CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertengkar dalam kedai emas, lelaki bawa anjing masuk pekarangan Kompleks PKNS

23-10-2024 12:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 29315| Komen: 22

 


SHAH ALAM – Ketidakpuasan hati seorang lelaki terhadap layanan di sebuah kedai emas dipercayai menjurus kepada insiden provokasi membawa anjing memasuki pekarangan Kompleks PKNS di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.20 pagi pada Khamis lalu dengan insiden tersebut tular menerusi video berdurasi 25 saat di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, hasil siasatan mendapati suspek berusia 52 tahun itu telah mengikat seekor anjing peliharaanya di luar bangunan kompleks beli-belah itu.

Katanya, suspek kemudiannya pergi ke sebuah kedai emas di dalam kompleks tersebut untuk membeli emas seberat satu kilogram.

“Berang akibat tidak dilayan, suspek telah memarahi pekerja kedai emas dengan mengeluarkan kata-kata kesat sehingga berlaku kekecohan.

“Orang awam berada di kedai emas tersebut telah bertindak membantu mententeramkan suspek dan telah berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan malam ini.


 

Beliau memberitahu, pengawal keselamatan Kompleks PKNS telah meleraikan keadaan dan membawa suspek keluar dari bangunan.

Namun, kata beliau, suspek telah membuat provokasi dan cuba untuk membawa masuk anjing peliharaanya ke dalam bangunan.
tetapi gagal dan telah dihalang oleh pengawal keselamatan bertugas.

“Polis telah menerima tiga laporan pada hari kejadian yang dibuat oleh suspek dan saksi-saksi di tempat kejadian.

“Laporan polis yang dibuat suspek di siasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Manakala, laporan daripada saksi kejadian dijalankan mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” jelasnya.

Justeru, Mohd. Iqbal berkata, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Sabryna Mohammad Taha ditalian 014-5130450 dan Penolong Penyiasat, Sarjan Rustam Eliah ditalian 019-6148034.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tindakan seorang lelaki membawa anjing peliharaannya di Kompleks PKNS di sini mengundang kecaman pengguna media sosial yang menganggap perbuatan itu sebagai kurang ajar dan tidak menghormati orang lain.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 23-10-2024 12:14 AM
Dia bawak anjing tu utk tolong lawan ckp dgn staff kedai emas tu ke? Sebab dia yg haiwan sebenarnya. Tak reti nak berckp elok2.
Quote B40tastePosh 23-10-2024 12:20 AM
Anjing adalah best friend.

Quote sharlenetexas 23-10-2024 12:47 AM
Gila ke?

Quote Skuau 23-10-2024 12:50 AM
dlm hal spt ini...Abah Hayat mungkin diperlukan...
Quote prettyuglybabe 23-10-2024 10:47 AM
comel anjing dia..
nampak jenis yang suka main
Quote tungkai 23-10-2024 10:58 AM
Aku syak dia ni saja nak provoke. Macam la ko baru duduk Malaysia semalam..
Quote FOTHER-MUCKER 23-10-2024 11:16 AM
Nak beli emas satu kilo?
Quote imanjannah 23-10-2024 11:34 AM
Skuau replied at 23-10-2024 12:50 AM
dlm hal spt ini...Abah Hayat mungkin diperlukan...

ko ni
Quote Itzy 23-10-2024 01:06 PM
Cina memang kuat provok. Aku berdebat di facebook, cina sekor ni dok maki2 aku bila aku bagi fakta, berbanding debat dengan lelaki india sangat bertamadun dan sopan, dia bagi fakta dan aku pun bagi fakta. Takde dia nak maki2 hina org. Tapi lawaknya bila aku maki cina ni balik di fb, tup2 dia padam semua komen dia maki hina aku dan melayu, lepas tu dia report ke fb. Betul2 perangai cam babi. Ni yang org putih kata behave like swine, dah la makan babi perangai pun macam babi.
Quote nisako 23-10-2024 03:29 PM
ape la
Quote TeropongThaico 23-10-2024 05:04 PM
Diarg kan ke dah berkuasa
Quote syamzana 23-10-2024 05:28 PM
mmg ada ye org beli emas satu kilo kat kedai emas gitu?? kedai2 emas perhiasan ni mmg ada jual jongkong 1kilo ye?

nape laa jadikan anjing sbg provokasi, sian dia. dpt jenis anjing yg comel2 tergedik2 suka main tu lagi kesian tak pasal2 kene mrh skali.
Quote Butterfly41 23-10-2024 05:34 PM
Saja je ni nak provoke orang. Takkan la tak faham2 lagi sensitiviti anjing di negara islam. Lepastu bila dah jadi isu, mula la sengaja buat persepsi agama islam anti anjing. Ikutkan apa2 binatang peliharaan tak payah la bawa merayau tempat awam.

Kesian anjing dia. Mangsa keadaan. Nasib kau la anjing dapat tuan bengap macam ni.
Quote TOPwind 23-10-2024 09:09 PM
Butterfly41 replied at 23-10-2024 05:34 PM
Saja je ni nak provoke orang. Takkan la tak faham2 lagi sensitiviti anjing di negara islam. Lepastu  ...

pasti suspect di beranakan pada tahun Anjing

yg lain beranak tahun Babi dan tahun badak sumbu dan juga gorela.
Quote BawangCaramel 24-10-2024 12:53 AM
Quote cmf_almondpecan 24-10-2024 01:05 AM
Kesian anjing tu bertuankan orang ni
Quote sleepandream 24-10-2024 02:32 AM
emas sekilo rm380k woi... biar betik...
member panas tak dilayan ke.. skrg harga all time high pun ramai org survey emas....
Quote noor2 24-10-2024 07:29 AM
Dah sah2 la dia cina mainland
Quote lostnfaun 24-10-2024 07:45 AM
sleepandream replied at 24-10-2024 02:32 AM
emas sekilo rm380k woi... biar betik...
member panas tak dilayan ke.. skrg harga all time high pun  ...

Harga makin naik lagi @ turun bang? Kalau tgh naik nie sesuai la menjual kan? Haha

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.191072 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top