malaysia...walaupun kapal china terang2 ceroboh perairan malaysia....
mereka tetap disambut dgn meriah....
di p.pinang
Quote Isninselasarabu 24-10-2024 09:21 PM
Berani .. bagus.. respek.. dkt malaysia siap undang dtg NEGARA PINENG.. pahtu kibar bendera china lagi...kah3
Quote TeropongThaico 24-10-2024 09:30 PM
Lai...lai...
Sini kasi masuk
Nanti kita olang sambut ale nyanyi2
Quote Zazama 24-10-2024 10:01 PM
Kes mcmni Malaysia patut  belajar dgn Indonesia. Kan? Ini tidak. Kecik tapak tgn, perairan ku tadah-tadahkan. Huurmmm..
Quote Skuau 24-10-2024 11:51 PM
ctaz replied at 24-10-2024 09:00 PM
tak pa...kat malaysia...walaupun kapal china terang2 ceroboh perairan malaysia....
mereka tetap disa ...

sedaler maaa...sedaler kita olang...
Quote Dwdrum 25-10-2024 07:55 AM
Sibok saja nusajaya indon same seperti amerika.... Malaysia-china internal affair... Kacau sungguh
Quote shamsadis 25-10-2024 08:00 AM
bagus Indonesia.
Quote kemaruk 25-10-2024 08:10 AM
elephant fight elephant kekdahnya sis
Quote nusaraya 25-10-2024 10:38 AM
Edited by nusaraya at 25-10-2024 11:50 AM

Aneh betul   .... Mengapa sebuah Mahawangsa kok X berani sama China yang melanggar wilayahnya ?

Jangan-jangan Mahawangsa atau Bangsa yang Maha Besar dan Maha Berani sekarang sudah berubah  menjadi Miniwangsa atau bangsa Maha Kerdil dan Maha Penakut  ..

[youtube]IDeV10DpgsU[/youtube]

[youtube]v4HZoD3pWaI[/youtube]

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.109162 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top