Pelakon Sherry Ibrahim mendedahkan dia merindui kehidupannya sebagai pramugari walaupun dia bukanlah sejenis suka bersosial. Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, berkongsi pengalamannya sebagai pramugari menerusi sesi siaran langsung dalam akaun mesia sosialnya. “Saya suka kehidupan saya yang dulu sebagai pramugari. Saya boleh buat apa sahaja yang saya mahukan. “Tetapi saya sejenis tak liar. Saya tak pergi ke kelab. Saya tak buat benda-benda terlarang. “Saya memang innocent. Kalau seminggu di Paris saya akan pergi shopping, balik hotel tidur atau tengok TV. Kadang-kadang makan bersama kru yang lain sebab kami bawa bekal,” katanya. Tambahnya, dia tidak pernah merasai pengalaman bercinta seperti orang lain sejak menjadi artis. “Saya tak pernah nak keluar bercinta atau pegang-pegang tangan daripada dulu tak pernah rasa benda-benda macam tu sejak jadi artis,” kongsinya.
|
Hoshhi replied at 23-10-2024 05:38 PM
“Saya tak pernah nak keluar bercinta atau pegang-pegang tangan daripada dulu tak pernah rasa benda- ...
monsterwife replied at 23-10-2024 10:36 AM
Bukan ke dulu ex serap Muslim, then fatah then mama Dari Maldives ke Mali bf dia. Sama2 flight atten ...
ADVERTISEMENT