CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu keluarga pecahkan cermin kereta selepas nak kena tarik sebab 8 bulan tak bayar

23-10-2024 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15456| Komen: 4|Original author: akido_kido


 


PETALING JAYA – Tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak memecahkan cermin keretanya sebelum ditarik ‘towing’ (kenderaan penunda) gara-gara didakwa ada tunggakan pinjaman bank.

Menerusi perkongsian video di Facebook, Malaysia Automotive Shitposting 2.0, seorang pengguna yang tidak mendedahkan identitinya mendakwa, pemilik kenderaan terbabit sudah lapan bulan tidak membayar hutang pinjaman.

Dalam video tersebut, dapat dilihat wanita terbabit serta beberapa individu lain bertindak merosakkan dan memecahkan cermin kereta berkenaan dengan menggunakan batu serta besi di hadapan pekerja tunda sebagai tanda protes.


“Untuk makluman, kereta dah kena ‘cangkuk’ luar pagar, pemilik pergi hidupkan enjin kereta turun dari ‘towing’ (tunda) masuk rumah dia. Sebab itu ‘bumper’ pun pecah.

“Blacklist (menyenaraihitamkan) lah nama kau sampai tua, used car (kedai kereta terpakai) pun tak nak beli kalau kena lelong. Dengar cerita lapan bulan ada tunggakan, towing pula kemek kena langgar,” dakwa pengguna Facebook tersebut.

Sementara itu, seorang wanita yang berada dalam video tersebut memaklumkan, pihaknya mempunyai kuasa untuk merosakkan kenderaan terbabit sebelum ditarik pihak penunda.

Kata wanita itu, ini kerana segala kos ubah suai kenderaan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.

“Ini hasil duit owner (pemilik). Jadi, tiada masalah kami rosakkan,” katanya.

Bagaimanapun, pihak Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan berhubung kejadian tersebut.    


Sumber  – KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 23-10-2024 08:38 PM
Kes ni katanya sebab kete tu sambung bayar. Owner rembat duit xbyr dekat bank. Sian betul. Kalau kene member2 baik, sedara mara buat perangai mcm ni mmg sakit hati. Kalau xmampu beli second je puas hati
Quote Nico_Robin 24-10-2024 07:36 AM
Kalau sambung bayar lagila berganda tak bijaknya. Dah kenapa tak bayar terus kat bank. Pastu consider merosakkan harta benda org lain lagi teruk kena

Rasa keta sendiri jek ni [em:7:]
Quote sambaldurian 24-10-2024 08:14 AM
Ni sengkek sgt ke , nama blacklist ke , beli je straight kt car dealer. Dh knp nk sambung byr unless tu adik beradik ke parents anak ke xpe. Just leceh nama kereta tu nk g jpj tukar nama klu dh abis byr. Byr pun straight to bank. Org yg jual pun bengong , x abis byr yg dijualnya. Nnti nama ko blacklist, pembeli x jujur byr sambung kt bank
Quote imransulaiman 24-10-2024 12:44 PM
Tu lah percaya sangat kat owner kereta. Padahal boleh je bayar sendiri ke bank. Tak payah melalui owner.

Ni kalau owner bijak, dia boleh twist cerita cakap laki bini ni rosakkan kereta dia. Apa lagi kalau takde sign perjanjian hitam putih...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.307045 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top