Kuala Lumpur: Isu berkaitan harga tiket penerbangan antara Sabah dan Semenanjung mahal sekali lagi menjadi tumpuan di Dewan Rakyat, hari ini. Isu berkenaan dibangkitkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, petang ini. "Minggu ini saja, harga tiket kelas ekonomi bagi perjalanan sehala RM1,700, jauh lebih tinggi berbanding perjalanan ke luar negara. "Jika ke Singapura dan Filipina baru RM700, ke Indonesia RM600 dan ke Sabah, RM1,700. Teruk betul," katanya tanpa menyebut nama syarikat penerbangan terbabit. Justeru, beliau menggunakan ruang berkenaan bagi memohon Menteri Pengangkutan, Anthony Loke cakna dengan masalah rakyat Sabah itu. "Saya minta Menteri Pengangkutan lihat perkara ini sebab ia membebankan rakyat Sabah terutama mereka yang ulang alik (ke Semenanjung) untuk perniagaan dan sebagainya," katanya. Bulan lalu, isu itu mendapat perhatian kerajaan apabila Kabinet bersetuju meneruskan dua inisiatif bantuan pembelian tiket penerbangan. Bantuan diumumkan Anthony itu membabitkan subsidi pembelian tiket penerbangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa). Selain itu, kerajaan mengekalkan harga siling tiket penerbangan RM599 antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak pada musim perayaan. Sumber – Harian Metro |
mejaputih replied at 24-10-2024 08:48 AM
iols mula2 plan nk bwk family besar iols (utk gathering) kat Sabah...tp ada yg tak mampu sbb tiket f ...
rbmy replied at 24-10-2024 08:14 AM
malas aku nak ulas bab tiket flight ni.
mmg betul tiket return sabah kl sampai 1200 kdg2. murah lagi ...
Skuau replied at 24-10-2024 04:23 PM
Puan kena terbang ke pilipin dulu..dr sana baru 'terbang' ke Sabah.....atau naik bot pom pom cam p ...
ADVERTISEMENT