Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi kepada T15 akan memberi tekanan kepada golongan wanita terutama bagi pasangan suami isteri bekerja. Sambil menggunakan anologi pendapatan isi rumah RM13,000 yang dianggarkan melangkaui ambang T15, Syed Saddiq menekankan dasar itu akan menjejaskan keluarga itu sekiranya dilaksanakan. "Bayangkan alternatif yang kerajaan umumkan pada hari ini. (Jika) suami bergaji RM7,000, isteri hanya bergaji RM6,000 (jumlahnya) melangkaui nilai ambang masuk ke T15. (Menyebabkan) ketiga-tiga subsidi iaitu petrol, pendidikan dan kesihatan tak dapat. "Dengan implikasi itu, akan ada tekanan yang datang ke keluarga itu sendiri khususnya daripada suami untuk isteri berhenti kerja dan akhirnya ada seorang saja gaji untuk keluarga itu," katanya pada sesi perbahasan Peringkat Dasar Bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.'
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, dasar itu akan menyaksikan golongan wanita bekerja terpaksa meninggalkan kerjaya mereka demi kebajikan keluarga. "Kenapa dasar ini berlaku? kerana apabila jurang subsidi itu sangat besar, kerana ini bukan subsidi petrol, kalau ada dua kereta satu rumah, kamu akan hilang dalam RM500 sebulan. "Subsidi pendidikan, nak masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kalau kena bayar market rate, beribu-ribu, masuk ke universiti tetapi kerajaan beri subsidi RM70,000 (tetapi) bayangkan kalau subsidi ini akan hilang. "Bayangkan akhirnya akan ada moral hazard implikasi) kalau dasar ini diteruskan, kalau kita tak ambil kira isu pendapatan isi rumah yang melibatkan suami dan isteri secara kolektif bersama," katanya. Katanya, amalan membuat pengumuman dahulu dan berfikir kemudian harus dihentikan kerana langkah ini akan menimbulkan kegelisahan kepada rakyat. "T15 itu siapa? Ini masalahnya bila umum dulu, fikir kemudian. Sebab rakyat dah dengar ucapan Perdana Menteri, dah dengar apa yang mereka bakal hilang. "Tapi sekarang bila didesak, tak apa kita (kerajaan) fikirkan dulu (tetapi) sebab rakyat dah gelisah," katanya. Beliau berkata, ketiadaan data terkini dan terbaru juga akan menjadikan dasar dilaksanakan itu tidak berkesan. "Mungkin Yang Berhormat Menteri (Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli) hendak guna cara sama, saya ingat sebelum ini dalam wawancara Bloomberg bila nak naikkan diesel, dia kata tak apa kita kejutkan rakyat. "Sekarang, mungkin dia nak guna taktik sama, tetapi taktik itu lapok dan jelas gagal. "Ingat pendaftaran Budi Madani, kerajaan kata tak akan ada golongan tercicir tetapi realitinya sampai ke hari ini lebih 50 peratus orang layak dapat masih tidak berdaftar dan tercicir iaitu orang susah terkesan. "Itu diesel mungkin ramai tidak guna, bayangkan RON95, kesihatan, sekolah, universiti lagi ramai yang guna sebab itu jangan guna taktik terkejutkan rakyat akhirnya yang terkejut kamu jikalau rakyat hukum kamu pada masa akan datang," katanya. Katanya, rakyat juga masih ternanti-nanti perincian Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) biarpun pelaksanaannya sudah menjangkau dua tahun dan menelan belanja RM85 juta. Sumber – Harian Metro |
Samerosie replied at 24-10-2024 08:01 AM
Awat yg rata2 mengaku kaya bergaya mengelabah ke? Kalau dr mula baca hal ni kuar dan faham, 13k tu a ...
s@s@ replied at 24-10-2024 08:48 AM
13k sebulan tu patut ke nak label mahakaya?
lurve82 replied at 24-10-2024 08:22 AM
lantak la naik berapa pun...thn depan aku g ofis jln kaki..benda lain plak naik...pandai2 la jimat.. ...
nuryakmal replied at 24-10-2024 11:54 AM
iols kalau jalan kaki pg opis, confirm kena lenyek kat hiway
BungaKencana replied at 24-10-2024 11:48 AM
Ini masalahnya bila umum dulu, fikir kemudian.
aku suke ayat ni je utk merujuk pd sistem parking me ...
elnor_81 replied at 24-10-2024 03:26 PM
Xleh blah..PADU. beria paksa gomen servant isi padu sblm sekian2 tarikh..aku?nk isi goner..ble lak ...
ADVERTISEMENT