CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau saya kata ada hubungan, orang akan tuduh saya janda gatal" - Puteri Sarah

23-10-2024 12:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32624| Komen: 17

 


Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana, 39, menolak untuk menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki buat masa ini kerana enggan dilabel sebagai "janda gatal."

Memetik Kosmo, sebagai ibu tunggal, Sarah sedar akan menerima pelbagai gelaran negatif jika terlalu terbuka mengenai kehidupan peribadi.

"Kalau saya kata ada hubungan, orang akan tuduh saya janda gatal. Awak nak saya dilabel begitu?" katanya dalam video tular di TikTok, menjawab pertanyaan peminat tentang hubungannya dengan pelakon Indonesia, Andi Arsyil.

Sarah menjelaskan dia lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi kerana ia boleh menjejaskan imejnya sebagai pelakon dan ibu.

"Saya perlu jaga diri. Jika terlalu terbuka tentang hubungan, orang akan cakap macam-macam, dan anak-anak saya juga akan terkena tempias," tambahnya.

Terdahulu, timbul spekulasi tentang hubungan istimewa antara Sarah dan Andi, namun dia menafikan dakwaan tersebut, menyatakan mereka hanya rakan perniagaan.


Untuk makluman, Puteri Sarah pernah berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada 2014, namun bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Mereka dikurniakan dua anak, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 23-10-2024 09:29 AM
Please PSL, demi menjaga nama baik dan martabat diri dn supaya tidak mengundang cela keji drp ramai, tak usahlah muatkan apa2 khabar yg sekadar untuk membagkitkan sensasi.  Nak ada bf pun, buatlah senyap2 jgn heboh2 sangat. Bangkitlah dn melangkah terus penuh wibawa ke arah kejayaan sbg seorag usahawati. Jadilah bak seorang srikandi, jaga penampilan, akhlak dn elakkan berita2 murahan.  PSL akan lebih disegani dn dihormati.  Good luck.
Quote Zirara99 23-10-2024 09:57 AM
Tak nak komen nnt dapat surat pulak
Quote sangbara2020 23-10-2024 10:48 AM
manis dia nih.....
Quote MadameOnion 23-10-2024 12:14 PM
betul..nanti acik2 mulut bawang berwajah keledek akan buat pelancaran pencarian sapa bf..habis dikoreknya semua..menyebok
Quote evlinne 23-10-2024 12:26 PM
Mmg mendada gituhh ka
Quote likilu 23-10-2024 12:31 PM
nolya replied at 23-10-2024 09:29 AM
Please PSL, demi menjaga nama baik dan martabat diri dn supaya tidak mengundang cela keji drp ramai, ...

Ok je nak berboifren. Normal la apa sal orang nak marah pula bukannya pojaan malaya pun

Tapi tak ok bila.orang tu taknak pun engko tp engko terhegeh hegeh duk rapat rapat live tgh malam sama sama pakai baju ketat kepit suara menggoda pakai push up bra dan buat manja manja

Anak dara ke janda ke nenek orang ke kalau menggetik macam tu tak elok. Tak payah tunggu orang viralkan la sendiri fikir kalau tak elok tu tak elok jugak
Quote AWEKSAMURAI 23-10-2024 12:33 PM
So dh xde apa dh ke dgn si Indonesia tu
Quote Nnasda53 23-10-2024 12:39 PM
Bagus la boleh berfikir mcm tu mmg kesian kesan pada anak2.
Quote dewi_rina 23-10-2024 01:15 PM
Eh yg haritu dah takde ke?
Quote Sendawg 23-10-2024 01:18 PM
Kamon la, sedangkan ipar dia pun mengumpat pasal dia.
Quote dewi_rina 23-10-2024 01:27 PM
PS jangan cakap mcm ni, nanti kawan baik ko terasa pulak ko cakap dia janda gatal
Quote dudaberhias 23-10-2024 01:32 PM
masalahnya kaka rasa kalau kau kata xde hubungan dgn sape2 pun acik2 tetap rasa kau gatal gittuhh dan akan tetap kecam chuolsss...

kalau si duda gigi pelesu yg buat pulak mesti xde masalah... asalkan skandal baru herlokkk dan rajin sudi tepek2 polident pagi2 dkt heolsss mcm birah buat sebelum ni siap rendamkan gigi tu dalam tempayan...
Quote jasmeen 24-10-2024 04:54 PM
Sendawg replied at 23-10-2024 01:18 PM
Kamon la, sedangkan ipar dia pun mengumpat pasal dia.

Spill pls
Quote Akalditipumata 24-10-2024 04:57 PM
dudaberhias replied at 23-10-2024 01:32 PM
masalahnya kaka rasa kalau kau kata xde hubungan dgn sape2 pun acik2 tetap rasa kau gatal gittuhh da ...

Pokoknya.. klau janda mesti kena..  yg duda2 jgk yg murni..walaupunnn
Quote dudaberhias 24-10-2024 05:24 PM
Akalditipumata replied at 24-10-2024 04:57 PM
Pokoknya.. klau janda mesti kena..  yg duda2 jgk yg murni..walaupunnn

iyer lagi2 kalau dudanya herlokkk... siap pakej dapat di cop suci murni...

cuba kalau rhoper macam ali puteh... sampai 7 keturunan tak habis di kecam nanti...
basuh pinggan tak pakai sabun pun kena hempuk dgn netizen...


Quote Akalditipumata 24-10-2024 05:27 PM
dudaberhias replied at 24-10-2024 05:24 PM
iyer lagi2 kalau dudanya herlokkk... siap pakej dapat di cop suci murni...

cuba kalau rhoper maca ...

Belum lg duda kwn tu
Quote Sendawg 25-10-2024 08:32 AM

Ipar dia kerja kat skop, suka membawang dgn colleague2 dia. Masa kes Sol kahwin Ira tu diorang sibuk la mengata pasal diorang including PSL.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.354493 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top