CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sufie Rashid syukur menang saman terhadap bekas rakan niaga - “Dalam perjanjian, dia perlu bayar kepada saya sebanyak RM1 juta"

23-10-2024 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34557| Komen: 3

 


Penyanyi dan penganjur konsert, Sufie Rashid bersyukur selepas Mahkamah Sesyen di sini, mengarahkan bekas rakan niaga dikenali sebagai Jai membayar ganti rugi berjumlah RM165,000 terhadapnya berhubung tuntutan kes penipuan penganjuran sebuah festival muzik di Sepang, Selangor sekitar dua tahun lalu.

Menurut Sufi atau nama penuhnya Mohammad Sufie Rashid, kes penipuan penganjuran konsert di Sepang itu turut membuatkan syarikatnya mengalami kerugian sekitar RM1.2 juta

“Kami sepatutnya nak anjurkan acara muzik di Malaysia tetapi sayangnya, kena tipu dan rugi sekitar RM1.2 juta.

“Dalam perjanjian, dia perlu bayar kepada saya sebanyak RM1 juta tetapi yang diterima hanya setengah juta. Kalau tak mampu, kami beri kelonggaran.

“Untuk adakan acara di sini perlu melibatkan warganegara Malaysia dan syarikat itu didaftarkan di bawah nama isteri saya. Jadi, kesannya lebih dirasai oleh isteri,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang media Aura Ernie Zakri Live in Concert di sini, hari ini.


Dalam pada itu, Sufie memberitahu perkara tersebut memberi impak emosi terhadap isterinya sehingga mencetuskan rasa takut.

“Kes ini memang beri impak besar terhadap kami sehingga ada klien yang mencari isteri saya. Dia juga terlalu risau dan hampir tersekat tidak dibenarkan ke luar negara serta tekanan sehingga takut nak keluar dari rumah.

“Syukur hasil melantik peguam yang bagus, keputusan mahkamah berpihak kepada kami pagi tadi.

“Memang bayaran yang diterima kami tidak balik modal tetapi semua ini untuk memberi pengajaran agar tidak melakukan hal sama terhadap orang lain,” ujarnya.

Tambahnya, kes tersebut turut membuatkan beberapa perancangan dan penganjuran konsert anjuran syarikatnya, SAH Entertainment tertangguh.

“Isu ini ganggu banyak perkara tetapi lega semuanya sudah berakhir.

“Kau sentuh isteri aku, memang kau akan kena. Sekurang-kurangnya ada pengajaran untuk defendan,” jelasnya.

Dalam pada itu, insiden ini turut membuatkan dia lebih berhati-hati untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak bagi menganjurkan sebarang acara.

“Selepas ini memang akan ada hitam putih untuk sebarang persetujuan walaupun dengan kawan sendiri,” katanya lagi.

Hari ini, Sufie mengundang perhatian selepas memuat naik hantaran memaparkan tangkap layar surat perintah mahkamah yang mengarahkan pihak defendan perlu membayar ganti rugi am yang ditafsirkan oleh pihak mahkamah.


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-10-2024 05:03 PM
Suffi ni asal Singapore kan
Quote supernaturalee 24-10-2024 10:36 PM
Aku sanggup

Kau sanggup???

Quote fanaz82 29-10-2024 10:28 AM
next time pastikan ada perjanjian hitam putih. lainlah ko banyak duit nak turun naik court lagi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.027651 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top