CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Cabaran carum KWSP, pekerja asing suka gaji harian’

23-10-2024 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34350| Komen: 12

 


KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta untuk mengkaji semula cadangan yang mewajibkan pekerja asing membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad (Glomac), Datuk Seri FD Iskandar berkata, ia berikutan industri pembinaan yang bergantung kepada pekerja asing bakal menghadapi cabaran besar susulan pelaksanaan dasar itu.

Menurut beliau, ramai pekerja asing didapati lebih gemar memilih pekerjaan bergaji harian, menjadikan sumbangan KWSP sebagai beban tambahan kepada majikan.

“Saya fikir industri, bukan sahaja pembinaan, tetapi juga Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) telah menyatakan ketidaksetujuan mereka dan berharap agar kerajaan akan mengkaji semula perkara ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Glomac ke-40 di sini, hari ini.


Dalam pada itu, FD Iskandar berkata, kerajaan juga diminta memberikan tempoh masa yang mencukupi kepada syarikat untuk membuat persediaan.

“Cadangan kerajaan untuk memperluaskan sumbangan KWSP kepada pekerja asing telah menimbulkan kebimbangan di pelbagai sektor, dan kami menyeru supaya tempoh penangguhan diberikan.

“Jika kerajaan mencadangkan tarikh mula pada 2026, ia akan membolehkan industri membuat persediaan,” jelasnya.

FD Iskandar berkata, dalam jangka panjang, kerajaan juga perlu menggalakkan penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) sebagai kaedah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

“Bagi memudahkan penerimaan IBS, insentif perlu ditawarkan, sama ada dalam bentuk kewangan atau kelebihan lain seperti peningkatan nisbah plot dan proses kelulusan yang lebih pantas.

“Saya faham keperluan untuk pekerja asing menyumbang kepada KWSP kerana ia akan meringankan beban kewangan kerajaan, tetapi kami perlukan lebih masa atau amaran awal,” jelasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP menerusi Belanjawan 2025.  


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 23-10-2024 06:21 PM
rm1700 vs majikan carum kwsp tuk bangla...
"kalo boleh dua2 pon tak nak"-Majikan Msia
Quote silance 23-10-2024 06:25 PM
"Menurut beliau, ramai pekerja asing didapati lebih gemar memilih pekerjaan bergaji harian, menjadikan sumbangan KWSP sebagai beban tambahan kepada majikan.:

Kenapa nak dengar cakap dia pulak? Gatal nak datang sini, ikut law la. Kalau tak nak pegi balik.
Quote Kitty_catz 23-10-2024 06:29 PM
so bila dah cecah 55 tahun baru boleh bawak keluar ke? mcm org mesia?
Quote Samerosie 23-10-2024 06:31 PM
Dah lama berbiznes tp tak cerdik lak uncle mansor ni.  Gaji hari ada ke bayar lumpsum akhir bulan nokkk, gaji hari org selalu bayar cash. Tak dak epf. Takan lah kau bank in daily RM50 kat 10, pekerja.
Quote Firenzza 23-10-2024 07:11 PM
Glomac ni amik pekerja pati indon ke? Mcm bangang je sttmnt, finance ko hari2 tukar duit cash kt bank ke nk byr pati indon bangla rohingya gaji hari
Quote FOTHER-MUCKER 23-10-2024 07:40 PM
Kitty_catz replied at 23-10-2024 02:29 AM
so bila dah cecah 55 tahun baru boleh bawak keluar ke? mcm org mesia?

Tak perlu sehingga 55 tahun. Dah habis contract walaupun 5 tahun dah boleh keluarkan wang KWSP.
Quote ninja boy 23-10-2024 08:51 PM
Edited by ninja boy at 23-10-2024 08:57 PM

Pekerja asing ni ada kerja macam kerja kampung gaji hari, gaji ikut siap, hr x payah mikir kwsp la pekerja lari la pekerja ikut tokey lain la berpindah randah tempat kerja
Kswp mau menambah dana ka sampai mau suruh wargasing mencarum
Quote Samerosie 23-10-2024 09:38 PM
ninja boy replied at 23-10-2024 08:51 PM
Pekerja asing ni ada kerja macam kerja kampung gaji hari, gaji ikut siap, hr x payah mikir kwsp la p ...

Ye betul tu.  Tapi uncle ni pun dia sendiri tau atau nak bayar gaji hari cash dari mula sebab dia tak payah nak keluar duit tuk bayar epf, socso, medical and insurance, cuti, etc etc.  Dia bukan tak tau ntah kenapa sibuk berbunyik pulak.
Quote honeybee1802 23-10-2024 10:14 PM
Ptt dicukaikan depa tu dulu...kang minyak petrol,minyak masak bersubsidi,gula beras telur pung depa nak mkan pakai jgk...
Quote pinkpunk 24-10-2024 07:46 AM
uncle dh jadi besen ex jagong, diam je lahhh... memanglah dorg nk gaji hari, klu tetiba bsok kena tangkap, nasib anak kt kampung dah terbela, gaji sebelum tu dah ada..
Quote mdhelmi 24-10-2024 09:58 AM
trend2 yg aku paham setakat ni:
1. lagi byk kerajaan bagi bantuan, lagi byk harga naik utk topup balik
2. turun harga 1 benda, 1 benda lain akan naik
3. lagi byk kemudahan pengeluaran kwsp (cth akaun flexible), akan ada usaha utk topup balik dana KWSP (carum warga asing, gaji min)

tapi nak x nk kita mmg kene kayakan negara baru negara maju
so layan jela
Quote prettyuglybabe 24-10-2024 10:11 AM
sekarang ni pekerja kena ikut majikan ke, majikan kena ikut kata pekerja?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.051576 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top