Selepas setahun mendirikan rumah tangga, penyampai radio Fizi Ali mendedahkan kehadiran isterinya, Siti Zulaikha mengembalikan semula senyuman di bibirnya yang lama hilang. Fizi atau nama lengkapnya Mohd. Hafizudin Alimudin, 35, berkata, Zulaikha sendiri pernah berjanji ingin membahagiakannya ketika awal perkenalan mereka dahulu. “Alhamdulillah, setahun usia perkahwinan kita dan saya sentiasa doakan jodoh kita sampai ke akhir usia. “Ingat lagi awal-awal dulu awak janji awak akan dapatkan balik senyuman lama saya dan betul senyuman tersebut sudah kembali,” katanya dalam Instagram. Dalam masa sama, Fizi berharap dapat meneruskan aktiviti memperbaharui janji setiap tahun bagi menguatkan lagi rasa cinta terhadap wanita yang disayanginya itu. “Pejam celik pejam celik sampai dah masa kita untuk perbaharui balik janji-janji kita.
“Setahun sekali kena ada momen berjanji kembali untuk kuatkan balik rasa sayang dan cinta. “Terima kasih sayang, semoga hubungan kita diberkati Allah. Selamat ulang tahun perkahwinan, saya sayang awak,” ujarnya.
|
sweetfasha replied at 24-10-2024 07:45 AM
aku menyampah kalau duda dok sibuk nak canang kebahagiaan terkini dia seolah olah perkahwinan terdah ...
sfrnna replied at 23-10-2024 11:20 PM
Kenapa ye si laki ni macam ada vibe takbest..
ADVERTISEMENT