CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Komisen RM90,000 Fattah Amin jual kambing perap bakal diserah kepada masjid

23-10-2024 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 34576| Komen: 10


 

Keseluruhan komisen pelakon sensasi, Fattah Amin yang dianggarkan berjumlah RM90,000 hasil jualan kambing perap bakal diserahkan kepada beberapa masjid sebelum ia disalurkan buat golongan memerlukan.

Perkara itu telah dimaklumkan oleh jenama kambing perap tersebut di TikTok yang turut berkongsi gambar ketika pihaknya sedang menyiapkan senarai masjid terpilih untuk program infak Fattah Amin.

“Hari 1: Infak Fattah Amin. Senarai masjid untuk infak Fattah Amin telah dikeluarkan.

“Sejak dari semalam, berderu panggilan telefon masuk dan DM (mesej peribadi) dari orang ramai minta pertolongan.

“Kami berbincang ambil langkah beri kepada masjid dan masjid akan edar buat golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah,” jelasnya.

Pada masa sama, jenama kambing perap tersebut menegaskan pihaknya akan menyerahkan kesemua nilai komisen diperoleh pelakon filem Pendekar Awang itu bagi tujuan sedekah seperti mana yang telah dipertanggungjawabkan.


“Duit komisen tak masuk satu sen dalam poket Pak Mat ya. Yang komen, memang nak kena cili mulut,” tegasnya.


Semalam, Fattah mengambil keputusan untuk sedekahkan komisen jualan kambing perap yang dijual di TikTok kepada golongan yang memerlukan.

Sebelum ini, jenama tempatan itu mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan di antara pihaknya dengan Fattah menerusi aplikasi Whatsapp.

“Alhamdulillah, terima kasih boss. Cuma, komisen itu nak minta tolong ‘team’ Pak Mat uruskan boleh? Infak kepada orang yang perlukan,” kata Fattah ringkas. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 24-10-2024 09:31 AM
ate di bagi la kt timoh n ex tu.. duit raya yg x bg 7thn tu..
Quote SalenaGomez 24-10-2024 09:33 AM
Edited by SalenaGomez at 24-10-2024 09:38 AM

Ok je bamtah sedekah ke masjid …byk kn sedekah ni akan lebih dimurahkan rezeki. Maybe bamtah ada niat atau aim something, dan dgn bersedekah semoga Allah permudahkan urusan nya. Alaaa share2 rezeki apa salah nya. X semesti nya kena bg timah je. Asal bamtah ada bayar nafkah anak, settle dah tu. X faham yg semua duit kena bg timah. Bamtah tu pon ada mak ayah lagi. Pandai2 laa dia nak manage duit
Quote missbigrockstar 24-10-2024 01:40 PM
Downgrade sungguh lah mat ni bak kata forumer mana entah hari tu. Kawan dgn BBNU nama una, echa. Nama2 BBNU lah haha. Tgk sikit live atas ni pun dah rasa.
Live pun mcm kartun intipati bual
Budak belakang tu mmg midget ke. Mcm juling je. Tah pun juling ayor kan. Sorry ter shaming pula
Quote I.K.A888990 24-10-2024 03:15 PM
bagus bang semoga murah rezeki..yg membeli haritu pun semua murah rezeki
jumaat ni pun mesti ramai jugak nak membeli tu..

Quote melekaifc 24-10-2024 03:18 PM
pak mat western ni dah ada nama. pelik depa tak panggil ngai haritu

kambin pak mat western
Quote figurae 28-10-2024 11:01 AM
bagi duit kat nyamma la as duit raya
Quote dua_chzy 28-10-2024 11:02 AM
90k tu tak declare huntok cukai kew? Tanya je
Quote dua_chzy 28-10-2024 11:03 AM
Hapo hukum tak bayar cukai tak declare pendapatan? Ka duit infaq takyah cukai?
Quote blekkep 28-10-2024 11:05 AM
apekepundek gune filter gitu.??.muke dh mcm cacat x balance dh
Quote misszazaz 29-10-2024 09:35 AM
Alhamdulillah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.099216 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top